Skip to main content

Gedung 1/F09

 Container

Contains 85 Results:

Lawatan Rasmi Chris Watson, Universiti Birmingham ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-259
Scope and Contents

Foto sekitar kunjungan rasmi Mr. Chris Watson, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Birmingham (1982–1994) pada 6 Januari 1994, ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama akademik dan pertukaran pelajar antara kedua-dua institusi.

Sumber rujukan : https://www.birmingham.ac.uk/research/chasm/research/housing-communities/staff/watson-chris?utm_source

Dates: Event: 1994-06-06

Jamuan Rasmi Melahirkan Ahli Korporat Bertaqwa, Cemerlang dan Berketerampilan

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-261
Scope and Contents

Foto sekitar majlis jamuan rasmi bertemakan pembentukan ahli korporat bertaqwa, cemerlang dan berketerampilan telah berlangsung pada 8 Januari 1994. High Dinner ini diadakan di Kolej Kediaman Canselor (KKCR), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), dengan kehadiran tetamu khas Dato' Dr. Ahmad Tajudin, Ketua Pengarah SIRIM, yang menyampaikan amanat kepada para pelajar universiti.

Dates: Event: 1994-01-08

KEPERTAMA Mesyuarat Agung Luar Biasa Ke-21, 1993

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-262
Scope and Contents

Foto sekitar Mesyuarat Agung Luar Biasa ke-21 KEPERTAMA yang telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 16 September 1993.

Dates: Event: 1993-09-16

Hari Terbuka Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-260
Scope and Contents

Foto sekitar Hari Terbuka Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, Universiti Pertanian Malaysia yang telah berlangsung pada 6 hingga 7 Ogos 1993.Hadir pada majlis Prof.Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM pada masa itu.

Dates: Event: Majority of material found within 1993-08-06 - 1993-08-07

Sukan Antara Kolej UPM 1994

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-263
Scope and Contents

Foto sekitar hari sukan Antara Kolej , Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 10 September 1994.

Dates: Event: 1994

Hari Fakulti Pendidikan UPM 1994: Cemerlang Teras Wawasan

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-258
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Hari Fakulti Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia (UPM)yang telah berlangsung pada 19 Januari 1994 dengan tema "Cemerlang Teras Wawasan", dan telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM ketika itu, YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan Ariffin.

Dates: Event: 1994-01-19

Bengkel Serantau Pendidikan dan Latihan Alam Sekitar Melalui Ekstensi Pertanian, Kuala Lumpur (1994).

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-255
Scope and Contents

Foto sekitar bengkel Serantau Pendidikan dan Latihan Alam Sekitar Melalui Ekstensi Pertanian, Kuala Lumpur (20–25 Jun 1994) dianjurkan oleh Universiti Pertanian Malaysia (sekarang UPM), dengan sokongan ESHE FAO/United Nations.

Dates: Event: Majority of material found within 1994-06-20 - 1994-06-25

Majlis Menandatangani MOU antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan State University .

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-254
Scope and Contents

Foto sekitar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia ,UPM) dan State University telah berlangsung pada 17 Jun 1994. Perjanjian ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama akademik, penyelidikan dan pertukaran kepakaran antara kedua-dua institusi.YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim turut hadir dalam majlis ini ,Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia ketika itu

Dates: Existence: 1994-06-17

Perasmian Kursus Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri (UMPTN) 1994 anjuran Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI).

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-252
Scope and Contents

Foto sekitar majlis perasmian kursus Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri (UMPTN) 1994 yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 13 Jun 1994. Program ini diadakan bagi memberi bimbingan dan persediaan kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam di Indonesia.

Dates: Event: 1994-06-13

Pemakaian Pangkat Askar Wataniah oleh Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-201
Scope and Contents

Foto Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim menyempurnakan pemakaian pangkat kepada anggota pasukan Askar Wataniah Universiti Pertanian Malaysia dalam satu majlis rasmi sekitar pertengahan tahun 1990-an.Tarikh di belakang gambar mungkin merujuk kepada hari kejadian 5 Oktober 1994.

Dates: Existence: 1994-10-05