Skip to main content

Malam Harapan Putra Negara (MAPURA) Kolej Tun Perak Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-351

Abstract

Penerbitan ini adalah mengenai Majlis Malam Harapan Putra Negara (MAPURA) yang berlangsung pada 29 Januari 2004 bertempat di Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya yang mengangkat tema " Mahasiswa Perkasa Negara Dijulang".

Antara maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti penerangan berkaitan logo Kolej Tun Perak, objektif majlis diadakan, aturcara majlis, senarai staf pentadbiran KTP, senarai Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa KTP Sesi 2003/2004, senarai Jawatankuasa Pelaksana Malam Harapan Putra Negara, profil anugerah yang disediakan, penerima anugerah Malam Tokoh dan Hasrat Negara bermula dari tahun 1985 hingga tahun 2003, senarai pelajar tahun akhir dan juga lagu Kolej Tun Perak.

Dates

  • Event: 2004

Creator

Extent

27 Leaves (1 naskhah) : 0.002 meter ; 21cm

Language of Materials

Malay

General

Kolej Tun Perak dahulu dikenali sebagai Kolej Kediaman Kelapan. Kesemua blok-blok di KTP telah dinamakan bersempena dengan nama pahlawan-pahlawan yang sohor dalam sejarah Melayu ketika dahulu. Antara nama pahlawan yang diguna pakai ialah Jebat, Lekiu, Lekir, Tuah dan juga Kasturi. KTP adalah kolej pertama yang memecah tradisi penamaan kolej kediaman di UPM dengan meletakkan nilai kemanusiaan di tempat yang tepat.

Pada tahun 2019, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mewujudkan satu pelan penggabungan yang melibatkan jabatan-jabatan yang terdapat di sini iaitu Pelan Transformasi Governans. Tujuan pelan ini dirangka adalah untuk memaksimumkan penggunaan tenaga kerja dalam meningkatkan kadar keefisienan penyampaian perkhidmatan. Untuk menyahut seruan UPM dalam pelan ini, Kolej Pendeta Za’ba telah digabungkan dengan Kolej Tun Perak bermula pada Jun 2019 dan penstrukturan semula pengetua dan pentadbiran kolej telah dibuat.

Language of description
English
Script of description
Code for uncoded script

Repository Details

Part of the MAIN ARCHIVES Repository

Contact:
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619