Skip to main content

Tun Datu Mustapha bin Datu Harun (Pro-Canselor Pertama Universiti Pertanian Malaysia )

 Person

Latar belakang

TARIKH PERISTIWA

Hari Rabu 31 Julai / 1 Ogos 1918 (22 Shawal 1336 H). Dilahirkan di Kampong Limau-Limauan dalam Daerah Kudat, Borneo Utara British.

1928 : Bekerja sebagai pelayan rumah di Rumah Residen British.

1932 : Memulakan alam persekolahan di Sekolah St. James, Kudat. Ibu beliau, Norani Hj. Abdul Rahim kembali ke Rahmatullah.

1934 : Memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British sebagai Office Orderly di Pejabat Daerah Kudat.

1 Februari 1937 : Dinaikkan pangkat sebagai Kerani Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu.

1 Januari 1942 : Tentera Jepun mendarat di Borneo Utara.

Disember 1942 : Ayah beliau, O.K.K. Datu Harun kembali ke Rahmatullah.

24 Disember 1944 : Berangkat ke Filipina untuk menyertai pergerakan gerila menentang tentera Jepun.

1 Januari 1945 : Dinaikkan pangkat sebagai Sarjan di dalam tentera tetap dan ditempatkan di dalam Perkhidmatan Rahsia.

15 April 1945 : Dinaikkan pangkat sebagai Kapten. Menyertai Pertubuhan Gerila British dibawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Combe.

8 Jun 1946 : Berangkat ke London bagi menghadiri Majlis Perayaan Kemenangan Perang Dunia Kedua.

1951 : Dilantik sebagai Ketua Anak Negeri Gred I yang membawa gelaran “Orang Kaya-Kaya” (O.K.K.).

1951-52 : Berangkat ke Malaya bagi menghadiri kursus pertanian anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Luar Bandar (R.I.D.A.) Dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja dan Perundangan oleh Gabenor Borneo Utara.

1954 : Dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Borneo Utara.

1955 : Dipilih sebagai ahli Majlis Perundangan Borneo Utara.

1956 : Dipilih sebagai ahli Majlis Eksekutif Borneo Utara. Dipilih sebagai ahli Exco Kerajaan Borneo Utara.

1957 : Menghadiri Majlis Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu selaku wakil Kerajaan Borneo Utara.

1959 : Berangkat ke United Kingdom untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan Politik selama setahun.

1960 : Memulakan pergerakan penubuhan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

24 Disember 1961 : Dilantik sebagai Yang Di-Pertua Agung (Presiden) USNO.

30 Mei 1961 : Berangkat ke Singapura untuk mewakili Borneo Utara dalam perayaan Hari Kebangsaan Singapura.

31 Ogos 1963 : Sabah diberikan taraf berkerajaan sendiri.

16 September 1963 : Sabah mencapai kemerdekaan setelah menyertai Persekutuan Malaysia. Mengangkat sumpah sebagai Yang Di-Pertua Negara yang pertama.

5 Februari 1964 : Berangkat ke Kuala Lumpur.

26 November 1964 : Dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M.N.) yang membawa gelaran “Tun”.

Julai 1965 : Berangkat bagi lawatan rasmi ke Amerika Syarikat.

7 September 1965 : Merasmikan pembukaan Istana Negeri yang baru.

16 September 1965 : Meletakkan jawatan sebagai Yang Di-Pertua Negara.

9 November 1965 : Mengumumkan penubuhan Yayasan Sabah di Mesapol, Sipitang.

1 Disember 1965 : Dilantik sebagai Ketua Perikatan Sabah yang baru.

22 Julai 1966 : Dilantik sebagai Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam dalam Kabinet Persekutuan.

11 Ogos 1966 : Menghadiri Upacara Penandatanganan Perjanjian Damai diantara Malaysia dan Indonesia di Jakarta, Republik Indonesia.

25 September 1966 : Berangkat ke Monaco bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa untuk Pertahanan Awam.

19 April 1967 : Dipilih sebagai Menteri Pertahanan tetapi menolak tawaran tersebut.

21 April 1967 : Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bengkoka setelah menewaskan Richard Yap, calon parti UPKO.

11 Mei 1967 : Dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah ketiga, setelah USNO memenangi Pilihan Raya Umum pada April 1967.

15 Julai 1967 : Berangkat pulang dari London selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

20 Julai 1967 : Dipilih semula menjadi Pengerusi Perikatan Sabah.

2 Oktober 1967 : Berangkat ke Kuching, Sarawak.

1969 : Memenangi Pilihan Raya Dewan Rakyat, dipilih menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Marudu.

20 September 1969 : Dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Pahang, Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang yang ke 65.

5 Mei 1970 : Berangkat membuat lawatan ke Tenom, Sabah.

20 Ogos 1970 : Dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak bersempena lawatan rasmi ke negeri tersebut.

20 Oktober 1970 : Dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Johor, Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.J.) oleh DYMM Sultan Johor.

28 Mac 1971 : Dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Perlis, Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) oleh DYMM Raja Perlis.

11 April 1971 : Membatalkan rancangan untuk bersara dari politik.

26 Jun 1971 : Berangkat mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein yang mengadakan lawatan rasmi ke Sabah.

19 Ogos 1971 : Berangkat melawat Republik Indonesia.

15 September 1971 : Dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Perak, Seri Paduka Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran “Dato Seri” oleh DYMM Sultan Perak.

