Skip to main content

Gedung 1/61

 Container

Contains 46 Results:

Majlis Santapan Malam Regimental : Sempena Pentauliahan Diraja PALAPES UPM 2008

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-571
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Santapan Malam Regimental Sempena Pentauliahan Diraja PALAPES UPM 2008 yang diadakan pada 5 Julai 2008 di Hotel Marriott, Putrajaya. Isi kandungan penerbitan ini meliputi foto Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, foto bendera peribadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, lirik lagu Negeri Selangor, pengenalan, atur cara majlis, senarai organisasi majlis, senarai pegawai dan jurulatih, senarai pegawai muda PALAPES UPM darat dan laut, lirik lagu Gagah Setia,...
Dates: Event: 2008-07-05

Majlis Anugerah Sukan UPM ke-26, 2009

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-572
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Anugerah Sukan UPM ke-26 yang bertemakan " Memacu Ke Arah Kecemerlangan Sukan" yang diadakan pada 7 April 2009 di Hotel Marriot Putrajaya. Isi kandungan penerbitan ini meliputi aturcara majlis, senarai ahli jawatankuasa majlis, senarai ahli Jawatankuasa Pemilih anugerah, senarai pemenang olahragawan dan olahragawati, senarai calon pemenang 5 anugerah, syarat-syarat pemenang 9 anugerah yang dipertandingkan (Anugerah Olahragawan UPM, Anugerah Olahragawati UPM,...
Dates: Event: 2009-04-07

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Atlet UPM Sukan SEA Ke-24 Korat, Thailand

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-573
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Apresiasi Kecemerlangan Atlet UPM Sukan SEA Ke-24 Korat, Thailand yang diadakan pada 21 Februari 2008 di Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran UPM. Isi kandungan penerbitan ini meliputi aturcara majlis, senarai nama atlet yang mewakili negara di Sukan SEA ke-24 (Korat 2007), senarai nama atlet yang layak ke Sukan Olimpik ke-26 (Beijing 2008) dan senarai ahli jawatankuasa majlis.

Dates: Event: 2008-02-21

Hari Ramah Mesra '79

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-443
Abstract Penerbitan ini mengenai Hari Ramah Mesra'79 yang diadakan pada 14 November 1979 oleh Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Pertanian Malaysia Serdang. Isi kandungan penerbitan ini meliputi aturcara majlis, senarai nama pemenang-pemenang hadiah Pertandingan Hasil Pertanian dari Kawasan Pengembangan Expo Pertanian dan Pesta Konvokesyen 1979 (kali ke-3), senarai kawasan-kawasan pengembangan UPM, senarai bilangan peserta dari kawasan pengembangan UPM mengikut mukim yang telah...
Dates: Event: 1979-11-14

Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-50 Peringkat UPM 2007

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-574
Abstract

Penerbitan ini mengenai Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-50 peringkat UPM 2007 bertemakan Malaysiaku Gemilang yang diadakan pada 30 Ogos 2007 di Bukit Ekspo, UPM. Isi kandungan buku program ini meliputi petikan ucapan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, rasional logo Malaysiaku Gemilang, biodata Perdana Menteri Malaysia pertama hingga ke lima, atur acara majlis, lirik lagu patriotik dan senarai ahli jawatankuasa pelaksana majlis.

Dates: Event: 2007-08-30

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) : Program Pendidikan Jarak Jauh

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-576
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Menandatangani Memorandum (MoA) Program Pendidikan Jarak Jauh yang diadakan pada 13 Februari 2008 di Bilik Taklimat, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi pengenalan, aturcara majlis, senarai ahli jawatankuasa pelaksanaan dan senarai alamat Pusat Pembelajaran Program Pendidikan Jarak Jauh Pusat Pendidikan Luar.

Dates: Event: 2008-02-13

Majlis Perasmian Pakaian Seragam

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-577
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Perasmian Pakaian Seragam yang diadakan pada 6 Mei 2002 di Foyer Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan penerbitan ini meliputi misi universiti, atur cara majlis dan lirik lagu Putra Gemilang.

