Sejarah Universiti Pertanian Malaysia
Abstract
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan sejarah garis masa penubuhan Universiti Pertanian Malaysia bermula dari Sekolah Pertanian (1922-1947), Kolej Pertanian (1947-1969), dan Universiti Pertanian Malaysia (1969-1971). Rekod ini turut mengandungi :
1. Tarikh peristiwa penting yang berlaku di UPM di antara Januari 1983 hingga Julai 1988.
2. Detik-detik sejarah yang berlaku di UPM seperti :
a) Pengumuman YAB. Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri tentang perlunya Kolej Pertanian Malaya meningkatkan kursus hingga ke peringkat Ijazah pada ucapan beliau di Majlis Pembukaan Rasmi Bangunan-Bangunan Tambahan Kolej Pertanian Malaya pada 31 Mac 1969.
b) Perasmian perlantikan Dr. Mohd Rashdan Haji Baba sebagai Naib Canselor pertama pada 4 November 1971.
c) DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj berkenan menjadi Canselor pertama pada 15 Jun 1973.
d) Pembukaan rasmi Kampus cawangan di Semongok, Sarawak yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakob pada 10 Ogos 1974.
e)Istiadat Penyampaian Cokmar bagi UPM pada 25 Jun 1977.
f) Istiadat Perisytiharan Perlantikan Canselor dan Pro Canselor serta Majlis Konvokesyen Pertama pada 30 Julai 1977 di mana DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj diisytihar sebagai Canselor Pertama ; YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dan YB Tan Sri Ong Kee Hui sebagai Pro Canselor. Dalam majlis ini juga menyaksikan pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada YAB Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakob.
g) Penubuhan beberapa fakulti dan beberapa peristiwa bersejarah yang berlaku di UPM.
3. Nama beberapa graduan Sekolah dan Kolej Pertanian Malaya yang telah mencipta nama.
Dates
- Record Keeping: 1969 - 1971
Extent
13 Leaves (1 naskhah) : 0.001 meter ; 30cm
Language of Materials
Malay
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my