Transkrip Tuan Syed Salim Agha Syed Azamthullah: Peneraju Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya dan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia (1968-1995)
Abstract
Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Tuan Syed Salim Agha Syed Azamthullah selaku Ketua Pustakawan yang pertama di UPM bagi tempoh tahun 1968-1995. Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2023. Tuan Syed Salim merupakan pustakawan yang berkhidmat dari Kolej Pertanian Malaya sehingga Universiti Pertanian Malaysia. Berasal dari Ipoh, Perak Tuan Syed Salim melengkapkan ijazahnya dalam bidang botani. Kemudian, beliau meneruskan pengajian di UK Library Association dalam bidang kepustakawanan untuk pensijilan profesional. Beliau mula membangunkan Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya dengan hanya lima ratus buah buku sahaja bersama dua orang staf perpustakaan. Kemudian, perpustakaan mula berkembang setelah berpindah ke bangunan baru yang ketika itu pencarian bahan dan pengkatalogan baru sahaja menggunakan sistem VTLS. Tuan Syed Salim merupakan individu yang memulakan kerjasama dengan Food and Agriculture Organization (FAO) di Malaysia dengan mengindeks bahan-bahan FAO di perpustakaan. Beliau juga menjadikan perpustakaan sebagai agensi kepada International Geosphere-Biosphere Programme (IGBP). Beliau seorang yang berdedikasi dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang 27 tahun bersama universiti. Beliau banyak menghabiskan masa dengan penulisan dan banyak mewujudkan jalinan kerjasama bersama agensi luar negara yang pastinya memberi manafaat kepada Universiti Pertanian Malaysia ketika itu.
Dates
- Publication: 2023
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
Extent
28 Leaves (1 naskhah) : 0.01 meter ; 31 cm
Language of Materials
Malay
English
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my