Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Perkembangan
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan bermula pada tahun 1976 dengan penubuhan Jabatan Sains dan Teknologi Makanan di bawah Fakulti Pertanian. Penubuhan jabatan ini adalah selaras dengan keperluan negara bagi memenuhi kekurangan tenaga mahir dalam bidang makanan berasaskan sains. Ketika itu hanya satu program prasiswaah ditawarkan iaitu Bacelor Sains dan Teknologi Makanan.
Pada 1 Mac 1982, Jabatan Sains dan Teknologi Makanan telah dinaiktaraf menjadi Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Terdapat dua (2) jabatan di bawah Fakulti ini iaitu Jabatan Teknologi Makanan dan Jabatan Sains Makanan.
Tahun 1986, nama Fakulti ditukar kepada Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi (FSMB) dengan penubuhan Jabatan Bioteknologi yang menawarkan Bacelor Sains (Bioteknologi) dengan enam (6) modul iaitu Bioteknologi Tumbuhan, Biologi Molekul, Bioteknologi Makanan, Bioteknologi Industri serta Bioteknologi Alam Sekitar dan Pengurusan.
Pada tahun 1996, Fakulti telah menawarkan program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) dengan tiga opsyen iaitu Mutu Makanan, Pengurusan Makanan dan Perkhidmatan Makanan. Sementara dalam tahun 2000, opsyen Pemasaran Makanan pula ditawarkan melalui program yang sama.
1 Ogos 2004, nama Fakulti ditukarkan kepada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan apabila Jabatan Bioteknologi dikeluarkan untuk penubuhan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Pada Januari 2005, Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan ditubuhkan bagi memantapkan program sedia ada. Fakulti Sains dan Teknologi Makanan mula menawarkan program Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) dan Master Teknologi Makanan (melalui kerja kursus) pada bulan September 2012.
Program baharu Bacelor Sains Operasi Pembuatan Makanan dengan Kepujian mula ditawarkan pada Semester Pertama Sesi 2020/2021.
Found in 22 Collections and/or Records:
Buku Panduan Program Prasiswazah 2006/2007 : Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kalendar akademik sesi 2006/2007 Fakulti Sains dan Teknologi Makanan., peraturan-peraturan akademik, program yang ditawarkan, cara-cara membuat permohonan, syarat kemasukan dan maklumat mengenai program-program, yuran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, dan pegawai-pegawai utama Universiti.
Cadangan belanjawan dua tahun sekali 2002-2003
Penerbitan ini ialah cadangan belanjawan dua tahun sekali 2002-2003, Fakulti Sains Makanaan dan Bioteknologi, UPM
Cadangan Program Penyelidikan untuk RME (1991-1995)
Penerbitan ini mengandungi anggaran dan bajet perbelanjaan bagi RMK ke Enam.
Dapur L'APPRENTI Universiti Putra Malaysia (UPM).
Faculty Research Report 1995-1999
Penerbitan ini merupakan laporan projek penyelidikan dan penerbitan sains makanan dan bioteknologi, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi bagi tahun 1995-1999.
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Food Tech'81 UPM : Kenangan 1977/81
Penerbitan ini mengandungi jawatankuasa majalah, kata-kata aluan daripada Naib Canselor, Dekan Fakulti Pertanian, Ketua Jabatan Sains dan Teknologi Makanan, pengenalan senarai pegawai-pegawai akademik, kakitangan-kakitangan am dan teknikal, empat tahun dalam sejarah, pelajar-pelajar tahun Akhir Ijazah Sains dan Teknologi Makanan, kejayaan pelajar-pelajar dan penghargaan.
Food Technology in Developing Countries
Kurikulum Baru : Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
Penerbitan ini mengenai kertas cadangan kurikulum baru program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan yang disediakan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1985.
Isi kandungan kertas cadangan ini meliputi pengenalan, maklumat terperinci tentang cadangan semakan program pengajian dan sinopsis kursus yang ditawarkan. Kertas cadangan ini menggunakan dwibahasa.
Kurikulum Baru : Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
Penerbitan ini mengenai kertas cadangan kurikulum baru program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan yang disediakan oleh Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1987.
Isi kandungan kertas cadangan ini meliputi pengenalan, maklumat terperinci tentang cadangan kurikulum baru program pengajian dan sinopsis kursus yang ditawarkan.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke negeri Thailand anjuran Asian Protin Projek
Penerbitan ini merupakan laporan lawatan sambil belajar ke negeri Thailand oleh 2 orang pensyarah iaitu Encik Ch'ng Guan Choo dan Encik Mohamed Ismail Abdul Karim dari Jabatan Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Pertanian Malaysia pada 29 Oktober 1978 hingga 4 November 1978. Lawatan ini anjuran Jawatankuasa Kebangsaan Protin ASEAN dan ASEAN Australian Economic Cooperation.
Laporan Tahunan 2004 : Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2004 Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Laporan Tahunan 2005 : Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2005 Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
Laporan Tahunan 2006 Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 2006 Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
Lapuran Mesyuarat ASCA (Association for Science Cooperation in Asia) ke enam di New Zealand dan Lawatan ke Sydney Australia
Penerbitan ini merupakan lapuran mesyuarat ASCA (Association for Science Coorperation in Asia) ke enam di New Zealand dan lawatan ke Sydney Australia pada 20 Februari hungga 5 Mac 1978 oleh Encik Ching Guan Choo dari Jabatan Sains & Teknologi Makanan , Universiti Pertanian Malaysia. Dinyatakan dalam lapuran ini, ditulis dalam Bahasa Inggeris untuk menyampaikan maksud sebenarnya.
Majlis Makan Malam Amal Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Penerbitan ini adalah buku cenderamata mengenai aturcara Majlis Makan Malam Amal yang telah dijalankan pada 8 Januari 1983 di Cempaka Ballroom Holiday Inn Kuala Lumpur. Majlis ini adalah dibawah naungan YB Puan Napsiah Omar, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersempena lawatan sambil belajar ke Republik Filipina. Majlis ini adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM.
Proceedings Food Engineering and The Food Industry Seminar
Penerbitan ini mengandungi mukadimah, kandungan, ucaptama, perspektif kejuruteraan makanan, pemprosesan dan pembuatan makanan dan lampiran senarai peserta.
Proceedings of the Regional Seminar-Workshop on Biotechnology in Industrial Development
Program Pengajian Bacelor Sains (Bioteknologi)
Penerbitan ini adalah mengenai program pengajian Bacelor Sains (Bioteknologi)
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi
Penerbitan ini mengandungi ringkasan, laporan, dasar, matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan, keupayaan perlaksanaan dan lampiran.
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Penerbitan ini mengandungi ringkasan laporan, pendahuluan, kemajuan 1984-1986, dasar matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan, keupayaan perlaksanaan dan lampiran.
Seminar Kejuruteraan Makanan dan Industri Makanan : Food Engineering and the Food Industry
Penerbitan ini mengenai Seminar Kejuruteraan Makanan dan Industri Makanan : Food Engineering and the Food Industry yang diadakan pada 17 Mei 1983.
Seminar ini diadakan bersempena dengan perayaan Dekad Pertama Pengajaran Universiti Pertanian Malaysia anjuran Fakulti Sains Teknologi Makanan.
Isi kandungan buku program ini meliputi kata aluan, atur cara program, abstrak kertas seminar dan struktur organisasi ahli jawatankuasa.
Additional filters:
- Subject
- Bangunan 2