Skip to main content

Fakulti Perubatan Veterinar

 Organization

Perkembangan

Fakulti ini telah ditubuhkan sejak 1971. Dekan pengasas dilantik pada bulan Januari 1972, dan bersama tiga orang ahli akademik Jabatan Sains Penternakan dari bekas Kolej Pertanian telah mengasaskan fakulti baru ini yang dengan rasminya dipanggil Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan, di mana dua kegiatan utama ternakan digabungkan di bawah satu organisasi. Kumpulan pelajar pertama mendaftar pada bulan Julai 1973. Kumpulan pertama pelajar veterinar dianugerahkan ijazah pada tahun 1978 manakala, kumpulan pertama pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan dianugerahkan diploma pada tahun 1977.

Pada 1 November 2011, Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar baharu yang menempatkan Hospital Veterinar Universiti (UVH) Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu hospital veterinar yang pertama di Malaysia dan memiliki kemudahan moden tercanggih di Asia Tenggara telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ia dibina dengan kos RM28 juta dan dilengkapi kemudahan tercanggih di Asia Tenggara. Berkeluasan 5,158 meter persegi, hospital ini merangkumi Unit Haiwan Besar, Unit Haiwan Kesayangan, surgeri, makmal diagnosis, dewan bedah, klinik bergerak, unit farmasi serta unit radiologi dan pengimejan. Hospital ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Perubatan Veterinar UPM yang turut mempunyai blok akademik dan blok penyelidikan.Pembinaan kompleks baharu itu secara keseluruhannya menelan kos sebanyak RM57 juta bertujuan menampung ruang pengajaran dan pembelajaran berikutan pertambahan bilangan pelajar serta memastikan ruang makmal dan tempat peralatan penyelidikan mencukupi.

Fakulti Perubatan Veterinar menerusi Hospital Veterinar Universiti berpotensi mempelopori secara holistik keperluan negara menangani penyakit berjangkit haiwan yang boleh memberi kesan kepada manusia selain perkhidmatan khas dalam perubatan veterinar,surgeri serta makmal diagnosis.

Mantan Dekan

Mantan Dekan

1. YBhg. Prof. Dr. Omar Abdul Rahman 1972 – 1978

2. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Syed Ibrahim 1979 – 1983

3. YBhg. Prof. Dr. Abdul Latif Ibrahim 1984 – 1993

4. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sheikh Omar Abd. Rahman 1997 – 2001

5. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Salam Abdullah 2002 – 2002

6. YBhg. Prof. Dr. Mohd Zamri Saad 2003 – 2007

7. YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed 2008 – 2011

8. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo 2012 – 2019

9. YBhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Omar 2020 – 2022

10. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila 2022 – 2023

11. YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng 2024 – sekarang

Found in 50 Collections and/or Records:

4th Proceedings of the Seminar on Veterinary Sciences : 5-8 January 2009

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-937
Abstract

Penerbitan ini mengandungi mukadimah bab 1 sehingga 62, abstrak dan pengenalan.

Dates: Majority of material found within 2009-01-05 - 2009-01-08

5th Proceedings of the Seminar on Veterinary Sciences : 5-8 January 2010

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-936
Abstract

Penerbitan ini mengandungi mukadimah bab 1 sehingga 63, abstrak dan pengenalan.

Dates: 2010-01-05 - 2010-01-08

6th Proceddings of the Seminar on Veterinary Sciences

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-945
Abstract

Penerbitan ini mengandungi mukadimah bab 1 sehingga 53, abstrak dan pengenalan.

Dates: Majority of material found within 2011-01-11 - 2011-01-14

7th Proceddings of the Seminar on Veterinary Sciences

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-943
Dates: Majority of material found within 2012-02-27 - 2012-03-02

8th Proceddings of the Seminar on Veterinary Sciences

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-940
Abstract

Penerbitan ini mengandungi mukadimah bab 1 sehingga 76, abstrak dan pengenalan.

Dates: 2013-02-25 - 2013-03-01

9th Proceddings of the Seminar on Veterinary Sciences

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-939

10th Proceddings of the Seminar on Veterinary Sciences

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-942
Abstract

Penerbitan ini mengandungi mukadimah bab 1 sehingga 87, abstrak dan pengenalan.

