Skip to main content

Gedung 1/F10

 Container

Contains 84 Results:

Majlis Penyampaian Sijil kepada Pegawai Keselamatan UPM, 1990-an

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-351
Scope and Contents Foto sekitar awal tahun 1990-an ini menunjukkan majlis penyampaian sijil kepada pegawai keselamatan Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Turut kelihatan ialah YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Zohadie Bardaie, Dekan Fakulti Kejuruteraan; YBhg. Prof. Dr. Rahim Md. Sail, Pensyarah Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pendidikan; serta Encik Syed Salim Syed Agha, Ketua Pustakawan UPM pada waktu itu. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar berkumpulan di hadapan bangunan bertanda...
Dates: Event: 1990

Perubahan Landskap Fakulti Perhutanan UPM (1990–2000-an)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-302
Scope and Contents Foto-foto Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia, dirakam sekitar awal 1990-an hingga 2000-an, berdasarkan ciri seni bina, elemen landskap, papan tanda, dan kenderaan yang terpapar. Koleksi ini menunjukkan evolusi fizikal fakulti, termasuk reka bentuk pintu masuk berunsur tradisional Melayu, bangunan utama dengan struktur bata merah, serta papan tanda rasmi setelah penjenamaan semula kepada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1997. Maklumat ini disediakan berdasarkan analisis...
Dates: Majority of material found within 1990 - 2000

Majlis Makan Malam sahabat-sahabat universiti dari negara-negara ASEAN 1996.

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-301
Scope and Contents Foto sekitar majlis makan malam pada 26 Mei 1996 yang diadakan bagi meraikan sahabat-sahabat universiti terdiri daripada para diplomat dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. YB Prof. Dato' Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim bertindak sebagai tuan rumah dan majlis diadakan dikediaman beliau. Antara duta dan perwakilan asing yang hadir ialah dari Germany, Perancis, Kanada, Britain, Australia, Jepun serta negara-negara ASEAN. Ini merupakan kali pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) menganjurkan...
Dates: Event: 1996-05-26

Majlis Perasmian Universiti Kolej dan Upacara Perletakan Batu Asas, UPMT (1996)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-300
Scope and Contents Foto sekitar majlis perasmian Universiti Kolej dan upacara perletakan batu asas yang telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada 23 April 1996 di padang permainan Universiti Pertanian Malaysia (UPMT) Terengganu. Beliau diiringi oleh Y.B. Profesor Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Noor, Menteri Perusahaan Awam ketika itu. Turut menyaksikan majlis ini ialah Y.A.B. Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu, serta...
Dates: Event: 1996-04-23

Majlis Anugerah Khas Perkhidmatan Awam 1996.

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-299
Scope and Contents Foto pegawai-pegawai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mengadakan sesi perbincangan bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Perbincangan ini diadakan berhubung pencapaian UPM dalam bidang pengurusan teknologi maklumat, yang kemudiannya melayakkan Pusat Komputer UPM menerima Anugerah Pengurusan Teknologi Maklumat sempena Majlis Anugerah Khas Perkhidmatan Awam 1996. Anugerah tersebut...
Dates: Event: 1996-12-17

Majlis Perasmian Hari Petani 1991, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-298
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Perasmian Hari Petani 1991 dengan tema pengembangan teras pencapaian wawasan yang berlangsung di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Acara ini diadakan bagi menghargai peranan dan sumbangan petani dalam pembangunan negara. Majlis disempurnakan oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Ariffin, Naib Canselor UPM ketika itu.

Dates: Event: 1991-01-29

Pembinaan Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1981

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-297
Scope and Contents

Foto-foto proses pembinaan Kompleks Pentadbiran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 12 Februari 1981. Pembangunan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan kemudahan akademik dan pentadbiran di UPM, yang kini menjadi salah satu institusi pendidikan terkemuka di Malaysia.

