Gedung 1/61
Contains 46 Results:
Majlis Pelancaran Perayaan Menyambut Dua Dekad Pengajaran Universiti Pertanian Malaysia
Ekspo Pendidikan sempena Sambutan Dua Dekad Pengajaran Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai Ekspo Pendidikan sempena Sambutan Dua Dekad Pengajaran Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 20-26 November 1993 di Taman Pertanian, Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam, Selangor. Isi kandungan ini meliputi aturcara majlis perasmian, pelan tapak pameran dan senarai aktiviti sepanjang ekspo berlangsung.
Program Usahawan Muda (1989-1993)
Penerbitan ini mengenai Program Usahawan Muda anjuran bersama antara Kementerian Perusahaan Awam Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi latar belakang program, struktur program, perlaksanaan program, pusat sumber, penasihat dan institusi, pengetua-pengetua, guru-guru pengelola, senarai syarikat dan aktiviti program dan gambar-gambar aktiviti program.
Festival Kesenian dan Kebudayaan Rakyat Satu Malaysia Universiti Putra Malaysia 2011
Majlis Penghargaan Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai Majlis Penghargaan Universiti Pertanian Malaysia yang diadakan pada 18 Disember 1993. Isi kandungan penerbitan ini meliputi penghargaan, aturcara majlis, senarai pencalonan, senarai agensi dalam negeri dan senarai agensi antarabangsa.
Cenderamata Sayembara Penulisan Kreatif dan Deskriptif Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia 1983-84
Penerbitan ini mengenai buku cenderamata Sayembara Penulisan Kreatif dan Deskriptif Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia 1983-1984 yang bertemakan "Berkreatif ke arah Penghayatan Cinta Abadi". Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi pendahuluan, objektif, tema, genre yang dipertandingkan, kata-kata aluan, aturcara tentatif, senarai barisan exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, senarai urusetia, antologi sajak dan cerpen.
Majlis Perasmian Pakaian Seragam
Penerbitan ini mengenai Majlis Perasmian Pakaian Seragam yang diadakan pada 6 Mei 2002 di Foyer Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan penerbitan ini meliputi misi universiti, atur cara majlis dan lirik lagu Putra Gemilang.
Sambutan 10 Tahun Institut Biosains Meniti Kegemilangan (1996-2006)
Penerbitan ini mengenai Sambutan 10 Tahun Institut Biosains, Meniti Kegemilangan (1996-2006) yang telah diadakan di Auditorium IBS, Institut Biosains, UPM pada 5 April 2007. Isi kandungan buku program ini meliputi aturcara perasmian, aktiviti sepanjang hari sambutan dan lagu rasmi Institut Biosains.
Sambutan Ulang Tahun INSPEM ke-4 : Pembudayaan Matematik dalam Industri dan Masyarakat
Penerbitan ini mengenai Sambutan Ulang tahun Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) ke-4, bertemakan Pembudayaaan Matematik dalam Industri dan Masyarakat yang diadakan pada 7 April 2006 di Panggung Percubaan, UPM. Isi kandungan penerbitan ini meliputi selayang pandang INSPEM, aturcara program, abstrak kajian penyelidikan, biodata tokoh dalam bidang matematik dan senarai ahli jawatankuasa majlis.
Perasmian Kolej Pendita Za'ba
Penerbitan ini mengenai Majlis Perasmian KoLej Pendita Za'ba yang diadakan pada 17 Disember 1988. Isi kandungan buku majlis ini meliputi aturcara majlis, biodata Pendita Za'ba, rencana dari Buku Cenderamata Majlis Pelancaran Yayasan Pendita Za'ba, madah pujangga oleh Pendita Za'ba, senarai ahli jawatankuasa induk majlis dan penerangan tentang lambang Kolej Pendita Za'ba.
