Skip to main content

Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Organization

Parallel Names

  • Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

Perkembangan

Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.

Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.

Mantan Ketua Pustakawan

1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995

2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004

3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017

4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022

5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini

Found in 116 Collections and/or Records:

Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan 1999 peringkat Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-427
Abstract

Bahan ini mengenai aturcara Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan 1999 peringkat Universiti Putra Malaysia.

Dates: Event: 1999

Sambutan Minggu Inovasi 2010

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-432
Abstract

Penerbitan ini mengenai aturcara Sambutan Minggu Inovasi 2010 yang diadakan pada 29 November - 3 Disember 2010 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Dates: Event: 2010-11-29 - 2010-12-03

Senarai Bahan-bahan Pandang Dengar seperti pada Disember 1975

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-665
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Bahan-bahan Pandang Dengar setakat bulan Disember 1975 yang telah disusun oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, 2 bahagian susunan iaitu Bahagian Senarai dan Bahagian Indeks Perkara yang merangkumi 5 jenis koleksi bahan pandang dengar di perpustakaan UPM.

Dates: Publication: 1975-12

Senarai Penambahan Januari 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-666
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Penambahan Koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bagi bulan Januari 1979.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai bahan koleksi perpustakaan yang disusun mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam Sistem Pengkelasan Library of Congress dan setiap entri-entri bagi sesuatu perkara disusun mengikut nombor panggilan.

Dates: Publication: 1979-01

Senarai Penambahan Julai 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-667
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Penambahan Koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bagi bulan Julai 1979.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai bahan koleksi perpustakaan yang disusun mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam Sistem Pengkelasan Library of Congress dan setiap entri-entri bagi sesuatu perkara disusun mengikut nombor panggilan.

Dates: Publication: 1979-07

Senarai Penambahan Ogos 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-668
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Penambahan Koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bagi bulan Ogos 1979.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai bahan koleksi perpustakaan yang disusun mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam Sistem Pengkelasan Library of Congress dan setiap entri-entri bagi sesuatu perkara disusun mengikut nombor panggilan.

Dates: Publication: 1979-08

Senarai Penambahan September 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-669
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Penambahan Koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bagi bulan September 1979.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai bahan koleksi perpustakaan yang disusun mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam Sistem Pengkelasan Library of Congress dan setiap entri-entri bagi sesuatu perkara disusun mengikut nombor panggilan.

Dates: Publication: 1979-09

Terbitan Bersiri Kini untuk Perkhidmatan Halaman Kandungan : Perpustakaan UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-646
Abstract

Penerbitan ini mengandungi senarai jurnal terbitan bersiri kini.

Dates: 1980

Tonggak Dua Belas

 Collection — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-423
Abstract

Tunggak Dua Belas adalah petikan daripada buku berjudul Tunggak Dua Belas terbitan INTAN pada tahun 1992. Naskah ini dikeluarkan bersempena dengan sambutan Hari Q Perpustakaan 1999 dan selaras dengan slogan 'Amalan Murni Asas Kualiti'

Dates: Issued: 1999

Transkrip Encik Amir Hussain Md. Ishak : Peneraju Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia (2006-2015)

 Fonds — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1002
Abstract

Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Encik Amir Hussain Md. Ishak selaku Ketua Pustakawan yang keempat di UPM bagi tempoh tahun 2006-2015.

Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2024.

Dates: Publication: 2024

Transkrip Memoir Pustakawan : Puan Azwana Ab Rahman (1994-2023) Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1001
Abstract

Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Puan Azwana Ab Rahman selaku Pustakawan di UPM bagi tempoh tahun 1994-2023.

Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2023.

Dates: Publication: 2023

Transkrip Suatu Catatan Perjalanan Ybhg. Dato' Zulkiflee Bin Othman dalam Pengurusan Strategik Kewangan Universiti Putra Malaysia Tahun 2003-2021

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-664
Abstract

Penerbitan ini mengandungi catatan perjalanan Ybhg. Dato' Zulkiflee Bin Othman dalam pengurusan strategik kewangan Universiti Putra Malaysia tahun 2003-2021. Penerbitan ini merupakan koleksi sejarah lisan , Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2021.

Dates: Publication: 2021

Transkrip Tuan Syed Salim Agha Syed Azamthullah: Peneraju Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya dan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia (1968-1995)

 Fonds — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-999
Abstract

Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Tuan Syed Salim Agha Syed Azamthullah selaku Ketua Pustakawan yang pertama di UPM bagi tempoh tahun 1968-1995.

Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2023.

Dates: Publication: 2023

TUNAS

 Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-671
Abstract

ISSN: 0127-0575

Dates: Publication: 1995 - 1996
Found in: MAIN ARCHIVES / TUNAS

Visit to Libraries in Singapore

 Fonds — Container: Gedung 1/50
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-359
Abstract

Penerbitan ini merupakan laporan lawatan ke 4 perpustakaan di Singapura iaitu Universiti Singapura, Perpustakaan Universiti Nanyang ,Institut Asia Tenggara dan Perpustakaan Pusat pada 9-12 September 1975 oleh Phan Galoh Zakiah Bte Abd. Malik dan Cik Khoo Cheng Eng. Laporan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang semua aspek perpustakaan yang dilawati.

Dates: Majority of material found within 1975-09-09 - 1975-09-12