Gedung 1/F13
Contains 70 Results:
Forum Perhutanan 1987.
Foto majlis Forum Perhutanan yang diadakan pada 28 Mac 1987. Mengandungi sesi ucapan dan perbincangan mengenai pengurusan serta pemeliharaan hutan dengan penyertaan wakil daripada pelbagai agensi berkaitan.
Hari Bakti Siswa Kolej Keenam Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Sesi 1987/1988
Foto Hari Bakti Siswa Kolej Keenam Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Sesi 1987/1988 di Kampung Dato Abu Bakar Baginda pada 12 Julai 1987. Program khidmat masyarakat ini melibatkan pelajar Kolej Keenam (KK6) yang turun padang membantu penduduk setempat. Inisiatif ini mencerminkan semangat sukarelawan mahasiswa UPM pada era 1980-an dalam usaha menghubungkan universiti dengan masyarakat luar kampus.
Barisan anggota Koir Kolej Kediaman Kelima.
Foto barisan anggota koir bersama-sama dengan yang berbahagia Prof. Madya Dr. Kamaruddin Hj. Kachar, Pengetua, Pencipta lagu koir dan Pengerusi Kolej Kediaman Kelima, sekitar pertengahan tahun 1980-an.
Kunjungan Hormat Rektor Ruhr University ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto Prof. Dr. Knut Ipsen, Rektor Ruhr University, Jerman, bersama Tuan Haji Shahdan Asri, Pendaftar Universiti Pertanian Malaysia (UPM), ketika kunjungan beliau ke UPM pada 16 Ogos 1985.
Bendera UPM 1987
Foto Bendera Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang megah ini dirakam pada September 1987, melambangkan identiti dan semangat institusi pada era itu.
Forum Penasihat Akademik 1987
Foto Forum Penasihat Akademik: Peranan dan Fungsi Penasihat Akademik yang diadakan pada 30 Mac 1987 dirasmikan oleh Y.B Prof. Dr. Nayan Ariffin , Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Kerusi Canselor Pertama Universiti Pertanian Malaysia
Majlis Rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto ini satu majlis rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar awal tahun 2000-an. Turut kelihatan ialah Prof. Ir. Dr. Zohaidie Bardaie, Naib Canselor UPM ketika itu, Tuan Haji Kamalul Aripi Musa, Pendaftar UPM dan Prof. Dato’ Dr. Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamad, mantan Dekan Fakulti Ekologi Manusia. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi diperoleh daripada sumber rekod universiti.
Pelancaran Perisian Kursus "Adakah Keputusan Anda" di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1996.
Foto sekitar majlis pelancaran perisian kursus "Adakah Keputusan Anda" oleh Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada 15 Mei 1996 di Universiti Pertanian Malaysia. Perisian ini dihasilkan secara kerjasama antara Penerbit UPM dan World Wide Fund for Nature (WWF) Panda, dengan tajaan oleh Hewlett-Packard. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Majlis Menandatanganan Perjanjian antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan AIROD Sdn. Bhd.
Program Ke Arah Kecemerlangan Fakulti, Universiti Putra Malaysia (2003)
Foto sekitar Program Ke Arah Kecemerlangan Fakulti, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 2003. Turut kelihatan Prof. Dr. Hj. Azhar Md. Zain, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM.
Perasmian Acara Sukan Pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Majlis Perasmian Pesta Konvo Universiti Putra Malaysia 2001
Foto sekitar Majlis Perasmian Pesta Konvo Universiti Putra Malaysia 2001 (Sidang III), yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohd Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor, pada 16 Ogos 2001 di Bukit Ekspo, Taman Penyelidikan Universiti (TPU), diiringi oleh Dato' Hj. Omar Bin Osman, Presiden Persatuan KEPERTAMA UPM serta Prof. Madya Dr. Zohadie Bardaie, Naib Canselor UPM pada waktu itu mewakili pengurusan tertinggi universiti.
Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Acctrak21 Sdn. Bhd.
Foto ini merupakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Acctrak21 Sdn. Bhd pada 4 Ogos 1998, dengan Prof. Dr. Dato' Syed Jalaluddin Bin Syed Salim mewakili UPM dan Dato' Sri Najib Tun Razak, yang pada waktu itu menjawat jawatan Menteri Pendidikan Malaysia, turut hadir dalam majlis tersebut.
Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Pertanian Malaysia (1995)
Foto bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Pertanian Malaysia sekitar tahun 1995. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Majlis Perasmian Program Kesedaran HIV/AIDS oleh Yayasan AIDS Malaysia
Kolej Empat Belas Universiti Putra Malaysia (UPM)
Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Ekspo Perpaduan Ummah 1998
Koleksi gambar Prof. Dr. Zohaidie Bardaie , Naib Canselor Keempat Universiti Putra Malaysia (UPM).
Koleksi foto Prof. Dr. Zohaidie Bardaie, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) dari akhir 1980-an hingga awal 2000-an, merangkumi potret rasmi, suasana pejabat serta pemakaian jubah konvokesyen dan kebesaran akademik dalam pelbagai peringkat kerjaya akademik dan pentadbiran beliau.
Koleksi Gambar Prof. Nayan bin Ariffin Naib, Canselor Kedua Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Koleksi foto Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan bin Ariffin, Naib Canselor kedua Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dari tahun 1982 hingga 1994, merangkumi pelbagai peringkat kerjaya beliau, yang terdiri daripada potret rasmi, sesi konvokesyen, acara kebangsaan, pelbagai jenis pakaian serta suasana sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam bidang akademik dan pentadbiran.
Koleksi Foto Dato' Ts. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Naib Canselor Keempat , Universiti Putra Malaysia (UPM).
Foto Koleksi Dato' Ts. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Naib Canselor Keenam Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam pelbagai urusan rasmi sepanjang tempoh kepimpinan beliau sekitar tahun 2001 hingga 2003. Foto-foto ini memaparkan pelbagai momen penting termasuk potret rasmi beliau dalam busana tradisional Melayu, serta beberapa aktiviti rasmi seperti pertemuan kerja, lawatan institusi, dan penyertaan dalam acara-acara akademik dan pentadbiran universiti.
Majlis Konvokesyen UPM, Sekitar 1999
Foto sekitar majlis konvokesyen di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 1999, yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.Mengiringi baginda ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tengku Permaisuri Siti Aishah, yang mengenakan busana rasmi berwarna merah lengkap dengan selendang dan perhiasan diraja — simbol kemuliaan dan kewibawaan seorang permaisuri negara.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Dewan Besar , Universiti Putra Malaysia (UPM)
Lawatan Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang ke Pameran Akademik, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis Penerangan dan Demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia , 1981
Foto Y.M Ustaz Ishak bin Itam, Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia,menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan dan Demontrasi Seni Silat Cekak Malaysia yang diadakan pada sekitar tahun 1981. Majlis ini turut menampilkan persembahan demontraso silat termasuk aksi pergaduhan di atas papan sekeping oleh ahli-ahli Seni Silat Cekak Malaysia, disaksikan oleh para tetamu dan hadirin di padang terbuka.
