Skip to main content

Perjanjian (MOU/MOA)

 Subject
Subject Source: Local sources
Scope Note: Perjanjian : Memorandums of Understanding dan Memorandum of Agreement

Found in 122 Collections and/or Records:

Collaborative Agreement between Universiti Putra Malaysia (UPM) and Korporasi Pembangunan Desa

 Item — Gedung 1/128
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1093
Abstract

Penerbitan ini merupakan dokumen perjanjian rasmi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Korporasi Pembangunan Desa, Sabah bagi melaksanakan projek penyelidikan kolaboratif yang dibiayai melalui Geran TechnoFund yang diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) pada 28 Disember 2009.

Dates: Publication: 2009-12-28

Collaborative Agreement on an Industry Research Between Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) and Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Item — Gedung 1/128
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1172
Abstract Penerbitan ini adalah dokumen perjanjian kolaboratif penyelidikan industri antara CEDAR dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi projek penyelidikan dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Tujuan projek ini termasuk memahami industri dengan lebih mendalam, mengenal pasti risiko dan faktor kejayaan atau kegagalan PKS, serta mengenal pasti peluang pertumbuhan. Hasil penyelidikan akan digunakan sebagai panduan untuk pembangunan latihan keusahawanan dan strategi pembiayaan oleh SME Bank....
Dates: Publication: 2013-12-22

Consultancy Agreement between Johor Plant Tech Sdn. Bhd. and Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Item — Gedung 1/128
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1166
Abstract

Penerbitan ini merupakan dokumen perjanjian rasmi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Johor Plant Tech Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan perkhidmatan konsultansi profesional dan akademik dalam bidang teknologi tanaman dan penyelidikan industri pada 23 Julai 2007. Perjanjian ini menetapkan skop, bayaran serta tanggungjawab kedua-dua pihak dalam melaksanakan projek yang dinyatakan dalam dokumen ini.

Dates: Publication: 2007-07-23

Contract Research Agreement Between Universiti Putra Malaysia and Black Gold Petroleum Sdn. Bhd.

 Item — Gedung 1/128
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1175
Abstract Penerbitan ini merupakan perjanjian penyelidikan berkontrak antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Black Gold Petroleum Sdn. Bhd. bertarikh 20 Oktober 2008. Melalui perjanjian ini, pihak Black Gold Petroleum bersetuju menyediakan dana geran kepada UPM bagi melaksanakan projek penyelidikan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama perjanjian. Perjanjian ini memperincikan takrifan, tempoh penyelidikan, tanggungjawab kedua-dua pihak, pengurusan harta intelek, perlantikan Pengarah Projek,...
Dates: Publication: 2008-10-20

Fund Agreement (Commercialisation of Research & Development Fund) between Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. and Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Item — Gedung 1/128
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1167
Abstract Penerbitan ini merupakan perjanjian pembiayaan di bawah Commercialisation of Research and Development Fund (CRDF) antara Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Dokumen bertarikh 15 Mac 2008 ini menerangkan pelantikan MTDC sebagai pengurus dana oleh Kerajaan Malaysia serta syarat-syarat pembiayaan projek R&D, termasuk definisi, tanggungjawab pihak-pihak dan peruntukan berkaitan pelaksanaan projek mengikut terma yang ditetapkan...
Dates: Publication: 2008-03-15

Jalinan Kerjasama Strategik

 Collection — Gedung 1/ALBUM
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-498
Scope and Contents

Foto ini mengenai jalinan kerjasama strategik yang merangkumi era Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Album ini adalah koleksi Arkib UPM.

Dates: 1971 - 2025

Kerjasama Strategik UPM dan International Maritime Organization

 Collection — Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-311
Scope and Contents

Foto Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan The International Maritime Organization (IMO) sekitar awal tahun 2000-an. UPM diwakili oleh Naib Canselor ketika itu, Prof. Dr. Zohadie Bardaie.

