Nik Mustapha bin Raja Abdullah, Professor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. , 1954- (Naib Canselor Kelima)
Dates
- Existence: 1954-12-26
Biography
Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha bin Raja Abdullah telah dilahirkan pada 26 Disember 1954 di Machang, Kelantan. Beliau berkelulusan Diploma Pertanian Kolej Pertanian Malaya pada tahun 1976. Kemudian, beliau meneruskan pengajian di Universiti California dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi Sumber) pada tahun 1979. Beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Sains (1980) serta Doktor Falsafah dalam bidang Pertanian dan Ekonomi Sumber dari Oregon State University pada 1988.
Perkembangan kerjaya:
1999-2004 : Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
2004-2005 : Timbalan Naib Canselor
Beliau telah dilantik menjadi Naib Canselor kelima Universiti Putra Malaysia pada 1 Januari 2006 hingga 31 Disember 2010.
Found in 7 Collections and/or Records:
Bibliografi Penulisan Prof. Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah
Penerbitan ini merupakan senarai penulisan yang telah di hasilkan oleh Prof. Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah. Ia meliputi artikel jurnal,buku dan laporan teknikal,persidangan/seminar/bengkel,laporan penyelidikan dan perundangan serta lain-lain penerbitan.
Development Options for Fishing Communities in Marinovasi Areas : Tanjung Dawai, Kedah and Mukah / Oya, Sarawak
Perutusan Naib Canselor 2006 Profesor Dr. Nik Mustapha R. Abdullah : Kembalikan Kegemilangan Serdang
Penerbitan ini mengandungi mukadimah, falsafah penubuhan universiti, universiti pada era globalisasi, Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia, melonjakkan kegemilangan Serdang, gagasan kecemerlangan, memperkasa kepimpinan universiti, pengurusan sumber manusia, graduan impian universiti, penutup dan lagu Putra Gemilang.Majlis telah diadakan pada 30 Jun 2006 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Perutusan Naib Canselor 2007 Profesor Dr. Nik Mustapha R. Abdullah : Mencorak Dimensi Baru Serdang
Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor 2007 Profesor Dr. Nik Mustapha R. Abdullah yang telah diadakan pada 29 Januari 2007 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Perutusan Naib Canselor 2008 Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah : Membudayakan Kecapaian Prestasi Tinggi
Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor 2008 Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah yang telah diadakan pada 26 Februari 2008 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Perutusan Naib Canselor 2009 Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah : Melestari Budaya Organisasi Prestasi Tinggi
Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah yang telah diadakan pada 6 Januari 2009 di Dewan Banquet, UPM.
Perutusan Naib Canselor 2010 Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah : Menjulang Ilmu Memacu Ekonomi
Penerbitan ini mengenai Perutusan Naib Canselor Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah yang telah diadakan pada 19 Januari 2010 di Dewan Banquet, UPM.