Dates: Event: 2002-05-06

Perbarisan Penganugerahan Tauliah Pegawai-Pegawai Kedet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan : Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Institut Teknologi Mara

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-446
Abstract Penerbitan ini mengenai Istiadat Perbarisan Penganugerahan Tauliah Pegawai-Pegawai Kedet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Institut Teknologi Mara. Majlis ini diadakan pada 26 April 1983 di Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi kata-kata aluan, pengenalan ringkas PALAPES, senarai acara muzik oleh Pancaragam Kor Askar Melayu Diraja, aturcara majlis,...
Dates: Event: 1983-04-26

Cenderamata Sayembara Penulisan Kreatif dan Deskriptif Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia 1983-84

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-447
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku cenderamata Sayembara Penulisan Kreatif dan Deskriptif Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia 1983-1984 yang bertemakan "Berkreatif ke arah Penghayatan Cinta Abadi". Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi pendahuluan, objektif, tema, genre yang dipertandingkan, kata-kata aluan, aturcara tentatif, senarai barisan exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, senarai urusetia, antologi sajak dan cerpen.

Dates: Event: 1983 - 1984

Program Induksi Pegawai '85

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-448
Abstract Penerbitan ini mengenai Program Induksi Pegawai '85 yang diadakan pada 22-27 April 1985 di Bilik Persidangan, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Pertanian Malaysia. Program ini anjuran bersama Fakulti Pengajian Pendidikan dan Pejabat Pendaftar Universiti Pertanian Malaysia Serdang. Isi kandungan buku program ini meliputi kata-kata aluan, senarai nama pegawai-pegawai utama Universiti Pertanian Malaysia, sejarah dan perkembangan Universiti Pertanian Malaysia, senarai...
Dates: Event: 1985-04-22 - 1985-04-27

Cenderamata Projek Bakti Siswa Tani Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia di Kampung Padang Siding, Arau, Perlis

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-449
Abstract Penerbitan ini mengenai Projek Bakit Siswa Tani Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia yang diadakan pada 8-15hb Disember 1985 di Kampung Padang Siding, Arau, Perlis. Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi kata-kata aluan, aturcara perasmian, pendahuluan, objektif, senarai barisan exco Majlis Perwakilan Pelajar sesi 1985/86, struktur organisasi projek, senarai nama anak angkat, senarai nama keluarga angkat dan jadual tentatif projek kampung angkat. Tetamu Kehormat ialah YAB...
Dates: Event: Majority of material found within 1985-12-08 - 1985-12-15

Seminar Wanita Mithaliah : Muslimah Mithali Muslimah Sejati

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-450
Abstract Penerbitan ini mengenai Seminar Wanita Mithaliah yang diadakan pada 4-5 Januari 1986 di Kampus Induk Universiti Pertanian Malaysia. Seminar ini bertemakan Muslimah Mithali Muslimah Sejati yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Pertanian Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi kata-kata aluan, muqaddimah, objektif, struktur dan senarai nama organisasi...
Dates: Event: 1986-01-04 - 1986-01-05

Majlis Pelancaran dan Penyampaian Hadiah Buku Penerbitan Pengajian Tinggi Malaysia 1991

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-451
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Pelancaran dan Penyampaian Hadiah Buku Penerbitan Pengajian Tinggi Malaysia 1991 yang diadakan pada 28 September 1991 di Bilik Serbaguna II, Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia. Majlis ini anjuran bersama Jawatankuasa Penerbitan Pengajian Tinggi Malaysia (PEPET) dan Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi latar belakang Jawatankuasa PEPET, latar belakang Hadiah, senarai ahli Jawatankuasa Hadiah, senarai ahli jawatankuasa...
Dates: Event: 1991-09-28

Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-453
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 1991 Universiti Pertanian Malaysia yang diadakan pada 19 September 1992 di Panggung Percubaan, UPM Serdang. Isi kandungan buku majlis ini meliputi kata-kata aluan, aturcara majlis dan senarai nama penerima-penerima anugerah khidmat cemerlang.

