Transkrip Memoir Pustakawan : Puan Salmah Abdullah (1992-2023) Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Abstract
Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Puan Salmah Abdullah selaku Pustakawan di UPM bagi tempoh tahun 1992-2023. Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2023. Puan Salmah Abdullah merupakan pustakawan yang mula berkhidmat di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia dari tahun 1992. Berasal dari Jasin Melaka, beliau memiliki ijazah dalam bidang Sains Nuklear dan menyambung pengajian lepasan ijazah Diploma (Sains Perpustakan) di Universiti Teknologi Mara dan meneruskan pengajian dengan mengambil Sarjana (Teknologi Maklumat) di Universiti Putra Malaysia. Puan Salmah sangat berdedikasi dalam menjalankan penyelidikan dan banyak menghasilkan penulisan dalam bidang kepustakawanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau sangat aktif dalam keanggotaan jawatankuasa universiti mahupun kebangsaan. Puan Salmah pernah dinobatkan sebagai Pustakawan Harapan pada tahun 2005 daripada Persatuan Pustakawan Malaysia. Ketika beliau menerajui Kumpulan KIK Q-Libri, kumpulan tersebut telah banyak menerima anugerah dan kejayaan. Sepanjang 31 tahun beliau berkhidmat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, beliau sangat komited dalam menjalankan tugas serta bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna perpustakaan.
SKOP SOALAN WAWANCARA
Skop 1: Latar Belakang dan Pendidikan
Skop 2: Pengalaman Perjawatan dan Pengalaman Kerja
Skop 3: Pencapaian dalam Kerjaya
Skop 4: Penulisan dan Pembentangan
Skop 5: Penubuhan Bahagian Penyelidikan
Skop 6 : Jalinan Kerjasama bersama PSP dan RMC
Skop 7 : Kenangan manis/pahit/harapan/cabaran
Dates
- Publication: 2023
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
Extent
83 Leaves (1 naskhah) : 0.015 meter ; 30 cm
Language of Materials
Malay
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my