Dates: Existence: 1981-02-12

Majlis Perasmian dan Pameran Pertanian Alaf Baru di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-298
Scope and Contents Foto-foto sekitar suatu majlis rasmi yang melibatkan lawatan dan perasmian oleh YB Datuk Ramly Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti ketika itu, bersama beberapa pegawai pengurusan universiti, Dato' Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan, Prof. Dr. Muhammad Awang, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah, dan Dato' Hj Omar bin Osman. Majlis yang berlangsung di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia ini memaparkan suasana pameran bertemakan “Pertanian Alaf Baru”, dengan penglibatan aktif...
Dates: Event: Majority of material found within 1999 - 2000

Perkembangan Awal Fakulti Kejuruteraan (1980-an hingga 1990-an)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-382
Scope and Contents

Foto sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an yang menunjukkan suasana Fakulti Kejuruteraan, termasuk bangunan akademik, papan tanda rasmi fakulti serta asrama pelajar.Foto-foto ini memperlihatkan perkembangan awal infrastruktur dan suasana kampus pada era tersebut. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto, dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 1990

Bangunan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) 1990-an.

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-319
Scope and Contents

Foto bangunan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Diambil sekitar akhir 1990-an hingga awal 2000-an, foto ini memaparkan suasana kampus dengan reka bentuk bangunan dan kenderaan yang mencerminkan era tersebut. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto ini dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat diperoleh.

Dates: Existence: Majority of material found within 1990 - 2000

Papan Tanda Awal Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi , Universiti Pertanian Malaysa (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-383
Scope and Contents

Foto papan tanda Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Pertanian Malaysia, diambil sekitar tahun 1990-an.

Dates: Existence: 1990

Malam Kebudayaan Pelajar Antarabangsa dan Majlis Penutup Sambutan Ulang Tahun ke-70 Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-317
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Malam Kebudayaan Pelajar Antarabangsa dan Majlis Penutup Sambutan Ulang Tahun ke-70 Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah berlangsung pada 31 Mei 2002. Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Hashim Bin Aman, Pro-Canselor UPM. Para pelajar tampil dalam pakaian tradisional masing-masing, menunjukkan kepelbagaian budaya yang diraikan di UPM.

Disumbangkan Oleh : Azman Arif

Dates: Event: 2002-05-31

Majlis International Cultural Night , Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-318
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis International Cultural Night yang dianjurkan oleh UPM International Student Association, International Center UPM pada 14-15 November 2000. Majlis bertemakan "Peace and Prosperity: Global Aspiration" ini dirasmikan oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Bin Syed Salim, Naib Canselor UPM. Antara aktiviti yang berlangsung ialah persembahan budaya oleh pelajar antarabangsa yang memeriahkan suasana.

Dates: Event: Majority of material found within 2000-11-14 - 2000-11-15

Anjung Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-316
Scope and Contents

Foto Anjung Putra di Lebuh Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM), foto sekitar tahun 2019. Anjung Putra yang telah siap sepenuhnya berfungsi sebagai ruang ikonik dan laluan utama pelajar serta kakitangan universiti, terletak berhampiran pintu utama ke Pusat Pentadbiran UPM.

Dates: Existence: 2019

Majlis Malam Kebudayaan Universiti Putra Malaysia (UPM), tahun 2001.

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-315
Scope and Contents Foto sekitar Majlis Malam Kebudayaan Universiti Putra Malaysia (UPM), tahun 2001. Majlis menampilkan persembahan kebudayaan tradisional termasuk tarian, muzik etnik, serta ucapan oleh tetamu kehormat. Acara ini dianjurkan sebagai usaha untuk memberi penghargaan kepada warisan seni budaya dan memperingati sumbangan warga universiti dalam pembangunan kebudayaan kampus. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto, dan akan dikemas kini sekiranya maklumat...
Dates: Event: 2001