Dates: Majority of material found within 2015-02-23 - 2015-02-27

11th Proceddings of the Seminar on Veterinary Sciences

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-941
Abstract

Penerbitan ini mengandungi mukadimah bab 1 sehingga 105, abstrak dan pengenalan.

Dates: Majority of material found within 2016-02-29 - 2016-03-02

14th Proceddings of the Seminar on Veterinary Sciences

 Item — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-944
Abstract

Penerbitan ini mengandungi mukadimah bab 1 sehingga 103, abstrak dan pengenalan.

Dates: Majority of material found within 2018-09-18 - 2018-09-20

A Decade of Research 1990-2000 : Faculty of Veterinary Medicine

 Item — Container: Gedung 1/68
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-723
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku hasil kajian sedekad Fakulti Perubatan Veterinar dari tahun 1990 hingga 2000. Buku ini mengandungi senarai anugerah pencapaian dalam penyelidikan, produk yang dikomersialkan dan senarai penerbitan.

Dates: Publication: 2000

A Master Checklist of Veterinary and Zoonotic Viruses

 Item — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-457
Abstract Penerbitan ini mengenai senarai semak A Master Checklist of Veterinary and Zoonotic Viruses. Isi kandungan penerbitan senarai semak ini meliputi format untuk rujukan segera dimana nama perumah haiwan disusun mengikut susunan abjad, nama virus yang disenaraikan mengikut setiap sistem atau organ perumah dan juga senarai perumah atau sumber virus zoonotik. Senarai semak ini boleh digunakan di seluruh dunia kerana kandungannya merujuk kepada virus yang telah diasingkan di banyak tempat di...
Dates: 1991-01

Annual Report Myohun 2018

 Item — Container: Gedung 1/68
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-727
Abstract

Penerbitan ini merupakan Laporan Tahunan rangkaian universiti kesihatan satu Malaysia Myohun (Malaysia One Health University Network 2018.

Dates: Publication: 2018

Bangunan Fakulti Kedoktoran Veterinar & Sains Peternakan , Universiti Pertanian Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-102
Scope and Contents

Foto Bangunan Fakulti Kedoktoran Veterinar & Sains Peternakan , Universiti Pertanian Malaysia sekitar tahun 1993. Gambar sumbangan Prof. Dr. Abdul Latif Ibrahim Dekan III (1983-1993)

Dates: Existence: 1993

Buku Panduan Fakulti Perubatan Veterinar

 Fonds — Container: Gedung 1/60
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-602
Abstract Penerbitan ini mengandungi sejarah ringkas UPM, kemudahan penginapan, perkhidmatan perpustakaan dan kesihatan, persatuan alumni veterinar UPM, Fakulti Perubatan Veterinar, Program pembelajaran, Lembaga penasihat fakulti, ahli akademik fakulti, senarai ahli lembaga nasihat, maklumat akademik, syarat kemasukan ke DPV, syarat kemasukan ke program siswazah, program prasiswazah, status pelajar siswazah, struktur program siswazah, tempoh program,Master perubatan veterinar, pengkelasan kursus,...
Dates: 1999

Buku panduan (Handbook) 2001/2003 : Fakulti Perubatan Veterinar (Faculty Of Veterinary Medicine)

 Fonds — Container: Gedung 1/34
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-319
Abstract

Penerbitan ini mengandungi sejarah, maklumat am, mengenai fakulti, pegawai akademik, program siswazah, peraturan akademik, sistem penasihatan, hadiah dan anugerah, kewangan dan sinopsis kursus.

Dates: 2001 - 2003

Cadangan Kerikulum bagi kursus-kursus : Ijazah Doktor Perubatan Veterinar Diploma Sains Peternakan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.

