Mohd Roslan Sulaiman, Prof. Dato’ Dr. , 1969- (Naib Canselor Kesembilan)
Dates
- Existence: 1969-09-04
Biography
Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman telah dilahirkan pada 4 September 1969 di Kuala Rompin, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1994 dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Fisiologi Sistem Saraf di The University of Edinburgh, Scotland United Kingdom pada tahun 1999.
Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM selama hampir tiga (3) tahun serta jawatan-jawatan pentadbiran dan akademik yang lain, antaranya Pengerusi Jemaah Pengetua Kediaman Pelajar UPM dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Beliau juga telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan fungsi (tugas) sebagai Naib Canselor UPM sejak 1 Julai 2020.
Beliau telah dilantik menjadi Naib Canselor kesembilan Universiti Putra Malaysia bermula 1 September 2020 hingga sekarang.
Found in 2 Collections and/or Records:
Al Falah : Sederap Melangkah Menuju Al-Falah: Naratif Naib Canselor 2022 : Yang Hormat Profesor Dato' Dr. Mohd Roslan Sulaiman
Penerbitan ini mengenai Naratif Naib Canselor 2022: “Al Falah : Sederap Melangkah Menuju al-Falah” Oleh YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia pada 11 Februari 2022.
Naratif Naib Canselor Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman : Menggema Seruan Al-Falah dari Menara Ilmu
Penerbitan ini mengenai Naratif Naib Canselor Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman. Perutusan ini telah diadakan pada 5 Februari 2021 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.