Skip to main content

Gedung 1/F23

 Container

Contains 55 Results:

Aktiviti Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-739
Scope and Contents

Foto ini merakamkan majlis penyampaian hadiah yang berlangsung pada 2 Januari 1994 bagi pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Perpustakaan, iaitu Pertandingan Rumah Sukan Staf Perpustakaan. Program ini melibatkan penyertaan staf pelaksana dan pustakawan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga perpustakaan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan dan Timbalan Ketua Pustakawan pada ketika itu.

Dates: Event: 1994-01-02

Lawatan Ke Pejabat Ladang

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-740
Scope and Contents

Gambar ini menunjukkan lawatan Kerja ke Pejabat Ladang pada tahun 1979.

Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Event: 1979

Majlis Ikrar Pelajar Universiti Pertanian Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-741
Scope and Contents

Gambar ini memaparkan majlis ikrar pelajar-pelajar UPM Sesi 1988/89 yang telah diadakan pada 2 Julai 1988. Turut kelihatan ketika majlis ialah Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan bin Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia serta Tuan Haji Shahdan bin Asri Pendaftar ketika itu.

Dates: Event: 1988-07-02

Majlis Kuliah Awam Oleh Profesor George Varghese (Pemenang SEARCA Profesional Merit Award)

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-742
Scope and Contents

Gambar ini merakamkan Majlis Kuliah Awam yang disampaikan oleh Profesor George Varghese, Pemenang SEARCA Profesional Merit Award pada 13 Julai 1985. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin selaku Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia dan Tuan Haji Shahdan bin Asri, yang berkhidmat sebagai Pendaftar universiti pada waktu itu.

Dates: Event: 1985-07-13

Memorandum of Understanding Between Universiti Pertanian Malaysia and Pollution Engineering Sdn. Bhd.

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-743
Scope and Contents

Gambar ini memaparkan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Pollution Engineering Sdn. Bhd. yang berlangsung pada 10 Oktober 1994. Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor UPM, bersama wakil daripada Pollution Engineering Sdn. Bhd. sebagai tanda kerjasama antara kedua-dua pihak.

Dates: Event: 1994-10-10

Kolej Kediaman Bangi Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-744
Scope and Contents

Foto Kolej Kediaman Bangi Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1984.

Dates: Existence: 1984

Seminar Sukan Universiti-Universiti ASEAN

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-745
Scope and Contents

Foto ini mengenai Seminar Sukan Universiti-Universiti ASEAN yang berlangsung pada 8 - 9 November 1984. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut bersama ialah Tuan Haji Shahdan bin Asri Pendaftar UPM ketika itu.

Dates: Event: Majority of material found within 1984-11-08 - 1984-11-09

Demonstrasi Sistem Pengawasan Kualiti Udara di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-746
Scope and Contents

Foto ini menunjukkan Demonstrasi Sistem Pengawasan Kualiti Udara yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 3 November 1984. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Universiti Pertanian Malaysia dengan Kerajaan Jepun dalam usaha memperkenalkan teknologi pemantauan kualiti udara serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.

Dates: Event: 1984-11-03

Ekspo Kerjaya Gugusan Mendi Triang, Pahang

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-747
Scope and Contents

Gambar ini mengenai Ekspo Kerjaya Gugusan Mendi di Triang, Pahang yang berlangsung pada 1 - 2 November 1984. Upacara tersebut dirasmikan oleh Y.B Datuk Seri Mohd Adib Hj. Adam.

Dates: Event: Majority of material found within 1984-11-01 - 1984-11-02

Simposium Kawalan Mutu Dalam Perusahaan Makanan

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-748
Scope and Contents

Foto ini mengenai Simposium Kawalan Mutu dalam Perusahaan Makanan yang telah berlangsung pada 22–23 Januari 1979. Simposium ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Pertanian Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Mohd Rashdan bin Haji Baba, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia pada ketika itu.

Dates: Event: Majority of material found within 1979-01-22 - 1979-01-23

Lawatan Dato' Shariff Ahmad, Menteri Kemajuan Tanah & Wilayah

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-749
Scope and Contents

Foto ini menunjukkan lawatan Dato' Sharif Ahmad, Menteri Kemajuan Tanah & Wilayah pada tahun 1979. Turut kelihatan ialah YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Mohd Rashdan bin Haji Baba, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia pada ketika itu.

Dates: Event: 1979

Pesta Sukan Konvo ke-8 UPM

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-750
Scope and Contents

Gambar ini menunjukkan suasana Pesta Sukan Konvokesyen Ke-8 Universiti Pertanian Malaysia yang berlangsung pada tahun 1984. Kelihatan Tuan Haji Shahdan bin Asri, Pendaftar universiti pada ketika itu, menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara yang dipertandingkan.

