Gedung 1/22
Contains 32 Results:
Modul Silang Budaya
Penerbitan ini merupakan bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran bagi proses integrasi dan aspek kepelbagaian budaya dan adat resam, kecintaan kepada negara serta penerapan nilai-nilai moral dan sivik di kalangan generasi muda terutama pelajar sekolah. Penerbitan modul ini adalah hasil kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM.
Modul keterampilan graduan : Finishing school
Modul ini pada asasnya adalah hands-on dan jenis praktikal. Ini akan membolehkan pelajar berlatih, berbincang, memberi pendapat sendiri,mengkritik dan lain-lain semasa menjalankan aktiviti. Aktiviti didalam modul ini membantu pelajar mengatasi ketakutan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Modern day finishing school : Experience from Los Angeles
Penerbitan ini merupakan bahan rujukan pengajaran dan kemahiran sokongan untuk graduan. Tumpuan utama adalah untuk menghasilkan pemimpin masa depan, yang memiliki keberanian, keyakinan, pertimbangan yang baik dan kemahiran komunikasi yang cemerlang.
Buku Panduan Perkhidmatan UPM
Penerbitan ini merupakan buku panduan yang pertama seumpamanya dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar, UPM sebagai panduan dan rujukan bagi memudahkan pegawai UPM mengetahui perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan di UPM. Ia mengandungi lima belas (15) bab yang menghimpunkan segala perkara yang berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia , Pembangunan Sumber Manusia dan Perundangan.
Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science : Special handbook prepared for veterinary week 1978
Buku Panduan Fakulti ini disediakan khas untuk Minggu Veterinar Unipertama 1978 memperingati konvokesyen kumpulan pertama graduan Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan Universiti Pertanian Malaysia. Selain maklumat tentang Fakulti, kurikulum dan kursus yang ditawarkan, ia mengandungi data lain yang bertujuan sebagai maklumat latar belakang kepada peserta luar negara Minggu Veterinar khususnya Dekan yang telah dijemput untuk menyertai penilaian Fakulti.
Panduan Bagi Kurikulum: Diploma Sains Peternakan dan Ijazah Kedoktoran Veterinar
Penerbitan ini merupakan buku panduan yang mengandungi maklumat berkaitan kurikulum untuk program Diploma Sains Peternakan dan Ijazah Kedoktoran Veterinar bagi Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan , UPM.
Buku Panduan 2001/2002 : Fakulti Ekologi Manusia
Penerbitan ini merupakan buku panduan kepada para pelajar baharu yang melanjutkan program ijazah dan diploma bagi Fakulti Ekologi Manusia di UPM. Ia mengandungi maklumat berkaitan syarat-syarat kemasukan dan kelulusan minima yang diperlukan,maklumat am pelajar, kurikulum pengajian , sinopsis kursus-kursus fakulti, informasi berkaitan UPM serta lain-lain maklumat yang berkaitan.