Skip to main content

Amir Hussain bin Md Ishak, Encik (Ketua Pustakawan Keempat)

 Person

Biography

Ketua Pustakawan keempat dari 27 September 2006 hingga April 2015 dan Jun 2016 hingga Julai 2017.

Encik Amir Hussain Md. Ishak telah berkhidmat Universiti Putra Malaysia selama 37 tahun. Beliau mula berkhidmat sebagai pustakawan pada Oktober 1979 hingga Oktober 2005 selama 26 tahun. Kemudian, beliau telah mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Pustakawan pada Oktober 2005 hingga Jun 2017 selama 11 tahun.

Encik Amir Hussain telah mendapat pendidikan awal di Westland Secondary School, Penang. Beliau kemudianya telah melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA pada tahun 1976 – 1979 dalam jurusan Sarjana Muda Perpustakaan dan Sains Maklumat Perpustakaan. Seterusnya, beliau telah menyambung pelajar dalam Sarjana Perpustakaan dan Sains Maklumat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1995 – 1997.