Muhammad Zohadie bin Bardaie, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ir. , 1950- (Naib Canselor Keempat)
Dates
- Existence: 1950-12-29
Biography
Profesor Emeritus Dato' Dr. Ir. Muhammad Zohadie bin Bardaie telah dilahirkan pada 29 Disember 1950 di Meru, Klang. Beliau berkelulusan Diploma Pertanian Kolej Pertanian Malaya pada tahun 1971. Kemudian, beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains Kejuruteraan dan Sarjana Muda Pengurusan dan Sains Pertanian, Universiti California, 1974. Pada tahun 1975, beliau menyempurnakan pengajian Sarjana Sains Kejuruteraan Kejenteraan, Universiti California, Amerika Syarikat. Pada tahun 1979, beliau berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Pertanian, Universiti Cornell, Amerika Syarikat dan telah menyertai UPM sebagai pensyarah.
Beliau dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya pada Jun 1982 dan Profesor pada Januari 1993 di Fakulti Kejuruteraan. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Ladang, Kuasa dan Jentera dari 1982 hingga 1984 dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, UPM dari tahun 1988 hingga 1993. Mengiktiraf potensi dan kualiti kepimpinannya, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan dan Kewangan) pada Ogos 1993, jawatan yang disandangnya sehingga Julai 1999. Beliau memegang tampuk pemerintahan UPM sebagai Naib Canselor 18 April 2001 hingga 31 Disember 2005 dan telah dianugerahkan Profesor Emeritus dalam Kejuruteraan Sistem Bio pada Majlis Konvokesyen UPM ke-33 pada 8 Ogos 2009. Semua perlantikan ini adalah hasil kempimpinan dan khidmat cemerlang belaiu sepanjang berkhidmat dengan UPM.
Sepanjang lima tahun kepimpinan dan khidmat beliau sebagai Naib Canselor, UPM berbangga untuk "bermegah dan menjerit" di atas beberapa pencapaian dan kejayaan dalam banyak bidang termasuk pengajaran, penyelidikan, khidmat profesional dan perundingan, pentadbiran, kemudahan fizikal dan infrastruktur. Dalam pengajaran, sepuluh program baharu telah ditawarkan oleh UPM dalam pelbagai disiplin. The Student-Centered Learning (SCL) sistem diperkukuhkan lagi sebagai satu cara untuk meningkatkan pengajaran pembelajaran di dalam kelas. Kemudahan kredit The Book Plan telah diperkenalkan untuk menggalakkan pelajar membeli buku teks dan buku rujukan untuk memudahkan pembelajaran. Dibawah kepimpinan beliau, Sekolah Siswazah UPM telah menerima pengiktirafan ‘Sarjana Terbaik’ bagi Program Pentadbiran Perniagaan di Malaysia dan menduduki tempat ke-7 di Asia Tenggara pada tahun 2003 dan 2004.
Sumber :
Prof. Madya Dr. Zaitun Yassin. (2010). Meninggalkan jejaknya. Serdang Sun, 2 (1), 12-13.
Found in 4 Collections and/or Records:
Jejak-jejak Kegemilangan : Prof. Dato' Dr. Ir Mohd Zohadie Bardaie, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia 2001-2005
Penerbitan ini mengenai Prof. Dato' Dr. Ir Mohd Zohadie Bardaie. Isi kandungan buku ini meliputi biodata ringkas, kejayaan dan pencapaian , pengiktirafan antrabangsa, sumbangan peringkat kebangsaan , sumbangan peringkat kebangsaan dan surat kepada staf UPM.
Perutusan Tahun Baru 2003 Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohadie Bardaie Naib Canselor Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai Perutusan Tahun Baru Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohadie Bardaie Naib Canselor, UPM yang telah diadakan pada 2 Januari 2003.
Perutusan Tahun Baru 2004 Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohadie Bardaie Naib Canselor Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai Perutusan Tahun Baru Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohadie Bardaie Naib Canselor, UPM yang telah diadakan pada 10 Januari 2004.
Perutusan Tahun Baru 2005 Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohadie Bardaie Naib Canselor Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai Perutusan Tahun Baru Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Mohd Zohadie Bardaie Naib Canselor, UPM yang telah diadakan pada 29 Januari 2005.