Mohd Fauzi Haji Ramlan, Prof. Dato' Dr., 1960- (Naib Canselor Ketujuh)
Dates
- Existence: 1960-10-15
Biography
Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan telah dilahirkan pada 15 Oktober 1960 di Johor. Beliau mempunyai Diploma Pertanian daripada Universiti Pertanian Malaysia, diikuti dengan Bachelor of Science (Agronomy) dari Iowa State University, Master of Science dari Louisiana State University dan seterusnya PhD. (Biology) dari Universiti of York.
Beliau merupakan Profesor dalam bidang pertanian di Universiti Putra Malaysia dan telah berkhidmat di UPM semenjak 29 April 1986 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di UPM, beliau pernah berkhidmat di Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Pengarah di Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Pelajar pada 1 Oktober 2006.
Sepanjang perkhidmatan di UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi pernah menjawat jawatan sebagai Prof. Madya di Jabatan Sains Pertanian dan juga Pengetua Kolej Kedua. Beliau telah dilantik menjadi Naib Canselor keempat Universiti Putra Malaysia pada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015.
Beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (J.S.M) 2009 dan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka - Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) 2011 yang membawa gelaran Datuk.
Found in 3 Collections and/or Records:
Perutusan 100 hari Naib Canselor UPM Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan 2013 : Menakhoda Bahtera Mendepani Persaingan
Penerbitan ini mengenai Perutusan 100 hari Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan 2015. Perutusan ini telah diadakan pada 10 April 2013 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
Perutusan Naib Canselor 2014 YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan : Mengungguli Pencapaian, Mewajah Masa Depan
Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan. Perutusan ini telah diadakan pada 3 Februari 2014 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Perutusan Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan 2015
Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan 2015 berdasarkan tema Pertanian, Inovasi dan Kehidupan. Perutusan ini telah diadakan pada 23 Januari 2015 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.