Transkrip Encik Amir Hussain Md. Ishak : Peneraju Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia (2006-2015)
Abstract
Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Encik Amir Hussain Md. Ishak selaku Ketua Pustakawan yang keempat di UPM bagi tempoh tahun 2006-2015.Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2024.
Encik Amir Hussain Md. Ishak merupakan mantan Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang keempat. Beliau memulakan kerjaya sebagai pustakawan pada Oktober 1979 dan kemudian telah dilantik sebagai Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM pada Oktober 2005 sehingga Jun 2017. Pelbagai pengalaman En. Amir telah lalui sepanjang berkhidmat di perpustakaan antaranya pernah di tugaskan sebagai Ketua Pustakawan di Kampus Bintulu Sarawak dari Oktober 2003 hingga September 2005 dan bertugas sebagai Ketua Bahagian di Perpustakaan Fakulti Perubatan Veterinar dari November 1999 hingga September 2003.
Selama bertugas di UPM, Encik Amir telah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usaha memastikan perkhidmatan dan pembangunan koleksi perpustakaan berjalan dengan lancar dan efisien. Namun, melalui kesungguhan, dedikasi, dan sikap tidak berputus asa, beliau berjaya memimpin perpustakaan mencapai kejayaan besar seperti kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Anugerah Perpustakaan Cemerlang, Emerald Group Publishing High Usage Award dan pelbagai lagi.
Di bawah kepimpinannya, Encik Amir turut memberi penekanan kepada pengurusan sumber manusia. Beliau percaya bahawa kejayaan sesebuah perpustakaan tidak hanya bergantung kepada teknologi atau sumber fizikal semata-mata, tetapi juga kepada kebajikan dan pembangunan pekerja. Sikap kepimpinannya yang inklusif dan menghargai usaha setiap anggota pasukan menjadikan Perpustakaan Sultan Abdul Samad sebagai salah satu pusat kecemerlangan di UPM. Dengan segala pencapaian dan pengalaman yang dimilikinya, Encik Amir Hussain Md. Ishak telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan dan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan di UPM.
SKOP SOALAN WAWANCARA
Skop 1: Latar Belakang Dan Perkembangan Kerjaya
Skop 2: Halatuju Dan Perancangan Menaikan Imej PSAS
Skop 3: Koleksi Dan Perkhidmatan PSAS
Skop 4: Inisiatif PSAS Sebagai Pembina Content
Skop 5 : Aktiviti Pembangunan Modal Insan Di PSAS
Skop 6 : Siri Kejayaan PSAS
Skop 7 : Penglibatan Bidang Professional, Sosial Dan Kebajikan
Skop 8: Kenangan Manis/Pahit/Harapan/Cabaran
Dates
- Publication: 2024
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
Extent
27 Leaves (1 naskhah) : 0.01 meter ; 30 cm
Language of Materials
Malay
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my