Skip to main content

Gedung 1/F09

 Container

Contains 86 Results:

Hari Q Fakulti Kejuruteraan , Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1994.

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-251
Scope and Contents

Foto sekitar Hari Q Fakulti Kejuruteraan , Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Prof. Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim pada 22 Jun 1994.

Dates: Event: 1994-06-22

Forum Perfileman 1994

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-253
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Forum Mesej Melalui Media Perfileman, bertarikh 11 September 1994.

Dates: Event: 1994-09-11

Sukan Universiti di UiTM Shah Alam, 1990-an.

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-266
Scope and Contents

Foto sekitar kejohanan sukan antara universiti di UiTM Shah Alam sekitar awal tahun 1990-an, merangkumi pelbagai acara dan penyertaan pasukan mahasiswa.

Dates: Existence: 1990

Majlis Anugerah Sukan Universiti.

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-264
Scope and Contents

Foto suasana sebuah majlis rasmi universiti sekitar akhir 1980-an, yang memperlihatkan penyampaian penghargaan kepada individu atau wakil pasukan sebagai tanda pengiktirafan ketika itu.

Dates: Event: 1980

Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Oseanografi dan Marikultur Universiti Pertanian Malaysia oleh Datuk Seri Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud, Menteri Pendidikan Malaysia.

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-256
Scope and Contents

Foto-foto sekitar Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Oseanografi dan Marikultur di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 21 Disember 1993. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.

Dates: Event: 1993-12-21

Hari Sukan Antara Kolej Kediaman, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-257
Scope and Contents

Foto ini sekitar Hari Sukan Antara Kolej Kediaman UPM yang berlangsung pada 19 September 1993 (Tarikh tertulis di belakang gambar) di Padang Universiti, Kampus Serdang. Kelihatan kontinjen Kolej Kediaman Keenam berarak dalam majlis pembukaan rasmi, diikuti penyampaian pingat kepada atlet pelajar. Stadium UPM belum dibina pada waktu ini

Dates: Event: 1990

Pemakaian Pangkat Askar Wataniah oleh Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-201
Scope and Contents

Foto Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim menyempurnakan pemakaian pangkat kepada anggota pasukan Askar Wataniah Universiti Pertanian Malaysia dalam satu majlis rasmi sekitar pertengahan tahun 1990-an.Tarikh di belakang gambar mungkin merujuk kepada hari kejadian 5 Oktober 1994.

Dates: Existence: 1994-10-05

Anugerah Khidmat Cemerlang Universiti Pertanian Malaysia (UPM) .

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-202
Scope and Contents Foto beramai-ramai sempena Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang , Universiti Pertanian Malysia pada 19 September 1992. Barisan 1 (Kiri ke Kanan) : Samsiah bt Alias, Izharahim bin Haji Omar, Prof. Madya Dr. Rahim bin Md. Sail, Profesor Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan bin Ariffin (Naib Canselor). Prof. Madya Dr. Mohd Khalid bin Md. Nor, Shahdan bin Haji Asri, Mior Mohd Shopi bin Mior Abdullah, Anor Basri @ Ibrahim bin Tajuddin. Barisan 2 (...
Dates: Event: 1992-09-19

Majlis Perasmian Plak Kerjasama Antarabangsa oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-291
Scope and Contents

Foto wakil Universiti Putra Malaysia merasmikan plak kerjasama di sebuah lokasi luar negara. Plak yang tertera nama Universiti Putra Malaysia majlis ini mungkin diadakan selepas penjenamaan semula universiti pada 3 April 1997. Turut kelihatan logo institusi rakan kerjasama luar negara sebagai simbol hubungan akademik antarabangsa.

Dates: Event: 1997

Hasil Ladang Durian , Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-203
Scope and Contents

Foto menunjukkan beberapa orang staf ladang Universiti Pertanian Malaysia (UPM) duduk di atas lori bersama hasil tuaian durian di kawasan ladang universiti. Dirakam sekitar awal 1980-an, gambar ini menggambarkan aktiviti pertanian kampus yang menjadi asas kepada pengajaran dan latihan praktikal dalam bidang pertanian di UPM ketika itu.