Sesi Perbincangan Rasmi Antara Prof. Dato’ Syed Jalaludin bin Syed Salim dan Mr. Takiya Mashima, 1986

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-384
Scope and Contents

Foto Prof. Dato’ Syed Jalaludin bin Syed Salim, seorang pensyarah pada waktu itu, bersama Mr. Takiya Mashima dari JPS semasa lawatan rasmi sekitar awal 1986. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual dan maklumat pada foto, dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Event: 1986

Proses Pembangunan Awal di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-314
Scope and Contents Foto-foto sekitar proses kerja persediaan tapak dan pembangunan kawasan baru di sekitar Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), yang melibatkan kerja penggalian, perataan tanah, dan pembinaan struktur kecil. Bangunan kolej yang tersergam di latar belakang menandakan lokasi fakulti ini. Berdasarkan gaya bangunan dan kualiti gambar, kerja-kerja ini dijangka berlaku sekitar hujung tahun 1990-an hingga awal 2000-an, menggambarkan fasa awal projek pembangunan kemudahan baru bagi...
Dates: Existence: Majority of material found within 1999 - 2000

Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Putra Malaysia (UPM) 1997.

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-313
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Putra Malaysia (UPM) 1997. Kelihatan Prof. Dato' Syed Jalaluddin Syed Salim menyampaikan anugerah kepada seorang staf, sebagai penghargaan atas dedikasi dan sumbangan cemerlang dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.

Dates: Event: 1997

Majlis Menandatangani MoU dan Penyampaian Cek antara UPM dan JICA Sempena Program Latihan Negara Ketiga (TCTP)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-312
Scope and Contents Foto sekitar majlis rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) serta penyampaian cek oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) kepada Universiti Putra Malaysia (UPM), yang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zohadie Bardaie, Naib Canselor UPM pada ketika itu.Majlis ini diadakan sempena pelaksanaan Program Latihan Negara Ketiga (Third Country Training Programme – TCTP) dalam bidang Pengurusan Ekosistem Marin dan Pencemaran. Ia merupakan sebahagian daripada...
Dates: Event: 2001

Pembinaan Awal Dewan Kuliah Fakulti Pendidikan, UPM (1990-an)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-386
Scope and Contents

Foto proses pembinaan awal Dewan Kuliah Fakulti Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar awal 1990-an. Gambar ini merakamkan fasa kerja tanah, pembentukan struktur asas, serta keadaan fizikal tapak bina yang menjadi sebahagian daripada pembangunan pendidikan di Kampus Serdang.Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Existence: 1990

Kerjasama Strategik UPM dan International Maritime Organization

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-311
Scope and Contents

Foto Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan The International Maritime Organization (IMO) sekitar awal tahun 2000-an. UPM diwakili oleh Naib Canselor ketika itu, Prof. Dr. Zohadie Bardaie.

Dates: Event: 2000

Bangunan Matematik dan Sains Komputer, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), (1980-an - 1990-an).

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-387
Scope and Contents

Foto di hadapan Bangunan Matematik dan Sains Komputer, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), sekitar akhir tahun 1980-an hingga awal tahun 1990-an. Kelihatan mahasiswa belajar dan berbual santai di bangku batu di bawah rimbunan pokok.Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 1990

Majlis Perasmian & Pameran Kumpulan Latihan Kelana Siswa (Pengakap) Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-310
Scope and Contents

Foto sekitar majlis perasmian dan pameran Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia (UPM). Turut hadir Prof. Dr. Zohadie Bardaei, Naib Canselor UPM ketika itu, bersama pelajar dan pensyarah yang bergambar kenangan serta menyaksikan pameran aktiviti pengakap universiti sekitar tahun 1998–2002. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Event: Majority of material found within 1998 - 2002

Pengakap Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Awal 1990-an.

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-388
Scope and Contents

Foto Pengakap Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar awal tahun 1990 an , bergambar di hadapan bangunan kampus Serdang. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Existence: 1990