Cenderamata Projek Bakti Siswa Tani Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia, Kg. Parit Mahang, Mukim Jeram Kuala Selangor
Cenderamata Projek Bakti Siswa Tani Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia di Kampung Padang Siding, Arau, Perlis
Majlis Pelancaran dan Penyampaian Hadiah Buku Penerbitan Pengajian Tinggi Malaysia 1991
Majlis Anugerah Perundingan & Perniagaan UPM '07
Penerbitan ini mengenai buku Program Majlis Anugerah Perundingan dan Perniagaan UPM 2007 yang telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Perniagaan Universiti (UBC) pada 30 Oktober 2008 bertempat di Putra Banquet Hall, UPM.
Konsert Menjunjung Kasih : Persembahan Orkestra Pengajian Tinggi
Malam Anugerah Kecemerlangan Pendeta Ke Sebelas (MAKP-XI)
Majlis Pelancaran Putra Future Classroom
Penerbitan ini mengenai Majlis Pelancaran Putra Future Classroom yang diadakan pada 5 Mac 2019 di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi aturcara majlis, senarai ahli jawatankuasa dan senarai inovasi pembelajaran dan pengajaran Universiti Putra Malaysia. Tetamu kehormat adalah YB Dr. Maszlee Malik
Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-50 Peringkat UPM 2007
Penerbitan ini mengenai Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-50 peringkat UPM 2007 bertemakan Malaysiaku Gemilang yang diadakan pada 30 Ogos 2007 di Bukit Ekspo, UPM. Isi kandungan buku program ini meliputi petikan ucapan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, rasional logo Malaysiaku Gemilang, biodata Perdana Menteri Malaysia pertama hingga ke lima, atur acara majlis, lirik lagu patriotik dan senarai ahli jawatankuasa pelaksana majlis.
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) : Program Pendidikan Jarak Jauh
Penerbitan ini mengenai Majlis Menandatangani Memorandum (MoA) Program Pendidikan Jarak Jauh yang diadakan pada 13 Februari 2008 di Bilik Taklimat, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi pengenalan, aturcara majlis, senarai ahli jawatankuasa pelaksanaan dan senarai alamat Pusat Pembelajaran Program Pendidikan Jarak Jauh Pusat Pendidikan Luar.
Distinguished UPM Alumni Lecture Series : Living The Serdang Story "Era of Connectivity: English Connects"
Penerbitan ini mengenai program syarahan Distinguished UPM Alumni Lecture Series : Living The Serdang Story "Era of Connectivity: English Connects" oleh YBhg. Dato' Leela Mohd Ali yang diadakan pada 25 Mac 2011 di Dewan Kuliah DKFPP 2, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Isi kandungan meliputi aturcara majlis syarahan, biodata penyampai syarahan, fakta ringkas tentang Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dan senarai ahli jawatankuasa program.
Acara Sukan Hari Ramah Mesra '79
Penerbitan ini mengenai Acara Sukan Hari Ramah Mesra'79 yang diadakan pada 14 November 1979 di Padang Bukit EXPO, UPM. Isi kandungan penerbitan ini meliputi senarai pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam acara sukan, aturcara program, syarat-syarat pertandingan, kaedah penentuan pemenang dan cara pertandingan yang dijalankan bagi setiap acara sukan. Acara ini bertemakan "Bermesra & Bergembira".
Hari Ramah Mesra '79
Yayasan Pak Rashid : Lecture Series : "Securities Commission's Role in the Development of the Malaysian Capital Market"
Program Induksi Pegawai '85
Dinamik Kepimpinan : Mengukuhkan Stail Kepimpinan Anda dengan Menggunakan Grid Pengurusan
Penerbitan ini mengenai Bengkel Dinamik Kepimpinan : Mengukuhkan Stail Kepimpinan Anda dengan Menggunakan Grid Pengurusan (Leadership Dynamics : Reinforcing Your Leadership Style Using Managerial Grid) yang diadakan pada 8 - 11 Disember 1997 di Upeh Island Resort, Pulau Upeh, Melaka. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan tentang bengkel, objektif bengkel, aturcara program kursus dan maklumat terperinci tentang bengkel.