Skip to main content

Majlis Gemilang Akademia Putra 2009

 Fonds — Container: Gedung 1/64
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-591

Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Gemilang Akademia Putra 2009 yang diadakan pada 6 Mei 2010 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Isi kandungan penerbitan buku program ini meliputi atur acara majlis, latar belakang, tujuan serta objektif majlis ini dan juga anugerah yang dipertandingkan.

Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) ini merupakan majlis penyampaian anugerah bagi tiga kategori iaitu Anugerah Pengajaran Putra (APP), Anugerah Penyelidikan dan Inovasi (API) dan Anugerah Perundingan (APR). MGAP ini bertujuan untuk mengiktiraf pegawai akademik yang cemerlang dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan.

Pengurusan MGAP ini dikendalikan mengikut giliran antara Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) yang merangkumi Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) dan UPM Holdings Sdn. Bhd.(UPMH). Urusetia pada kali ini adalah Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat.

Dates

  • Event: 2010-05-06

Extent

64 Leaves (2 naskhah) : 0.004 meter ; 21 cm

Language of Materials

Malay

Language of description
English
Script of description
Code for uncoded script

Repository Details

Part of the MAIN ARCHIVES Repository

Contact:
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619