Dates: Event: 1984

Upacara Perasmian Pameran Buku Dewan Bahasa & Pustaka

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-751
Scope and Contents

Foto ini menunjukkan Upacara Perasmian Pameran Buku Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia pada ketika itu. Turut kelihatan dalam foto ialah Tuan Haji Shahdan bin Asri, Pendaftar universiti ketika itu.

Dates: Event: 1988-01-26

Majlis Penyampaian Sijil Projek Usahawan Muda 1

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-752
Scope and Contents

Gambar ini menunjukkan Majlis Penyampaian Sijil Projek Usahawan Muda 1 yang berlangsung pada 25 Oktober 1989. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd Ariff bin Hussein, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Dates: Event: 1989-10-25

Hari Petani '85

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-753
Scope and Contents

Foto ini mengenai Hari Petani '85 yang berlangung pada 2 hingga 3 Februari 1985. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin selaku Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: Event: Majority of material found within 1985-02-02 - 1985-02-04

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Universiti Pertanian Malaysia dan Universitas Padjadjaran Bandung, Indonesia

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-754
Scope and Contents

Gambar ini memaparkan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Universiti Pertanian Malaysia dan Universitas Padjadjaran Bandung, Indonesia pada 2 September 1996. Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor UPM ketika itu bersama wakil Universitas Padjadjaran, Bandung sebagai tanda kerjasama antara kedua-dua pihak.

Dates: Event: 1996-09-02

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Universiti Pertanian Malaysia, Institut Teknologi Mara dan Yayasan Pelajaran Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-755
Scope and Contents

Gambar ini mengenai Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Universiti Pertanian Malaysia, Institut Teknologi Mara dan Yayasan Pelajaran Malaysia pada 18 Mei 1995. Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor UPM bersama wakil Institut Teknologi Mara dan Yayasan Pelajaran Malaysia sebagai tanda kerjasama antara ketiga-tiga pihak.

Dates: Event: 1995-05-18

Majlis Perasmian Minggu Sains Malaysia Pertama

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-756
Scope and Contents

Foto ini menunjukkan Majlis Perasmian Minggu Sains Malaysia Pertama yang diadakan pada 17 Oktober 1987. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.

Dates: Event: 1987-10-17

Keberangkatan Tunku Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-757
Scope and Contents

Foto ini merakamkan keberangkatan Tunku Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ketika itu, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, pada 1 Februari 1979.

Dates: Event: 1979-02-01

Kursus Penyakit Ikan

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-758
Scope and Contents

Foto ini mengenai Kursus Penyakit Ikan yang diadakan pada 10 Disember 1984 di Universiti Pertanian Malaysia.

Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Event: 1984-12-10

Majlis Penyampaian dan Penutup Sukan Staf Universiti - Universiti Malaysia Ke 22

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-759
Scope and Contents

Gambar ini memaparkan Majlis Penyampaian dan Penutup Sukan Staf Universiti - Universiti Malaysia Ke 22 yang berlangsung pada 29 Ogos 1996 bertempat di Kolej Tun Dr. Ismail. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Kalok Latiff Pendaftar, Universiti Pertanian ketika itu.

Dates: Event: 1996-08-29

Persidangan Kebangsaan Kearahaliran Pembangunan Pertanian Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-760
Scope and Contents

Foto ini mengenai Persidangan Kebangsaan Kearahaliran Pembangunan Pertanian Malaysia yang berlangsung pada 1 - 12 November 1983 bertempat di Universiti Pertanian Malaysia. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin selaku Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia ketika itu.

Dates: Event: Majority of material found within 1983-11-01 - 1983-11-02

Bengkel Penulisan Surat

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-761
Dates: Event: Majority of material found within 1990-11-20 - 1990-11-22

Mesyuarat Agung Keenam Belas Persatuan Pegawai Akademik Universiti Pertanian Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-762
Scope and Contents

Gambar ini menunjukkan Mesyuarat Agung Keenam Belas Persatuan Pegawai Akademik Universiti Pertanian Malaysia (PPAUPM) yang telah diadakan pada 9 Januari 1993. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan B. Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia pada ketika itu.

Dates: Event: 1993-01-09

Program Induksi Pegawai Universiti Pertanian Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-763
Scope and Contents

Foto ini memaparkan Program Induksi Pegawai Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 10 hingga 15 Jun 1991. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan B. Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia ketika itu. Program induksi ini diadakan bagi memperkenalkan pegawai baharu kepada dasar, pentadbiran, fungsi serta budaya kerja universiti.

Dates: Event: Majority of material found within 1991-06-10 - 1991-06-15