Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Biography
Evolusi global dan kepentingan pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang komputer dimanfaatkan secara strategik dalam penawaran program UPM pada tahun 1980-an. Antara strategi berkesan bagi mencapai matlamat ini ialah melalui penawaran kursus Diploma dan Bacelor Sains Komputer. Permintaan dan perkembangan pesat kursus-kursus tersebut memerlukan struktur pentadbiran dan akademik yang khusus. Maka menjelang tahun 1992, selaras dengan kemajuan pesat teknologi maklumat, Jabatan Sains Komputer telah ditubuhkan. Sehubungan itu, kursus-kursus telah direka bentuk dan ditawarkan untuk memenuhi permintaan dan keperluan kebanyakan pelajar dengan mencontohi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini merangkumi pengajian pasca siswazah dan penyeliaan bagi pelajar yang meneruskan pengajian dalam bidang Master Sains dan Doktor Falsafah.
Dalam tahun 1995, UPM telah bergerak selangkah lagi dalam bidang pembelajaran komputer. Maka, menyedari intipati sebenar pendidikan tanpa sempadan, Diploma dan Bacelor Sains Komputer ditawarkan dengan kerjasama antara UPM dan institusi pendidikan swasta. Ini sejajar dengan perkembangan pembelajaran komputer di UPM yang semakin meluas.
Pada bulan Oktober 1998, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat secara rasminya ditubuhkan bagi memenuhi permintaan program akademik tambahan dan juga selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang berkenaan. Penubuhan fakulti juga selari dengan matlamat universiti agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
Pada masa kini, fakulti ini terdiri daripada empat jabatan iaitu Jabatan Multimedia, Jabatan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat dan JabatanTeknologi Komunikasi dan Rangkaian.
Found in 9 Collections and/or Records:
Buku Panduan 2002-2003 : Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat
Penerbitan ini adalah mengenai sejarah ringkas, pegawai akademik, fakulti, jabtan, sinopsis kursus dan juga lampiran berkaitan prosedur pendaftaran, peraturan, maklumat am dan skima pengecualian kursus.
Buku Panduan Sesi 2001-2002 : Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat
Penerbitan ini adalah mengenai sejarah ringkas, sistem akademik, jabatan, kursus dan juga lampiran berkaitan.
Buku Panduan Sesi 1999/2000 : Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan yang mengandungi sejarah ringkas, senarai nama pegawai akademik, sistem penasihatan akademik, pendaftaran, sistem peperiksaan, kursus kemahiran bahasa, syarat masuk Bacelor dan Diploma, penerangan tentang jabatan fakulti, Skema B.S.K, sinopsis kursus, lampiran 1 dan kalender akademik sesi 1999-2000.
Buku Panduan Sesi 2000/2001 : Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
Penerbitan ini adalah mengenai sejarah ringkas, senarai nama pegawai akademik, pendaftaran, sistem peperiksaan, kursus, syarat kemasukan, jabatan, sinopsis kursus dan peraturan
Laporan Tahunan 2002-2003, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat tahun 2002-2003.
Laporan Tahunan 2004, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat tahun 2004.
Laporan Tahunan 2005, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat tahun 2005.
Laporan Tahunan 2006, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Fakulti Sains Kumputer dan Teknologi Maklumat 2006. Penerbitan ini ditulis menggunakan Bahasa Inggeris.
Penyerahan Bangunan Fakulti Sains Maklumat dan Teknologi
Majlis Penyerahan Bangunan Fakulti Sains Maklumat dan Teknologi pada tahun 1998. Penyerahan daripada kontraktor BDR Sdn. Bhd. Ketika ini Prof. Emeritus Dato' Dr. Ir. Muhammad Zohadie bin Bardaie merupakan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).
Additional filters:
- Subject
- Bangunan/Monumen/Papan tanda 1