Skip to main content

Radin Umar Radin Sohadi, Dato' Ir. Dr., 1960-2013 (Naib Canselor Keenam)

 Person

Dates

  • Existence: 1960-11-13 - 2013-10-13

Biography

Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi telah dilahirkan pada 13 November 1960 di Kampung Hulu Chemor, Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Aminuddin Baki Chemor. Pada peringkat menengah, beliau menyertai Royal Military College sebelum ke United Kingdom untuk pengajian peringkat Bacelor dan Sarjana dalam Kejuruteraan di University of Sheffield pada 1984 dan 1985. Beliau meneruskan pengajian PhD dalam Kejuruteraan di University of Birmingham pada 1996, dengan pengkhususan dalam Sistem Diagnostik Kemalangan.

Perkembangan kerjaya:

1985 : Pensyarah dalam Jabatan Kejuruteraan Sivil Fakulti Kejuruteraan UPM

1999 : Dekan Fakulti Kejuruteraan

2007 : Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang pertama

Beliau telah dilantik menjadi Naib Canselor keenam Universiti Putra Malaysia pada 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2012.

YBhg. Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi telah kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober 2013.

Found in 3 Collections and/or Records:

Memoir Radin Umar Radin Sohadi : aku dan amanah-MU

 Fonds — Container: Gedung 1/103
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-775
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku yang dihasilkan oleh Profesor Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi. Penulisan ini merupakan pemerhatian beliau terhadap penghidupan serta alam sekitarnya.

Dihadiahkan oleh Prof. Dr. Syed Tajuddin Syed Hassan, Professor Jawatan Kejururawatan dan Rehabilitasi , Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2014

Perutusan 100 hari Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi 2011 : Membudayakan Impak Tinggi

 Fonds — Container: Gedung 1/24
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-229
Abstract

Penerbitan ini mengenai Perutusan 100 hari Naib Canselor Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi yang telah diadakan pada 11 April 2011 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Dates: Event: 2011-04-11

Perutusan Naib Canselor Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi 2012

 Fonds — Container: Gedung 1/20
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-223
Abstract

Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi 2012 yang telah diadakan pada 3 Februari 2012 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Dates: Event: 2012-02-03