Gedung 1/F10
Contains 84 Results:
Majlis Perasmian Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara 1996
Foto sekitar Majlis Perasmian Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara sempena Hari dan Minggu Belia Negara ’96 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Mei 1996. YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Belia dan Sukan ketika itu, hadir merasmikan persidangan. Turut hadir ialah Prof. Dr. Rahim Sail, ketika itu memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM. Program ini dianjurkan oleh APPEN dengan tema "Pengukuhan Sinergi Belia dan Negara."
Staf Unit Rondaan Bermotor, Bahagian Keselamatan UPM
Foto berkumpulan staf Bahagian Keselamatan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Unit Rondaan Bermotor, di hadapan pejabat unit berkenaan. Foto ini diambil sekitar 1990-an berdasarkan gaya pakaian, peralatan keselamatan dan mutu cetakan foto.
Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal yang bertemakan Peranan Makmal Universiti ke Arah Wawasan 2020.
Foto sekitar Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal yang bertemakan Peranan Makmal Universiti ke Arah Wawasan 2020. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB En. Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, dan diadakan pada 8 hingga 9 Disember 1993 di Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis Penyampaian Sijil kepada Pegawai Keselamatan UPM, 1990-an
Perubahan Landskap Fakulti Perhutanan UPM (1990–2000-an)
Majlis Makan Malam sahabat-sahabat universiti dari negara-negara ASEAN 1996.
Majlis Perasmian Universiti Kolej dan Upacara Perletakan Batu Asas, UPMT (1996)
Majlis Anugerah Khas Perkhidmatan Awam 1996.
Majlis Perasmian Hari Petani 1991, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar Majlis Perasmian Hari Petani 1991 dengan tema pengembangan teras pencapaian wawasan yang berlangsung di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Acara ini diadakan bagi menghargai peranan dan sumbangan petani dalam pembangunan negara. Majlis disempurnakan oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Ariffin, Naib Canselor UPM ketika itu.
Pesta Sukan Antara Universiti/IPT 1988/8
Foto-foto sekitar Pesta Sukan Antara Universiti/IPT 1988/8 yang menyaksikan penyertaan aktif daripada pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. Antara acara sukan yang dipertandingkan termasuk ragbi, bola jaring, lari berhalangan, hoki, sepak takraw, dan lempar cakera. Majlis penyampaian hadiah turut diadakan sebagai penutup rasmi acara, meraikan pencapaian atlet IPT yang cemerlang dalam suasana penuh semangat kesukanan.
Pasukan Hoki Lelaki Sesi 1989/90
Foto barisan pemain pasukan hoki lelaki, sesi 1989/90 , berdasarkan catatan pada gambar.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia dan Cybernetics Training Centre Sdn. Bhd.
Foto sekitar majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Cybernetics Training Centre Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 5 Ogos 1996. MoU ini bertujuan membuka ruang kerjasama dalam bidang latihan serta pembangunan kemahiran, menyokong usaha universiti dalam membina hubungan bersama sektor swasta. MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, Naib Canselor UPM ketika itu.
Pembinaan Jalan dan Tempat Letak Kenderaan di Hadapan Dewan Besar, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Kerja-kerja penurapan jalan dan penyediaan tempat letak kenderaan di hadapan Dewan Besar, Universiti Pertanian Malaysia pada awal 1990-an.
Kerja Persiapan Infrastruktur di Universiti Putra Malaysia (Tahun 2000)
Foto sekitar proses awal kerja infrastruktur, termasuk penghantaran dan penempatan tiang serta pembersihan tapak daripada sisa binaan lama sebelum pemasangan kemudahan baru dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 2000.
Van Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia, Sekitar 1970-an
Foto Van Volkswagen Type 2 ini digunakan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 1977.
Kursus Diploma Teknologi Rumahtangga 3, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 1977.
Foto sekitar sesi pembelajaran kursus diploma teknologi pumahtangga 3 di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 3 September 1977. Kursus ini menggunakan abstrak dan indeks sebagai panduan penyusunan kandungan, dengan tumpuan kepada kemahiran teori dan amali dalam pengurusan rumahtangga.
Majlis Penyerahan Buku oleh Tuan Yang Terutama Encik Surapong Posayanond, Duta Besar Kedutaan Diraja Thailand kepada Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1995.
Foto sekitar Majlis Penyerahan Koleksi Buku kepada Universiti Pertanian Malaysia pada 25 September 1995. Tuan Yang Terutama Encik Surapong Posayanond, Duta Besar Kedutaan Diraja Thailand, menyerahkan koleksi buku kepada pihak universiti sebagai tanda hubungan diplomatik dan kerjasama akademik antara Malaysia dan Thailand.
Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Hume Fibreboard Sdn. Bhd.
Foto Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan wakil Hume Fibreboard Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian kerjasama pada 25 September 1995 bagi memperkukuh hubungan dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi, dan pemindahan ilmu.
Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Institut Teknologi PETRONAS Sdn. Bhd.
Foto majlis menandatangani perjanjian kerjasama pada 19 Oktober 1995 antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Institut Teknologi PETRONAS Sdn. Bhd, yang menandakan permulaan jalinan strategik dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan teknologi. Majlis ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkukuh hubungan akademik dan industri demi manfaat bersama.
Majlis Menandatangani MoU Loji Pulpa dan Kertas Bersepadu Pertama Dunia Menggunakan Gentian Kelapa Sawit 1996.
Foto sekitar majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan loji pulpa dan kertas bersepadu pertama di dunia yang menggunakan gentian kelapa sawit telah berlangsung pada 20 Ogos 1996. Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Perusahaan Utama ketika itu, YB Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, serta Menteri Besar Pahang, Duli Yang Amat Mulia Raja Ropiaah dan YB Dato’ Sri Haji Mohd Khalid Yaakob.
Perasmian Balai Keris Mas serta Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bahasa Pustaka dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1995.
Foto semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), serta dua syarikat lain yang identitinya tidak dapat dipastikan disebabkan sebahagian tulisan pada gambar tertutup. Wakil dari UPM ialah Tan Sri Prof. Datuk Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim, Naib Canselor pada waktu itu. Majlis ini turut diadakan bersempena perasmian Balai Keris Mas pada 9 Januari 1995.
Jamuan Malam Rasmi KTDI 1995: Tradisi Gemilang, Wawasan Cemerlang
Foto sekitar jamuan Malam Rasmi KTDI berlangsung dengan pada 23 Mac 1995, dengan tema tradisi gemilang, wawasan cemerlang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir, Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Dato' Idris Abdol serta warga KTDI.
Lawatan Delegasi Japan Society for the Promotion of Science (JSPS) ke Universiti Pertanian Malaysia – 20 Disember 1984
Lawatan Menteri Pelajaran Thailand ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1985
Foto sekitar kunjungan rasmi Menteri Pelajaran Thailand ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 18 Januari 1985. Delegasi telah disambut oleh Naib Canselor UPM ketika itu, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan bin Ariffin, dan dibawa melawat fasiliti rumah hijau di kampus yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang pertanian. Lawatan ini mencerminkan hubungan baik antara Malaysia dan Thailand dalam bidang pendidikan tinggi.