20 September 1971 : Kembali sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bengkoka.

29 September 1971 : Dianugerahkan Pingat Semangat Padi oleh Persatuan Pengakap Negara.

5 Oktober 1971 : Dipilih menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Bengkoka-Banggi.

7 Oktober 1971 : Dipilih semula menjadi Ketua Menteri Sabah.

30 November 1971 : Mengumumkan pelancaran perkhidmatan televisyen di Sabah.

28 Disember 1971 : Merasmikan Pelancaran Radio Televisyen Malaysia di Sabah.

1972 : Menerima anugerah tertinggi Republik Lebanon, Knight Commander of the Republic of Lebanon. Dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan.

26 Februari 1972 : Menyambut keberangkatan lawatan rasmi KDYMM Baginda Queen Elizabeth II Great Britain dan Northern Ireland di Pelabuhan Kota Kinabalu.

27 Mei 1972 : Merasmikan pembukaan Kelab Penerbangan Sabah (Sabah Flying Club).

November 1973 : Dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM). 5 Mei 1974 : Berangkat membuat lawatan ke Labuan.

27 Jun 1974 : Dikurniakan Pingat Semangat Padi. Iaitu anugerah tertinggi daripada Persatuan Pengakap Malaysia.

September 1974 : Menolak tawaran Kerajaan Persekutuan untuk melantik beliau ke Jawatan Menteri Kabinet Persekutuan.

16 September 1974 : Menghadiri Perayaan Sambutan Ulangtahun Sabah menyertai Persekutuan Malaysia.

5 September 1975 : Dewan Undangan Negeri meluluskan satu Rang Undang-Undang memberikan pencen sebanyak RM3500 kepada Tun Datu Mustapha yang bersara.

1 November 1975 : Meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

1976 : Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Banggi selepas memenangi pilihan raya umum 1976 sebagai calon USNO.

7 Jun 1976 : Menghadiri pengebumian Allahyarham Tun Fuad Stephens di Makam Pahlawan, Masjid Negeri.

25 Jun 1976 : Menyempurnakan perletakan Batu Asas Masjid Wimbledon, London, United Kingdom.

Julai 1976 : Meletakkan jawatan sebagai Presiden USNO.

1977 : Dipilih sebagai Presiden PERKIM Cawangan Sabah.

18 Mei 1977 : Dipilih semula sebagai Presiden USNO.

19 Mei 1977 : Adik beliau, Datu Aliuddin bin Datu Harun telah kembali ke Rahmatullah.

29 Jun 1977 : Menghadiri Istiadat Pembukaan Rasmi Masjid Negeri Sabah.

11 November 1977 : Meletakkan jawatan sebagai Presiden USNO.

4 Mac 1978 : Menghadiri Seminar Perodahan Islam anjuran Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Melaka.

14 April 1979 : Mengumumkan persaraan dari arena politik.

19 Jun 1981 : Dicalonkan sebagai Presiden USNO.

20 Jun 1981 : Mengumumkan bahawa beliau akan kembali ke arena politik dan menerajui USNO.

22 Jun 1981 : Dipilih semula sebagai Presiden USNO menggantikan Tan Sri Said Keruak yang bersara.

1984 : USNO disingkirkan dari Barisan Nasional

26 November 1984 : Pertubuhan PERKIM telah menganugerahkan anugerah “Jasamu Dikenang” kepada Tun Datu Mustapha atas jasa dan khidmat baktinya kepada pertubuhan tersebut.

1985 : Dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Usukan pada pilihan raya umum 1985.

24 Mac 1985 : Mengumumkan bahawa akan kembali ke arena politik.

22 April 1985 : Mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ketujuh.

22 Mei 1985 : Memfailkan saman terhadap TYT Yang Di-Pertua Negeri dan Datuk Joseph Pairin Kitingan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

14 April 1986 : Dipilih semula sebagai Presiden USNO.

25 April 1986 : Mengumumkan persaraan dari arena politik.

20 Disember 1986 : Membatalkan niat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden USNO.

22 Februari 1987 : Anak lelaki beliau, Datuk Abdul Hamid Tun Mustapha meninggal dunia.

1987 : Dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Limbawang dalam pilihan raya kecil pada tahun

1987. Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Usukan dalam pilihan raya kecil pada tahun 1987.

Julai 1990 : Dipilih semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Usukan pada pilihan raya umum Julai 1990.

Oktober 1990 : Bertanding dalam pilihanraya terakhir bagi parti USNO. Dipilih semula sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Limbawang pada pemilihan umum bulan Oktober 1990.

1991 : Keluar daripada USNO.

Januari 1991 : Menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Februari 1991 : Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Sabah.

12 Mei 1991 : Dipilih semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Usukan sebagai calon UMNO pada pilihan raya kecil Mei 1991.

Julai 1991 : Dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

3 Oktober 1991 (23 Rabiulawal 1412H) : Isterinya, Toh Puan Hajjah Rahmah kembali ke Rahmatullah.

1993 : USNO secara rasmi dibubarkan.

19 Mei 1993 : Dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dalam Kabinet Persekutuan.

19 Januari 1994 : Meletakkan jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dalam Kabinet Persekutuan.

23 Februari 1994 Menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS).

1994 Bertanding sebagai calon PBS dalam Pilihan Raya Umum.

Isnin, 2 Januari 1995 (30 Rejab 1415H) : Kembali ke Rahmatullah di Pusat Perubatan Sabah (SMC), Kota Kinabalu ketika berusia 76 tahun.

3 Januari 1995 : Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putatan.

September 1999 : Taman Memorial Tun Datu Mustapha telah dibuka rasmi.

2 September 2006 : Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pembangunan Sosial oleh Universiti Malaysia Sabah.