Dates: Existence: 1980

Bengkel Kebangsaan COMPUTESL ’86: Using the Computer to Teach English

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-204
Scope and Contents

Foto YB Prof. Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin merasmikan Bengkel Kebangsaan COMPUTESL ’86: Using the Computer to Teach English, yang berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober 1986 di Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: Event: Majority of material found within 1986-10-17 - 1986-10-18

Lawatan Pelajar National University of Singapore (NUS) ke Universiti Pertanian Malaysia, circa 1980-an.

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-205
Scope and Contents

Foto merakamkan lawatan pelajar-pelajar dari National University of Singapore (NUS) ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar pertengahan tahun 1980-an.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif hubungan serantau yang bertujuan memperkukuh kerjasama akademik, pertukaran budaya, dan jaringan pelajar antara Malaysia dan Singapura. Delegasi pelajar NUS telah dibawa melawat kemudahan pengajaran dan penyelidikan di UPM, termasuk fakulti dan kawasan ladang universiti.

Dates: Existence: 1980

Seminar dan Penyampaian Hadiah Perisian Komputer Reka Bentuk Struktur ATS Dirasmikan oleh YB Tuan Haji Bujang bin Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. 24 Mac 1987, Universiti Pertanian Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-207
Scope and Contents

Foto suasana Seminar dan majlis Penyampaian Hadiah Perisian Komputer Reka Bentuk Struktur ATS, dirasmikan oleh YB Tuan Haji Bujang bin Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, pada 24 Mac 1987 di Universiti Pertanian Malaysia. Acara ini menonjolkan usaha pembangunan dan pengiktirafan dalam teknologi pendidikan serta inovasi perisian dalam bidang kejuruteraan struktur di institusi pengajian tinggi.

Dates: Event: 1987-03-24

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Penyelidikan antara Proton dengan Institusi Pengajian Tinggi (UTM, UKM, UPM, ITM)

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-208
Scope and Contents

Foto Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Penyelidikan antara PROTON dan Institusi Pengajian Tinggi – UTM, UKM, UPM & ITM – bertempat di Universiti Pertanian Malaysia pada 11 Julai 1987. Satu langkah penting dalam pemerkasaan teknologi automotif negara.

Dates: Event: 1987-07-11

Majlis Menandatangani Perjanjian Antara UPM dan ASPA

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-209
Scope and Contents

Foto merakamkan majlis rasmi menandatangani perjanjian kerjasama antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Asian and Pacific Seed Association (ASPA) yang berlangsung di bilik mesyuarat utama UPM. Majlis ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian. Anggaran tahun: akhir 1980-an atau awal 1990-an.

Dates: Event: Majority of material found within 1980 - 1990

Lawatan Delegasi ACU ke UPM (Ogos 1986)

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-210
Scope and Contents

Foto kenangan sempena lawatan rasmi wakil dari Association of Commonwealth Universities (ACU) ke Universiti Pertanian Malaysia pada bulan 25 Ogos 1986 ( tarikh tertulis di belakang gambar) . Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik dan kerjasama antara universiti anggota Komanwel.

Dates: Event: 1986

Jamuan Malam Rasmi Kolej Kedua: Mahasiswa Prihatin Nadi Masyarakat dan Bangsa

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-287
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Jamuan Malam Rasmi anjuran Kolej Kedua dengan tema “Mahasiswa Prihatin Nadi Masyarakat dan Bangsa” telah berlangsung pada 21 Februari, dipercayai sekitar tahun 1996 berdasarkan konteks dan penampilan majlis. Namun, tahun sebenar tidak dapat dipastikan kerana tidak jelas pada kain rentang. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YB Dato’ Halim bin Saad. Maklumat mengenai tetamu lain tidak dapat dikenal pasti.

