Gedung 1/88
Contains 10 Results:
Seminar Sistem Penasihatan Akademik UPM
Penerbitan ini mengenai Seminar Sistem Penasihatan Akademik UPM yang diadakan di Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan pada 30 Mac 1987. Isi kandungan buku seminar ini meliputi kertas ucapan dasar oleh Naib Canselor UPM dan 6 kertas kerja yang dibentang semasa seminar tersebut.
Bengkel Perintah Am Kerajaan
Penerbitan ini mengenai Bengkel Perintah Am Kerajaan pada tahun 1990 anjuran bersama Persatuan Pegawai Akademik Universiti Pertanian Malaysia.
Isi kandungan buku bengkel ini meliputi 6 bab utama iaitu syarat-syarat am perkhidmatan, cuti sabatikal, peraturan-peraturan perkhidmatan(cuti), tatatertib kakitangan, peraturan-peraturan perkhidmatan(elaun) dan faedah-faedah persaraan.
Proceedings : Towards Industrialization in the Building Industry (Part 1)
Management an Utilization of Industrial Wastes
Penerbitan ini mengenai kertas-kertas persidangan seminar kebangsaan "Management and Utilization of Industrial Wastes" anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan Universiti Pertanian Malaysia pada 13-14 September 1984.
Isi kandungan buku persidangan ini meliputi 3 bahagian kecil kertas-kertas persidangan iaitu Kitar Semula dan Pelupusan Sisa Industri, Penggunaan dan Pengurusan Sisa Industri dan Polisi Sisa Industri.
Research Achievements Under Sixth Malaysia Plan : Abstracts of Seminar
Penerbitan ini mengenai buku abstrak seminar Research Achievements under Sixth Malaysia Plan yang diterbitkan oleh Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar pada Jun 1995.
Isi kandungan buku abstrak ini meliputi senarai ahli jawatankuasa seminar dan 178 abstrak lanjutan dalam bidang penyelidikan akademik oleh 7 jabatan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar yang dihasilkan sehingga hujung tahun 1994.
Proceedings of the Regional Seminar-Workshop on Biotechnology in Industrial Development
Proceedings of Legumes in the Tropics
Penerbitan ini mengenai buku prosiding simposium tentang kekacang di Tropika yang diterbitkan oleh Fakulti Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1980.
Isi kandungan buku prosiding ini meliputi kertas persidangan tentang bidang teknologi kekacang tropika yang dihadiri peserta dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Australia dan Papua New Guinea.