Gedung 1/72
Contains 14 Results:
Syarahan Inaugural Profesor Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad
Penerbitan ini merupakan aturcara majlis Syarahan Inaugural yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad bertajuk Komunikasi dan jati diri: mengkomunikasikan kehebatan silam demi membina kegemilangan masa hadapan. Syarahan ini diadakan di Dewan persidangan, Pusat Pemajuan Kopetensi Bahasa (CALC) Universiti Putra Malaysia pada 26 Oktober 2018. Bahan ini mempunyai Biodata Prof. Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad.
Majlis Gemilang Akademia Putra 2018
Penerbitan ini mengenai Majlis Gemilang Akademia Putra 2018, yang mengangkat tema Ihsan: Intergriti dan kewibawaan yang diadakan pada 30 April 2019 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Isi kandungan buku program ini meliputi atur acara majlis, kata aluan, 4 kategori Anugerah Fellowship Naib Canselor dan Anugerah Khas Akademia Putra.
Ke Arah Universiti Bertaraf Dunia
Penerbitan ini merupakan brosur dan CD yang mempunyai maklumat fakulti-fakulti yang terdapat di UPM.
Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming ke-10
Penerbitan ini mengandungi kata-kata aluan dari Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (HEPA) Pengarah Pusat Alumni, Presiden Persatuan Alumni UPM, aturcara majlis, anugerah alumni, tradisi menyumbang budaya ikatan, imbasan homecoming XI 2016 dan jawatankuasa pelaksana. Majlis diadakan pada 6 Oktober 2018 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Garis Panduan Pengurusan Risiko Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini merupakan garis panduan yang diterbitkan untuk menjadi panduan kepada semua pusat tanggungjawab (PTJ) UPM dalam menguruskan risiko setiap aktiviti bagi memastikan ancaman atau peluang risiko dapat diuruskan dengan berkesan ke arah pencapaian matlamat universiti. Penerbitan ini mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A: terma dan rujukan, bahagian B: pengenalan, bahagian C: rangka kerja pengurusan risiko dan bahagian D:proses pengurusan risiko.
Program Pembangunan Profesional Staf UPM
Penerbitan ini merupakan buku program latihan pembangunan profesional staf Universiti Putra Malaysia 2008-2010.Penerbitan ini mengandungi visi dan misi, matlamat Universiti Putra Malaysia, tinta Naib Canselor, sekapur sireh Pendaftar, seulas pinang ketua bahagian Pembangunan Sumber Manusia, objektif dan dasar latihan, pelaksanaan latihan dan tanggungjawab latihan.
Bukit Lintang Menyinar bersama Transformasi Komuniti
Penerbitan ini merupakan sebuah 'buku meja kopi' sempena jaringan program komuniti Universiti Putra Malaysia dengan pihak masyarakat di Kampung Bukit Lintang Kota Tinggi, Johor. Buku meja kopi ini merangkumi gambar dan perjalanan bagaimana sukarelawan Universiti Putra Malaysia telah berkhidmat kepada warga penduduk selama lebih kurang 2 tahun.
Terima kasih srikandi
Penerbitan ini merupakan sebuah buku kumpulan puisi khas sempena projek dana wakaf ilmu Universiti Putra Malaysia.
Postgraduate Student Handbook : School of Graduate Studies
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan untuk pelajar pengajian pasca siswazah (tempatan dan antarabangsa) di Universiti Putra Malaysia .Ia mengandungi maklumat berkaitan mengenai kemasukan, program kerjasama antarabangsa, mobiliti pelajar, hal akademik, bantuan kewangan, tesis, hal ehwal pelajar, informasi berkaitan UPM dan Sekolah Pengajian Siswazah, serta lain-lain maklumat yang berkaitan.
50 Tahun Mengungguli Pendidikan & Inovasi Pertanian
Penerbitan ini merupakan laporan tahunan Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2021.
Surah Yasin, Tahlil dan doa-doa sempena sambutan 75 tahun Universiti Putra Malaysia dan Program Perkasa Putra Semester Pertama 2006/2007
Penerbitan ini mengandungi hukum tajwid, tanda waqf, tanda bacaan, adab-adab membaca yasin, doa-doa hari kebesaran Islam, doa-doa mat'hur, wirid-wirid: pelbagai jenis selawat, doa harian Masjid UPM dan doa selepas solat Tarawih.
Peraturan Kewangan dan Perakaunan
Penerbitan ini merupakan buku peraturan dan perakaunan yang mengandungi dasar dan prosedur am, belanjawan, sistem perakaunan, sistem tunai, pengurusan hasil, pelaburan, perolehan, pengurusan aset dan inventori, pengurusan pembayaran, emolumen, elaun dan kemudahan kepada staf, akaun amanah universiti, lain-lain polisis dan prosedur, audit, jawatankuasa audit dan audit dalaman.
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 38 : Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad
Penerbitan ini merupakan bahagian 1 laporan mesyuarat agung tahunan kali ke 38 : Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA) yang di adakan pada 8 Disember 2021 di bilik Sidang Jurutera , Fakulti Kejuruteraan , UPM. Penerbitan ini mengandungi aturcara majlis, barisan pengurusan Kuputra,maklumat korporat,agenda 3 hingga agenda 19.
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 38 : Penyata Kewangan : Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad
Penerbitan ini merupakan bahagian 2 laporan mesyuarat agung tahunan kali ke 38 : Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA) yang di adakan pada 8 Disember 2021 di bilik Sidang Jurutera , Fakulti Kejuruteraan , UPM.