Skip to main content

Transkrip Mengimbau Memori Naib Canselor UPM 1994-2001 : YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim

 Fonds — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-938

Abstract

Penerbitan ini mengandungi transkrip wawancara Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim bagi mengimbau memori selaku Naib Canselor UPM tahun 1994-2001. Berdasarkan Wawancara Transkrip Mengimbau Memori Naib Canselor UPM 1994-2001: Yang Berbahagia Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Syed Jalaludin bin Syed Salim ialah seorang ahli akademik yang menjangkau lebih lima dekad dalam sektor penyelidikan dan pendidikan tinggi di Malaysia. Beliau telah menempuh pelbagai cabaran namun berkat kesungguhan, kerajinan dan sikap tidak berputus asa telah menjadikan dirinya mengecapi pelbagai kejayaan sehingga kini. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim merupakan Naib Canselor ketiga Universiti Pertanian Malaysia pada 5 Jun 1994 hingga 17 April 2001. Beliau bermula sebagai pensyarah pada tahun 1975 dan dilantik sebagai Profesor pada tahun 1981. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor, Dekan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Penternakan serta Ketua Jabatan Sains Penternakan sepanjang beliau berkhidmat di UPM.

Dates

  • 1994 - 2001

Extent

9 Leaves (2 naskhah) : 0.007 meter ; 31 cm

Language of Materials

Malay

Language of description
English
Script of description
Code for uncoded script

Repository Details

Part of the MAIN ARCHIVES Repository

Contact:
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619