Skip to main content

Aini Ideris, Prof. Datin Paduka Dato' Dr., 1953- (Naib Canselor Kelapan)

 Person

Dates

  • Existence: 1953-03-23    

Biography

Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris dilahirkan pada 23 Mac, 1953 di Kota Bharu, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Langgar dan Sekolah Kebangsaan Kota seterusnya pendidikan menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Setelah memperolehi ijazah Doktor Perubatan Veterinar (DVM) dari Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia – UPM), beliau dilantik sebagai Tutor di UPM pada tahun 1979.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat pasca siswazah di University of Liverpool, England dan dianugerahkan Master Sains Veterinar (MVSc) dalam bidang Perubatan Avian (1981). Pada tahun 1989, beliau dikurniakan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari UPM dalam bidang yang sama. Beliau seterusnya menjalani latihan Pasca Kedoktoran di University of California, Davis, USA (1990-1992) dan pada tahun 1993, beliau dikurniakan Asian Development Bank Fellowship bagi menjalankan latihan seterusnya di University of Cornell, USA.

Prof. Aini mempunyai pengalaman pentadbiran yang luas. Antaranya adalah sebagai Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar (1989, 1990), Pengerusi Hospital Pengajaran Veterinar (1992-1998), di mana beliau terlibat dalam memperluaskan perkhidmatan rawatan penyakit haiwan dan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Perubatan Veterinar, selama 9 tahun (1992-2001). Beliau bertanggungjawab dalam penggubalan dan pemantapan kurikulum program Doktor Perubatan Veterinar, serta peneraju utama dalam pencapaian Sijil ISO yang pertama di UPM, bagi skop prasiswazah dan siswazah.

Beliau seterusnya diberi kepercayaan untuk menerajui Pusat Pengajian Siswazah, yang kemudiannya ditukar nama kepada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), sebagai seorang Dekan (Mei 2001-November 2008). Semasa memegang jawatan Dekan SPS selama lapan tahun, Prof. Aini telah membawa banyak perubahan dalam sistem pengurusan pengajian siswazah, menjadikannya lebih efisien dan transparen.

Beliau telah dilantik menjadi Naib Canselor kelapan Universiti Putra Malaysia pada 1 Januari 2016 hingga 31 Ogos 2020.

Found in 4 Collections and/or Records:

Perutusan 100 hari Naib Canselor 2016 Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris : Ihsan Tonggak Kecemerlangan

 Fonds — Container: Gedung 1/24
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-226
Abstract

Penerbitan ini mengenai Perutusan 100 hari Naib Canselor Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris yang telah diadakan pada 20 April 2016 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Dates: Event: 2016-04-20

Perutusan Naib Canselor 2017 Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris : Ihsan Kecemerlangan dan Cabaran

 Fonds — Container: Gedung 1/20
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-222
Abstract

Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor 2019 Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris yang telah diadakan pada 24 Februari 2017 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Dates: Event: 2017-02-24

Perutusan Naib Canselor 2018 Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris : Ihsan dan Kesejahteraan Melangkaui 2025

 Fonds — Container: Gedung 1/20
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-221
Abstract

Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor 2019 Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris yang telah diadakan pada 23 Februari 2018 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Dates: Event: 2018-02-23

Perutusan Naib Canselor 2019 Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris. Ihsan : Integriti dan Kewibawaan

 Fonds — Container: Gedung 1/20
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-220
Abstract

Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor 2019 Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris yang telah diadakan pada 15 Februari 2019 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Dates: Event: 2019-02-15