Transkrip Suatu Catatan Perjalanan Ybhg. Dato' Zulkiflee Bin Othman dalam Pengurusan Strategik Kewangan Universiti Putra Malaysia Tahun 2003-2021
Abstract
Penerbitan ini mengandungi catatan perjalanan Ybhg. Dato' Zulkiflee Bin Othman dalam pengurusan strategik kewangan Universiti Putra Malaysia tahun 2003-2021. Penerbitan ini merupakan koleksi sejarah lisan , Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2021. Dato’ Zulkiflee Othman merupakan mantan Bendahari ketujuh Universiti Putra Malaysia dari 2003 hingga 2021 dan beliau merupakan bursar yang paling lama telah menerajui Pejabat Bursar UPM. Beliau adalah figura penting yang memainkan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan strategik kewangan universiti. Anak kelahiran Kluang Johor ini sering memberikan idea berinovasi dan pandangan yang bernas dalam memajukan modal insan dikalangan pelajar dan kakitangan universiti. Beliau juga bergiat aktif dengan keahlian luar seperti Agensi Pusat, Jabatan Akauntan Negara, Majlis Bendahari-Bendahari Universiti Awam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam membincangkan hal kewangan universiti. Berpengalaman lebih 30 tahun perkhidmatan, Dato Zulkiflee percaya, pengalaman dan ketekunan adalah elemen penting dalam membantu seseorang memajukan diri.
SKOP SOALAN WAWANCARA
Skop 1: Latar belakang dan perkembangan kerjaya
Skop 2: Halatuju dan perancangan menaikan imej bursar UPM (halatuju/ strategi/perancangan)
Skop 3: Pengurusan kakitangan Pejabat Bursar
Skop 4: Pelanggan Piagam (pengurusan pelanggan)
Skop 5: Pengurusan kewangan online
Skop 6: Pelaburan dalam usaha menjana pendapatan universiti (bentuk pelaburan, manafaat, agensi yang terlibat)
Skop 7: Pengurusan risiko (perbelanjaan berhemah, risiko, perbelajaan peringkat universiti, perolehan, sumber, kegawatan, pelan perancangan)
Skop 8: Penglibatan bidang professional, sosial dan kebajikan
Skop 9: Anugerah dan pencapaian, sumbangan sepanjang menerajui Pejabat Bursar UPM
Skop 10: Kenangan manis/pahit/harapan/cabaran
Dates
- Publication: 2021
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
Extent
89 Leaves (1 naskhah) : 0.012 meter ; 30 cm
Language of Materials
English
Creator
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Organization)
- Language of description
- English
- Script of description
- Code for uncoded script
Repository Details
Part of the MAIN ARCHIVES Repository
Unit Arkib
Bahagian Media, Arkib & Pemuliharaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Serdang Selangor 43400 Malaysia
03-9769 8619
putraarchives@upm.edu.my