Skip to main content

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

 Organization

Perkembangan

Idea penubuhan Fakulti Rekabentuk dan Senibina di UPM bermula dengan satu kertas cadangan bertajuk "Cadangan Penubuhan Fakulti Hortikultur dan Seni Bina Landskap" yang dicadangkan kepada Fakulti Pertanian pada tahun 1976. Walau bagaimanapun idea ini tidak mendapat sambutan lanjut oleh pentadbiran fakulti berkenaan ketika itu. Sungguhpun begitu sekumpulan tenaga pengajar dalam bidang Seni Bina Landskap telah diambil pada tahun 1980 untuk mengajar "kursus-kursus landskap" dalam program sarjana muda dan juga diploma pertanian. Kursus landskap pertama mula ditawarkan pada tahun 1984. Ia adalah kursus bernilai 3 jam kredit dan bertajuk "Pendekatan Reka Bentuk Landskap". Kursus ini merupakan kursus yang popular dan telah berjaya menarik minat ramai pelajar pertanian yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Seni Bina Landskap diperingkat pra- dan pasca-siswazah. Ramai pula daripada graduan ini kemudiannya pulang ke tanah air sebagai pengamal Seni Bina Landskap yang berjaya ataupun menjadi ahli akademik di beberapa institusi pengajian tinggi Negara.

Pada tahun 1991, Fakulti Kejuruteraan, UPM mencadangkan penawaran program Seni Bina. Walau bagaimanapun idea yang dicadangkan ini tidak dapat dimajukan sehinggalah Fakulti Pertanian diberikan tanggung jawab oleh pihak pengurusan UPM untuk mengkaji kemungkinan menawarkan program Seni Bina dan Seni Bina Landskap di UPM. Suatu jawatankuasa telah ditubuhkan di Fakulti Pertanian pada tahun 1994 dan pada tahun 1995 cadangan bagi penubuhan sebuah fakulti baru yang akan menawarkan program pengajian dalam reka bentuk dan seni kreatif telah dimajukan ke pada pihak Naib Canselor UPM. Dengan sokongan kuat pihak pengurusan universiti, penubuhan Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah diluluskan oleh Senat UPM, Lembaga Pengarah UPM dan seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fakulti baru ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 26 Jun 1996 dan memulakan operasi dengan penawaran program Bacelor Seni Bina Landskap dan Master Seni Bina Landskap dibawah Jabatan Seni Bina Landskap yang baru juga ditubuhkan. Seterusnya, Jabatan Seni Bina ditubuhkan pada tahun 1999 dan diikuti dengan Jabatan Reka Bentuk Perindustrian pada tahun 2002. Walaupun fakulti ini memulakan operasinya hanya daripada beberapa bangunan kayu usang bekas semaian tumbuhan hortikultur, ia sekarang mempunyai sebuah kompleks bangunan-bangunan moden bagi menempatkan para staf dan pelajarnya dan dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan terkini.

Found in 7 Collections and/or Records:

Alam Cipta : Fakulti Rekabentuk dan Senibina

 Fonds — Container: Gedung 1/73
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-745
Abstract

Penerbitan ini mengenai Alam Cipta : Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia bil. 1, Jun 1999.

Isi kandungan buku ini meliputi 7 artikel hasil penyelidikan, senarai nama penyumbang artikel dan senarai ahli jawatankuasa sidang pengarang.

Dates: Publication: 1999-06

Buku Panduan Fakulti Rekabentuk & Senibina 2005-2007

 Fonds — Container: Gedung 1/21
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-166
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina , UPM tahun 2005-2007.

Dates: Majority of material found within 2005 - 2007

Buku Panduan Prospectus 2002 : Fakulti Rekabentuk Dan Senibina

 Fonds — Container: Gedung 1/21
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-160
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM bagi tahun 2002

Dates: 2002

Majlis Penyerahan Bangunan Studio FRBSB

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-03

Pelan Strategik FRSB 2016-2020

 Fonds — Container: Gedung 1/79
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-860
Abstract

Penerbitan ini mengenai Pelan Strategik Fakulti Rekabentuk dan Senibina 2016-2020 yang mengandungi visi fakulti, misi fakulti matlamat fakulti dan sebagainya.

Dates: Publication: Majority of material found within 2016 - 2020

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995): Projek pembangunan landskap bagi kampus Universiti Pertanian Malaysia.

 Fonds — Container: Gedung 1/100
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-722
Abstract Penerbitan ini berkenaan rancangan malaysia keenam (1991-1995)bagi projek pembangunan lanskap kampus Universiti Pertanian Malaysia yang disediakan oleh pengerusi J/K Lanskap UPM pada 18 Disember 1989. Ia mengandungi pengenalan, matlamat/Justifikasi, Objektif dan rancangan pembangunan, unit pembangunan landskap, perlandskapan kawasan dan bangunan baru, perlandskapan semula/perlandskapan membaiki kawasan dan bangunan lama, pengurusan dan penjagaan, alatan-alatan perlandskapan dan projek...
Dates: Publication: 1989-12-18

Sens@si FRSB

 Series — Container: Gedung 1/81
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-884
Abstract

Penerbitan ini merupakan majalah terbitan Fakulti Rekabentuk dan Senibina , Universiti Putra Malaysia, yang mengandungi berita terkini tentang fakulti dan sedikit ilmu kepakaran dari ahli akademik dan staf fakulti.

Dates: Issued: Majority of material found within 2000 - 2007

Additional filters:

Subject
Bangunan 1