Fakulti Perikanan dan Sains Samudera (Universiti Pertanian Malaysia)
Parallel Names
- Faculty of Fisheries and Marine Science
- Fakulti Perikanan dan Sains Samudra
Perkembangan
Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah ditubuhkan pada tahun 1979. Fakulti ini menawarkan pakej pembelajaran bersepadu dalam bidang perikanan dan sains marin yang terletak ditiga stesen iaitu di kampus induk Serdang, di Kuala Terengganu dan Port Dickson. Pembelajaran mengenai akuakultur dan biologi ikan berlangsung di kampus Serdang manakala kampus di Kuala Terengganu memfokuskan pembelajaran mengenai sains marin dan teknologi perikanan. Pusat Pengajian Marikultur (COMAS) ditubuhkan di Port Dickson.
Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).
Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Kampus cawangan ini telah dirasmikan penubuhannya pada 23 April 1996 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus Bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001.
Sejarah
Sorotan sejarah berkaitan Fakulti Perikanan dan Sains Samudra ini adalah seperti berikut :
1974 - Penubuhan Bahagian Perikanan dan Sains Samudra di bawah Fakulti Veterinar dan Sains Penternakan
1977 - 20 graduan pertama lepasan Diploma Perikanan bergraduat
1979 - Penubuhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudra , Kampus Induk UPM, Serdang pada 1 Mei 1979
1979 - Fakulti Perikanan dan Sains Samudra Kuala Terengganu mula beroperasi pada Mei 1979
1981 - Perasmian Fakulti Perikanan dan Sains Samudra Kuala Terengganu dirasmikan pada 18 Mac 1981
1982 - Penubuhan Jabatan Biologi Ikan dan Akuakultura dan Jabatan Sains Samudra dan Teknologi pada 1 Ogos 1982
1983 - Menduduki banguni baru Fakulti Perikanan dan Sains Samudra , UPM, Serdang pada 2 Jun 1983
1983 - 17 graduan pertama lepasan Bacelor Sains (Perikanan) bergraduat
Found in 16 Collections and/or Records:
Asas-asas Akuakultur Secara Ringkas
Asas Mutu Air untuk Akuakultur
Buku Panduan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia : Sesi Akademik 90/91
Buku Panduan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia : Sesi Akademik 93/94
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Kampus Universiti Pertanian Malaysia, Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, program pengajian, syarat-syarat kemasukan, sistem akademik, penerangan kod kursus, agihan kursus mengikut semester, senarai pengecualian kursus-kursus yang lain ditawarkan oleh fakulti lain, maklumat umum, prosedur pendaftaran dan juga lain-lain keterangan.
Buku Panduan : Sesi Akademik 95/96 : Fakulti Perikanan dan Sains Samudera
Faculty of Fisheries and Marine Science
Penerbitan ini mengenai buku program akademik yang ditawarkan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Marin bagi tahun 1994.Isi kandungan buku ini meliputi sejarah Universiti Pertanian Malaysia, sejarah fakulti Perikanan dan Sains Marin, objektif akademik, tahun akademik, program sarjana muda,program pascasiswazah, program latihan khusus, kemudahan pengajaran dan penyelidikan.
Hari Fakulti Perikanan dan Sains Samudra
Hari Terbuka Pusat Perikanan dan Sains Samudra
Penerbitan ini mengenai sambutan Hari Terbuka Pusat Perikanan dan Sains Samudra yang telah dianjurkan pada 27-29 Mac 1986 di Fakulti Perikanan dan Sains Samudra, Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu. Sambutan ini adalah anjuran mahasiswa Fakulti Perikanan dan Sains Samudra (FIMAS) dan Kelab Mahasiswa Pusat Perikanan dan Sains Samudra (KMPSS) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Universiti Pertanian Malaysia.
International Conference on Development and Management of Tropical Living Aquatic Resources
Penerbitan ini mengenai buku program Persidangan Antarabangsa mengenai Pembangunan dan Pengurusan Sumber Akuatik Hidupan Tropika yang telah dianjurkan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1983. Persidangan ini telah ditaja penuh oleh Universiti Pertanian Malaysia, Kementerian Pertanian Malaysia, Esso Production Malaysia Incorporated, Petronas dan Shell Companies in Malaysia.
Laporan dan Syor-syor Mengenai Penubuhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudra : Report and Recommendations for the Establishment of the Faculty of Fisheries and Marine Science
Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Perasmian Fakulti Perikanan dan Sains Samudra, Universiti Pertanian Malaysia Kuala Trengganu.
Postgraduate Studies
Penerbitan ini adalah mengenai program siswazah yang ditawarkan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Samudera.
Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) : Fakulti Perikanan Sains Samudera
Penerbitan ini mengenai kertas laporan untuk Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) oleh Fakulti Perikanan Sains Samudera, Universiti Pertanian Malaysia.
Isi kandungan kertas laporan ini meliputi 5 bab utama iaitu Ringkasan, Dasar, matlamat dan strategi, Keperluan Tenaga Manusia, Keperluan Kewangan bagi projek-projek pembangunan dan Ringkasan Projek 7 jabatan fakulti tersebut.
Rancangan Malaysia Keenam : Ringkasan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Penyelidikan (1991-1995)
Penerbitan ini mengandungi laporan peruntukan,penyelidikan dan pembangunan pada tahun 1991 hingga 1995 bagi Fakulti Perikanan dan Sains Samudera.
Rancangan Malaysia Kelima : Fakulti Perikanan dan Sains Samudera
Penerbitan ini mengandungi laporan rancangan Malaysia Kelima bagi Fakulti Perikanan dan Sains Samudera.
Teknik Perkapalan : Navigator (Marine Technique)
Penerbitan ini adalah mengenai laporan kursus yang disediakan oleh setiap kakitangan yang telah menghadiri kursus kepada Jabatan.