Silat Olahraga Intervarsiti 86
Abstract
Penerbitan ini merupakan sebuah buku aturcara berkaitan Majlis Silat Olahraga Intervarsiti 86 yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Gayung Fatani dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Pertanian Malaysia. Kejohanan Silat Olahraga ini melibatkan empat buah institusi pengajian tinggi awam iaitu UPM, UTM, ITM dan juga UKM. Antara maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti ikrar silat, Jawatankuasa Pertandingan Silat Olahraga, aturcara majlis, perkembangan silat olahraga, syarat pertandingan, sistem pemberian markah, penentuan kemenangan, biodata Guru Utama Seni Silat Gayung Fatani, latar belakang Seni Gayung Fatani UPM, dan bentuk permainan Seni Gayung Fatani.
Seni Gayung Fatani UPM mula diperkenalkan di UPM pada tahun 1980 oleh Encik Khalid Alwi yang merupakan seorang siswa Diploma Sains dan Pendidikan. Beliau telah menjadi jurulatih bagi persatuan ini disamping menjadi pengerusi dari tahun 1980 hingga 1984. Jawatan ini kemudiannya diambil alih oleh Encik Borhan Selamat, seorang siswa Diploma Kejuruteraan Pertanian.
Dates
- Event: 1986
Extent
21 Leaves (1 naskhah) : 0.001 meter ; 21 cm
Language of Materials
Malay
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my