Upacara Pentauliahan dan Pengurniaan Watikah Pegawai-Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
Abstract
Penerbitan ini merupakan sebuah buku aturcara majlis pentauliahan dan pengurniaan watikah kali ke lima kepada para kadet PALAPES bagi institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Upacara pentauliahan ini telah diadakan pada 28 Jun 1986 bertempat di Universiti Malaya. Antara universiti awam yang terlibat dalam upacara pentauliahan ini adalah terdiri daripada UM, UPM, UKM, USM dan ITM. Maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti kata-kata aluan daripada Komandan PALAPES bagi setiap universiti awam yang terlibat, sejarah ringkas PALAPES, Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap universiti, aturcara penuh bagi majlis pentauliahan, dan juga senarai nama pegawai-pegawai kadet bagi setiap universiti tersebut yang ditauliahkan.
Dates
- Event: 1986
Creator
- Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) (Organization)
Extent
26 Leaves (1 naskhah) : 0.003 meter ; 21 cm
Language of Materials
Malay
General
PALAPES adalah penyusunan semula konsep Latihan Pasukan Simpanan Tentera Darat untuk Pusat Pengajian Tinggi. Penglibatan mahasiswa dalam ketenteraan negara telah bermula pada tahun 1963 apabila Universiti Malaya menubuhkan Batalian Infantri Wataniahnya. Aktiviti ketenteraan ini terus berkembang ke institusi-institusi lain seperti UPM, UKM, USM, ITM dan juga UUM. Pada tahun 1979, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) telah ditubuhkan di UKM, UPM, UM, USM dan juga ITM.Pada tahun 1984, UUM pula menubuhkan PALAPES mereka.
Creator
- Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) (Organization)
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my