Dates: Event: 1992-09-19

Anugerah Naib Canselor 11 sesi 2009/2010

 Item — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-553
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Anugerah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia kali ke 11 sesi 2009-2010 yang diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya pada 21 April 2010. Isi kandungan buku majlis ini meliputi pengenalan, sekilas fakta, kriteria pemilihan, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Pelaksana dan senarai terperinci penerima anugerah.

Dates: Event: 2010-04-21

Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen UPM ke 26

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-555
Abstract Penerbitan ini mengenai Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen UPM ke- 26 sempena Majlis Konvokesyen yang ke 26 dan Sambutan Perayaan 70 Tahun UPM yang diadakan pada 7-10 Februari 2002 di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan ini meliputi maklumat aturcara perasmian dan senarai ahli jawatankuasa yang terlibat dalam melaksanakan Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen UPM ke- 26 yang mengangkat tema "Pertanian Lestari dan Berdaya Saing". Terdapat juga penerangan tentang Logo...
Dates: Event: 2002-02-07 - 2002-02-10

Anugerah Sukan UPM ke-29

 Item — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-556
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Anugerah Sukan UPM ke-29 yang diadakan pada 30 Mei 2012 di Dewan Banquet UPM. Isi kandungan meliputi aturcara majlis, senarai ahli jawatankuasa Induk, senarai ahli jawatnakuasa Panel Pemilihan, senarai ahli Jawatankuasa Pelaksana, senarai olahragawan dan olahragawati UPM.

Dates: Event: 2012-05-30

Anugerah Naib Canselor 2003

 Item — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-565
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Anugerah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia kali ke-4 sesi 2002/2003 yang telah berlangsung di The Mines Beach Resort, Seri Kembangan pada 14 Mac 2003. Isi kandungan buku majlis ini meliputi misi UPM, dasar kualiti UPM, matlamat UPM 2001-2010, latar belakang anugerah, syarat, kriteria pemilihan, aturcara majlis, senarai terperinci penerima anugerah, senarai ahli jawatankuasa panel pemilih dan senarai ahli jawatankuasa pelaksana.

Dates: Event: 2003-03-14

Brosur Bahagian Hal Ehwal Pelajar : Unit Kebajikan Pelajar

 Item — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-568
Abstract

Penerbitan in mengenai brosur Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia: Unit Kebajikan Pelajar. Isi kandungan brosur ini meliputi tujuan Unit Kebajikan Pelajar diwujudkan, senarai perkhidmatan yang disediakan, maklumat untuk berhubung, senarai bantuan/pinjaman kewangan pelajar, ilustrasi bergambar beberapa program/perkhidmatan yang disediakan dan senarai kadar bayaran perkhidmatan kereta jenazah di luar kawasan UPM.

Dates: Publication: 2002

Acara Sukan Hari Ramah Mesra '79

 Item — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-444
Abstract

Penerbitan ini mengenai Acara Sukan Hari Ramah Mesra'79 yang diadakan pada 14 November 1979 di Padang Bukit EXPO, UPM. Isi kandungan penerbitan ini meliputi senarai pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam acara sukan, aturcara program, syarat-syarat pertandingan, kaedah penentuan pemenang dan cara pertandingan yang dijalankan bagi setiap acara sukan. Acara ini bertemakan "Bermesra & Bergembira".

Dates: Event: 1979-11-14

Brosur Current Trends in Agricultural Information : A regional training course

 Item — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-452
Abstract

Penerbitan ini mengenai Brosur Current Trends in Agricultural Information : A regional training course yang diadakan pada 18-29 Mei 1992 di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia. Kursus ini anjuran bersama antara CAB International dan Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan brosur ini meliputi maklumat terperinci kursus seperti pengenalan kursus, tujuan kursus, sasaran kursus, isi kandungan kursus, yuran penyertaan, kemudahan penginapan, lokasi kursus dan borang pendaftaran.

Dates: Event: 1992-05-18 - 1992-05-29