Kolej Kediaman Kesebelas
Sejarah
Kolej Sebelas dibuka untuk penempatan pelajar pada 19 Mei 1999. Ia terdiri daripada satu mega blok asrama tujuh tingkat yang mengandungi 410 bilik pelajar.
Selain daripada menjadi tempat kediaman pelajar, kolej juga bertanggungjawab ke atas pembentukan sahsiah pelajar termasuk pembangunan akademik, sosial, emosi dan fizikal. Aktiviti yang berkaitan diselaraskan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej dengan dibantu oleh pengetua, felo dan pengurusan kolej.Pelajar-pelajar di kolej ini ditempatkan mengikut zon-zon tertentu. Terdapat empat zon pada setiap aras dimana setiap ketua zon berkenaan bertanggungjawab ke atas kesejahteraan ahli-ahli mereka. Setiap zon juga mempunyai bilik bacaan, bilik mandi dan kawasan masing-masing.
Bermula daripada sesi Mei 2002/2003, Kolej Sebelas telah menjadi kolej siswi dimana kesemua penghuni adalah terdiri daripada siswi sepenuhnya. Ini adalah lanjutan daripada proses pengasingan di antara pelajar siswa dan siswi yang melibatkan dua kolej iaitu Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas dimana semua pelajar siswa ditempatkan di Kolej Sepuluh manakala siswi di Kolej Sebelas.
Found in 5 Collections and/or Records:
Co11ege : First Edition Kolej Sebelas
Penerbitan ini merupakan Laporan Tahunan 2010 Emtech.
Laporan Tahunan 2000 Kolej Kesebelas
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Kolej Kesebelas tahun 2000.
Malam Seri Budiman Ke-5 2003/2004 Kolej 11 UPM
Malam Seri Budiman Ke-7 2005/2006
Penyerahan Bangunan Kolej Kediaman Kesepuluh (10) dan Kolej Kediaman Kesebelas (11)
Foto ini mengenai majlis Penyerahan Bangunan Kolej Kediaman Kesepuluh (10) dan Kolej Kediaman Kesebelas (11). Turut hadir di majlis ini adalah YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ir. Muhammad Zohadie bin Bardaie, Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Prof. Dr. Rahim Sail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UPM.