Skip to main content

Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi : Kepemimpinan Pentadbir Universiti

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-586

Abstract

Penerbitan ini mengenai Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi : Kepemimpinan Pentadbir Universiti. Penerbitan buku ini merupakan kerjasama antara Universiti Putra Malaysia dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Penerbitan buku ini mengetengahkan senario semasa universiti dan pendidikan tinggi. Penekanan diberikan terhadap kepemimpinan pentadbir yang menjadi tonggak sokongan kepada kelangsungan perkhidmatan universiti dalam mendepani dunia VUCA (volatility, uncertainty, complexity, ambiguity).

Penerbitan buku ini meliputi model kompetensi Kepemimpinan Pentadbir (Pendaftar dan Bendahari) Universiti Awam yang boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk diguna pakai oleh universiti awam dalam menilai dan membangun kompetensi kepemimpinan kelompok bakat pentadbir universiti awam.

Isi kandungan penerbitan buku ini meliputi 5 bab utama iaitu Senario Semasa Pendidikan Tinggi; Kepemimpinan di Universiti Awam; Pembangunan Model Kompetensi Kepemimpinan Pentadbir (Pendaftar dan Bendahari) Universiti Awam; Kompetensi Kepemimpinan Pentadbir (Pendaftar dan Bendahari) Universiti Awam; dan Perancangan dan Pelaksanaan Masa Hadapan.

Terdapat juga senarai bahan rujukan, foto dan nama barisan penulis yang terlibat dan Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Teknikal Kompetensi Kepemimpinan Pentadbir Universiti Awam dalam penerbitan buku ini.

Dates

  • Publication: 2021

Extent

78 Leaves (2 naskhah) : 0.005 meter ; 19 cm

Language of Materials

Malay

Source

Language of description
English
Script of description
Code for uncoded script

Repository Details

Part of the MAIN ARCHIVES Repository

Contact:
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619