Dates: Event: 1996-02-21

Majlis Penghargaan Keberkesanan Kerja Pengembangan Teras Pengurusan Pertanian 1986

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-289
Scope and Contents

Foto sekitar majlis penyampaian penghargaan oleh Prof. Dr. Nayan bin Ariffin kepada para peserta sempena program bertemakan "Keberkesanan Kerja Pengembangan Teras Pengurusan Pertanian", yang diadakan sekitar tahun 1986. Majlis ini turut disaksikan oleh Prof. Dr. Rahim Md. Sail, yang pada ketika itu aktif dalam bidang pendidikan lanjutan dan pembangunan pertanian.

Dates: Event: 1986

Bangunan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, Universiti Pertanian Malaysia (Anggaran 1990-an)

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-290
Scope and Contents

Foto bangunan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, Universiti Pertanian Malaysia, sekitar tahun 1990-an. Gambar ini merakamkan struktur dan papan tanda asal fakulti sebelum pemisahan Jabatan Sains Alam Sekitar pada 1 September 2004, yang kemudiannya membentuk Fakulti Pengajian Alam Sekitar.

Dates: Existence: 1990

Majlis Berkaitan Program Pendidikan Lanjutan (PPL), 14 Januari 1994

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-291
Scope and Contents

Foto sekitar suasana majlis rasmi berkaitan Program Pendidikan Lanjutan (PPL) anjuran Universiti Pertanian Malaysia yang diadakan pada 14 Januari 1994. Majlis berlangsung di sebuah bilik mesyuarat dan menampilkan sesi ucapan oleh wakil program di rostrum.

Dates: Existence: 1994-01-14

Mesyuarat Pegawai Bendahari Universiti Tempatan, Sekitar 1980-an

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-293
Scope and Contents

Foto suasana sekitar mesyuarat pegawai bendahari dari universiti-universiti tempatan yang diadakan sekitar tahun 1980-an. Foto menunjukkan beberapa pegawai sedang memberi tumpuan semasa perbincangan.

Dates: Existence: 1980

Lawatan Rasmi ke Tapak International Student House, UPM (2001)

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-294
Scope and Contents Foto ini merakamkan suasana sekitar lawatan rasmi ke tapak International Student House Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 2001. Prof. Dr. Zohadie Bardaie, Naib Canselor UPM ketika itu, turut hadir dalam lawatan ini. Tujuan sebenar lawatan serta majlis penyerahan kunci yang berlangsung selepas itu masih dalam semakan, dan identiti penerima kunci tidak dapat dipastikan buat masa ini. Bangunan satu tingkat beratap biru tersebut dibangunkan sebagai kemudahan kediaman sementara bagi...
Dates: Event: 2001

Penyerahan Bangunan Medan Selera Hadapan Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM ) oleh Naib Canselor UPM.

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-295
Scope and Contents

Foto penyerahan rasmi bangunan medan selera yang terletak di hadapan Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar awal tahun 2000-an. Majlis tersebut disempurnakan oleh Dato’ Prof. Dr. Zohadie Bardaie, Naib Canselor UPM ketika itu. Kemudahan beberapa gerai makanan disediakan untuk kegunaan warga kampus. Tarikh rasmi dan nama acara masih belum dapat disahkan sepenuhnya pada masa dokumentasi ini dibuat.

Dates: Existence: 2000

Pengangkutan Pelajar Kolej Pertanian Malaya: Gambar Tahun 1969–1972

 Collection — Container: Gedung 1/F09
Identifier: MYUPM-CAM-11-03
Scope and Contents Foto sekumpulan pelajar Kolej Pertanian Malaya bergambar bersama bas rasmi kolej sekitar tahun 1969/1972. Tulisan di belakang gambar menyebut “Extension Education Student Transport”, yang dipercayai merujuk kepada program berkaitan pendidikan lanjutan pertanian yang wujud pada ketika itu.Bas ini digunakan oleh pelajar untuk aktiviti luar kampus. Ketika era ini, pendidikan pertanian memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sektor pertanian negara.Sumbangan...
Dates: Existence: Majority of material found within 1969 - 1972