Gedung 1/F10
Contains 84 Results:
Majlis Penghargaan Jasa Putra dan Setia Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto sempena Majlis Jasa Putra dan Setia Putra yang diadakan bagi menghargai sumbangan dan kesetiaan warga institusi. Majlis disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Ir. Muhamad Zohadie bin Bardaie dan berlangsung pada November 2001.
Prof. Dato' Dr. Idris Abdol dalam Jubah Akademik Rasmi
Foto ini menunjukkan Prof.Dato' Dr. Idris Abdol memakai jubah akademik rasmi dalam satu majlis akademik. Berdasarkan gaya jubah dan suasana, gambar ini dianggarkan diambil sekitar pertengahan tahun 2000-an. Maklumat gambar ini adalah berdasarkan dokumen visual sahaja dan tidak disahkan secara rasmi berkaitan tarikh atau jenis majlis yang dihadiri.
Majlis Perasmian Bengkel "Harnessing Science and Technology for the Seventh Malaysia Plan" di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pameran PALAPES Universiti Pertanian Malaysia (UPM) di Bukit Ekpo.
Majlis Penyampaian Cek Program Alam Sekitar UPM-ExxonMobil 2002
Foto semasa Majlis Penyampaian Cek Program Alam Sekitar UPM–ExxonMobil, yang berlangsung pada 17 April 2002. Cek bernilai RM249,000.00 telah diserahkan oleh wakil ExxonMobil kepada Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai sokongan kepada program alam sekitar universiti. Turut hadir ialah Prof. Dato’ Dr. Ir. Mohd Zohadie Bardaie, Naib Canselor UPM ketika itu, bersama pegawai-pegawai kanan fakulti dan wakil industri.
Persembahan Silat Cekak Sempena Sambutan 3 Dekad KMR & Hari Terbuka Kolej.
Foto majlis demonstrasi seni mempertahankan diri daripada Ahli Silat Cekak sempena Sambutan 3 Dekad Kolej Mohamad Rashid (KMR) dan Hari Terbuka Kolej, Universiti Putra Malaysia (UPM), sekitar tahun 2005.
Malam Tunas Budaya 2001
Foto sekitar Pertandingan Malam Tunas Budaya 2001 sempena Minggu Suaikenal Sesi 2001/2002 Universiti Putra Malaysia yang berlangsung meriah pada 19 Mei 2001. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Haji Mohd Khalid bin Mohd Yunus, Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia ketika itu, selaku tetamu kehormat.
Homecoming Golf Alumni UPM (1998–2005)
Foto sekitar pertemuan semula Alumni Universiti Putra Malaysia dalam acara Homecoming Golf Alumni, anggaran tahun 1998–2005. Turut hadir, Prof. Ir. Dato’ Dr. Zohadie Bardaie yang ketika itu masih aktif dalam pentadbiran UPM, bersama sahabat-sahabat seperjuangan, mengeratkan silaturahim dan menyemai semangat kekeluargaan alumni UPM.