Ekspo Konvokesyen UPM & Pelancaran Sketsa Radio Ladang Cucu Pak Awang : Sempena Konvokesyen UPM ke-28 (Sidang II)
Abstract
Penerbitan ini mengandungi maklumat aturcara program dan jawatankuasa yang terlibat dalam melaksanakan Ekspo Konvokesyen & Pelancaran Sketsa Radio Ladang Cucu Pak Awang (Sempena Konvokesyen UPM ke - 28 , Sidang II) mengangkat tema 'UPM Penggerak Wawasan Pertanian ' pada 16-18 Julai 2004 di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti.
Dates
- Event: Majority of material found within 2004-07-16 - 2004-07-18
Extent
16 Leaves (2 naskhah) : 0.003 meter ; 25 cm
Language of Materials
Malay
General
LADANG CUCU PAK AWANG (LCPA)
LCPA adalah satu sketsa terbitan bersama UPM dan RTM yang akan keudara menerusi siaran Radio Malaysia Selangor dan Putra FM. pada setiap hari Jumaat,jam 5.30 petang bermula pada 9 Julai 2004. Matlamat penerbitan sketsa ini adalah sebagai menyokong dasar semasa kerajaan untuk memertabatkan kembali sektor pertanian dalam menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Negara.
Sketsa ini adalah kesinambungan dari drama Kebun Pak Awang terbitan RTM yang popular pada sekitar tahun 60-an dan berperanan sebagai salah satu media untuk membentuk sikap dan semangat rakyat dalam pembangunan negara. Teraju utama ialah petani bernama Pak Awang dan Isterinya Mak Siti.Kemudian pada pertengahan tahun 80-an hingga 90-an diteruskan pula dengan drama Keluarga Pak Awang siaran RTM di Rangkaian Nasional.Olahan drama berkisar kepada kehidupan anak sulong Pak Awang, Sahak yang mengamalkan pertanian moden dan ada unsur perniagaan.Sahak adalah petani contoh (progresif dan proaktif). Lokasi cerita adalah di Kampung Thiram Jaya,Kuala Selangor.
Sketsa Ladang Cucu Pak Awang adalah kehidupan generasi ketiga Pak Awang berkisar kepada kehidupan keluarga yang menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan utama.Lokasi cerita ialah di Kampung Batu 23,Sungai Nibong Sekincan, Selangor. Watak utama sketsa adalah cucu Pak Awang iaitu Hafiz bin Ishak graduan Bachelor Sains Pertanian.Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Pertanian sebelum menjadi usahawan tani yang berjaya. Beliau menjadi sumber rujukaran tauladan masyarakat setempat. Pertanian yang dipraktikkan oleh keluarga Hafi mengikut teknologi pertanian dan sumber sokongan terkini.
General
PUTRA FM (90.7)
RADIO MALAYSIA SELANGOR
SALURAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Radio Malaysia Selangor saluran Universiti Putra Malaysia atau dikenali sebagai Putra FM telah memulakan operasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2002.Putra FM bernaung dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Radio Television Malaysia (RTM) dengan termetrai nya perjanjian persefahaman yang di tandatangani pada 1 April 1998 antara UPM dan RTM.
Putra FM adalah stesyen radio kampus yang pertama d kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) di negara ini yang beroperasi secara digital.Putra FM bersiaran secara terus dari tingkat dua,Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Objektif penubuhan stesyen:
- Sebagai pusat pembelajaran dan persediaan pelajar Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia dalam pengkhususan penyiaran.
- Membantu menaikkan taraf kedudukan (ranking) UPM di kalangan universiti.
- Wadah penghubung antara pihak Universiti dengan pelajar UPM.
Siaran Putra FM boleh diikuti melalui frekuensi FM 90.7 dari hari Isnin hingga Jumaat,mulai 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam.Rancangan Cit Cat Kampus pula disiarkan setiap hari Ahad dajam 10.15 pagi hingga 11.00 pagi melalui Radio Malaysia Selangor (FM 100.9). Kawasan liputan Putra FM adalah Serdang dan sekitarnya.
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my