Transkrip Memoir Pustakawan : Puan Azwana Ab Rahman (1994-2023) Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia
Abstract
Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Puan Azwana Ab Rahman selaku Pustakawan di UPM bagi tempoh tahun 1994-2023. Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2023. Puan Azwana Ab Rahman merupakan pustakawan yang telah berkhidmat selama 29 tahun di Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana muda Sains (Kepujian) Botani dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyambung pengajian Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan di UiTM. Seterusnya beliau meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menerajui pentadbiran di perpustakaan dengan tanggungjawab sebagai ketua bahagian. Berlandaskan kebolehan, beliau telah diberikan kepercayaan untuk menyertai pelbagai jawatankuasa di peringkat antarabangsa, kebangsaan, UPM dan pusat tanggungjawab. Beliau juga seringkali di jemput sebagai penceramah dan panel penilai di pusat-pusat tanggungjawab UPM. Beliau juga aktif dalam penulisan dan pembentangan serta pernah memenangi Pingat Emas International Innovation and Design In Library and Information Science Competition (INDELIB) 2019 (Bahagian Inovasi – Kategori A) (Projek Inovasi “Sistem Pengurusan Kursus Berbayar). Berperwatakan ceria dan mudah untuk berbincang, menjadikan beliau seringkali dijadikan tempat rujukan oleh kakitangan perpustakaan mahupun UPM.
SKOP SOALAN WAWANCARA
Skop 1 : Latar belakang dan pendidikan
Skop 2 : Pengalaman awal sebagai pustakawan UPM
Skop 3 : Pembangunan Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan
Skop 4 : Komitmen dan komited dengan tugasan bahagian di PSAS
Skop 5 : Peneraju Amalan 5S dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Skop 6: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan
Skop 7 : Kenangan manis/pahit/harapan/cabaran
Dates
- Publication: 2023
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
Extent
76 Leaves (1 naskhah) : 0.014 meter ; 31 cm
Language of Materials
Malay
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my