 Fonds — Container: Gedung 1/100
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-742
Abstract Penerbitan ini merupakan cadangan kurikulum bagi kursus-kursus Ijazah doktor perubatan veterinar, Diploma Sains Peternakan bagi Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan, Universiti Pertanian Malaysia , Serdang. Penerbitan ini mengandungi maklumat am fakulti,senarai kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan teknikal, tawaran kursus untuk doktor perubatan veterinar, program pengajian untuk doktor perubatan veterinar, sinopsis kursus, teks dan buku rujukan yang...
Dates: Publication: 1975-11-20

Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science = Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan

 Fonds — Container: Gedung 1/60
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-172
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku panduan fakulti kedoktoran veterinar dan sains peternakan, Universiti Pertanian Malaysia bagi tahun 1995. Ia mengandungi maklumat am fakulti, program yang ditawarkan,maklumat akademik, penyelidikan dan perkhidmatan serta sinopsis kursus yang ditawarkan.

Dates: 1995

Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science : Special handbook prepared for veterinary week 1978

 Fonds — Container: Gedung 1/22
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-103
Abstract

Buku Panduan Fakulti ini disediakan khas untuk Minggu Veterinar Unipertama 1978 memperingati konvokesyen kumpulan pertama graduan Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan Universiti Pertanian Malaysia. Selain maklumat tentang Fakulti, kurikulum dan kursus yang ditawarkan, ia mengandungi data lain yang bertujuan sebagai maklumat latar belakang kepada peserta luar negara Minggu Veterinar khususnya Dekan yang telah dijemput untuk menyertai penilaian Fakulti.

Dates: 1978

Faculty of Veterinary Medicine and AnimalScience : Handbook 1984

 Fonds — Container: Gedung 1/60
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-171
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku panduan yang mengandungi sejarah ringkas fakulti, pembangunan, kampus universiti, pentadbiran, program akademik, pendaftaran, peperiksaan, syarat kemasukan dan sinopsis kursus yang di tawarkan di fakulti perubatan veterinar dan sains peternakan , Universiti Pertanian Malaysia bagi tahun 1984.

Dates: Publication: 1984

Guide Book Buku Panduan 2008

 Fonds — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-946
Abstract

Penerbitan ini mengandungi prakata, sejarah, maklumat am, mengenai fakulti, jawatankuasa penasihat, syarat kemasukan, Program Prasiswazah, Program Siswazah, Pendidikan Lanjutan, penyelidikan, Hospital Veterinar, peraturan akademik, sistem penasihatan akademik, hadiah dan anugerah, hal ehwal kewangan, sinopsis kursus fakulti, pelan bangunan fakulti, lagu-lagu universiti dan fakulti.

Dates: 2008

Hari Q Fakulti Perubatan Veterinar

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-422
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q Fakulti Perubatan Veterinar diadakan pada 21 Disember 2005 di DSV.

Dates: Event: 2005-12-21

Kandang Kuda di Fakulti Veterinar dan Sains Penternakan

 Collection — Container: Gedung 1/F03
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-100
Scope and Contents

Foto ini mengenai kandang kuda di Fakulti Veterinar dan Sains Penternakan.

Dates: Existence: 2000

Laporan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995): Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

 Fonds — Container: Gedung 1/100
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-720
Abstract Penerbitan ini merupakan Laporan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) bagi Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan yang mengandungi cadangan-cadangan projek yang dirangka untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam (RME). Di bawah RME projek dan aktiviti-aktiviti fakulti ditumpukan kearah menambah serta mengukuhkan lagi program-program prasiswazah. Cadangan untuk menawarkan program baru diperingkat prasiswazah (Bacelor Sains Biomedical Veterinar) juga dirangka bagi menambah...
Dates: Publication: 1989

Laporan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Fakulti Kedoktoran Veterinar & Sains Peternakan

 Fonds — Container: Gedung 1/56
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-426
Abstract

Penerbitan ini mengenai ringkasan, dasar, matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan 1991-1995 dan laporan.

Dates: 1991 - 1995

Laporan Rancangan Malaysia Keenam : Program Penyelidikan Fakulti Disember 1989 : Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan

 Fonds — Container: Gedung 1/56
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-418
Abstract

Penerbitan ini mengandungi objektif program, latar belakang, perbelanjaan R dan D sebenar dan anggaran perbelanjaan pembangunan,

Dates: 1989