Dates: Event: 2000

Lawatan Hormat Delegasi Antarabangsa ke Universiti Pertanian Malaysia (Anggaran 1990–1995)

 Collection — Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-282
Scope and Contents Foto sekitar lawatan hormat oleh delegasi antarabangsa ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia), yang berlangsung dalam suasana rasmi di salah satu bilik mesyuarat utama universiti.Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UPM ketika itu, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, serta beberapa wakil delegasi luar negara. Majlis ini melibatkan sesi perbincangan dan penandatanganan dokumen kerjasama antara dua institusi.Majlis ini...
Dates: Event: Majority of material found within 1990 - 1995

Majlis Kerjasama PROTON Bersama Institusi Pengajian Tinggi, 11 Julai 1987

 Collection — Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-563
Scope and Contents Foto menunjukkan satu majlis kerjasama antara Proton Holdings Berhad dengan beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Teknologi MARA (ITM) yang berlangsung pada Sabtu, 11 Julai 1987.Turut kelihatan dalam foto ialah Prof. Madya Dr. Nayan Ariffin, yang duduk di hujung meja semasa sesi meneliti dokumen dalam majlis tersebut.Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan...
Dates: Event: 1987-07-11

Majlis Menandatangai Perjanjian Akademik Malaysia – Australia

 Collection — Gedung 1/F21
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-601
Scope and Contents Foto sekitar majlis menandatangani perjanjian akademik yang melibatkan Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Victoria University, University of Canberra, Western Melbourne Institute of TAFE dan Northern Melbourne Institute of TAFE. Kelihatan Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim, Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam majlis berkenaan.Nama individu dinyatakan berdasarkan pemerhatian visual...
Dates: Event: 2000

Majlis Menandatangani Memorandum Antara UPM & Acctrak 21

 Collection — Gedung 1/F24
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-692
Scope and Contents Foto ini mengenai Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Acctrak21 Sdn. Bhd telah berlangsung pada 4 Ogos 1998. Acara ini melibatkan Naib Canselor UPM ketika itu, Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim. Untuk makluman tambahan mengenai individu bernama Najib dalam peristiwa ini, terdapat kemungkinan ia merujuk kepada Dato' Seri Najib Tun Razak yang mungkin turut hadir bagi menyaksikan atau merasmikan majlis tersebut, memandangkan beliau...
Dates: Event: 1998-08-04

Majlis Menandatangani Memorandum Of Understanding Tabung Amanah Zakat Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Zakat Selangor

 Collection — Gedung 1/F12
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-395
Scope and Contents

Gambar ini mengenai Majlis Menandatangani Memorandum Of Understanding Tabung Amanah Zakat Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Zakat Selangor pada tahun 2003

Dates: 2003-06-09

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Universiti Putra Malaysia Dan Kementerian Pendidikan Malaysia

 Collection — Gedung 1/F22
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-668
Scope and Contents

Foto ini mengenai Memorandum Perjanjian (MoA) atau Memorandum Persefahaman (MoU) khusus di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 7 Oktober 1998 yang melibatkan kerjasama akademik dan penyelidikan oleh Prof. Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim.



**Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Event: 1998-10-07

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara UPM dan Akademi Sains Malaysia

 Collection — Gedung 1/F02
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-89
Abstract

Foto ini mengenai Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara UPM dan Akademi Sains Malaysia. Turut hadir YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan bin Ariffin.

Dates: Event: 2000-06-24

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Institut Penganjian Tinggi Awam (IPTA)

 Collection — Gedung 1/F12
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-471
Scope and Contents

Gambar ini mengenai Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Institut Penganjian Tinggi Awam (IPTA) pada April 1996

Dates: 1996

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia dan Cybernetics Training Centre Sdn. Bhd.

 Collection — Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-346
Scope and Contents

Foto sekitar majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Cybernetics Training Centre Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 5 Ogos 1996. MoU ini bertujuan membuka ruang kerjasama dalam bidang latihan serta pembangunan kemahiran, menyokong usaha universiti dalam membina hubungan bersama sektor swasta. MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, Naib Canselor UPM ketika itu.

Dates: Event: 1996-08-05

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia dan Emle Woolf College of Malaysia

 Collection — Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-68
Scope and Contents

Foto urusan menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Putra Malaysia dan Emle Woolf College of Malaysia pada 19 Mei 1995.

Dates: Existence: 1995-05-19

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia dan Frank Small Management Center Sdn. Bhd.

 Collection — Gedung 1/F03
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-74
Scope and Contents

MOU Universiti Pertanian Malaysia dan Frank Small Management Center Sdn. Bhd pada 29 Ogos 1996

Dates: Event: 1995-08-29