Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Parallel Names
- Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Perkembangan
Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.
Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.
Mantan Ketua Pustakawan
1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995
2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004
3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017
4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022
5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini
Found in 116 Collections and/or Records:
Panduan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Panduan Telefon 2002
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan nombor telefon jabatan-jabatan di UPM bagi tahun 2002 yang disediakan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Pelan Tindakan Tahunan : Pelan Strategik Perpustakaan Sultan Abdul Samad 2003-2007
Penerbitan ini berkaitan dengan pelan tindakan tahunan pelan strategik Perpustakaan Sultan Abdul Samad 2003-2007. bermatlamat melahirkan graduan yang berkualiti berdaya saing dan berupaya untuk terus maju. objektif memantapkan sistem pengajaran dan pembelajaran serta mempertingkatkan penggunaan ICT dalam pembentukan kurikulum khususnya.
Pendidikan Veterinar Sebuah Bibliografi : Veterinary Education a Bibliography
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1971-1981
Penerbitan ini mengenai senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971-1981 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1985. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan mengikut 13 fakulti/PTJ serta Indeks Pengarang dan Indeks Perkara.
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1986
Penerbitan ini mengenai senarai penerbitan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1986 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1987. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan berdasarkan Indeks Pengarang dan Indeks Perkara.
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1987
Penerbitan ini mengenai senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai Universiti Putra Malaysia pada tahun 1987 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1988. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan serta senarai lengkap nama pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan.
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1988
Penerbitan ini mengenai senarai penerbitan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1988 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1990. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan berdasarkan Indeks Pengarang dan Indeks Perkara.
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1990
Penerbitan ini mengenai senarai penerbitan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1990 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1991. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan berdasarkan Indeks Pengarang dan Indeks Perkara.
Pengolahan Efluen Kilang Minyak Kelapa Sawit dan Penggunaan Hasil Sampingan Kelapa Sawit : Satu Bibliografi : Palm Oil Mill Effluent Treatment and Oil Palm By-Product Utilization : A Bibliography
Penyakit Kuku dan Mulut : Sebuah Bibliografi
Peraturan-Peraturan Perpustakaan
Penerbitan ini adalah brosur yang mengandungi peraturan-peraturan am perpustakaan serta kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan untuk warga UPM.
Perpustakaan Akademik Bertarif Dunia : Perutusan Ketua Pustakawan Encik Mahbob bin Yusof
Penerbitan ini mengandungi Perutusan Ketua Pustakawan Encik Mahbob bin Yusof yang membentangkan visi dan misi perpustakaan akademik bertaraf dunia.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad : Liason Librarians
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan pustakawan penghubung antara perpustakaan dengan fakulti.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad Library Guide
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2008.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad Library Guide
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2007.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad : Mercu Keilmuan
Penerbitan ini mengandungi sejarah dan perkembangan Perpustakaan bermula 1921-2001.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad : User Education Programme
Penerbitan ini adalah mengenai program pendidikan pengguna di mana ia memberi pendedahan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan
Perpustakaan Universiti Putra Malaysia
Foto Perpustakaan Universiti Putra Malaysia sekitar awal tahun 2000.
Foto 01-04 : tangga perpustakaan
Foto 05-06: pintu masuk dan ruang kaunter pinjaman perpustakaan.
Foto 07-09: kawasan parking kenderaan di hadapan perpustakaan.
Foto 10- 11 :pelajar-pelajar ditangga perpustakaan
Pilot Project on The Development of Library Network
Penerbitan ini mengandungi senarai singkatan yang digunakan, kata pengantar, pengakuan, pengenalan dan ringkasan cadangan, ringkasan cadangan dan konklusi.
Presentation Skills Course
Penerbitan ini merupakan brosur kursus kemahiran pembentangan/Kursus pengucapan awam anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bertempat di Bilik Serbaguna Perpustakaan pada 25-26 Jun 2008. Risalah ini mengandungi objektif am, peserta, fasilitator, kaedah arahan dan jadual kursus.
Prof. Peter C. Agre : A bibliography
Penerbitan ini mengenai bibliografi Profesor Peter C. Agre yang diterbitkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.
Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai penerbitan terkini (tahun 1999- 2001), senarai laporan saintifik asal (tahun 1981-2002), senarai ulasan artikel (tahun 1983-2002) dan senarai penerbitan buku (tahun 1989-2001).
Program Retreat Ke Arah Pemantapan ISO dan Ketrampilan Jangka Panjang Budaya Kerja Berpasukan 2006
Penerbitan ini mengenai buku laporan Program Retreat Ke Arah Pemantapan ISO dan Ketrampilan Jangka Panjang Budaya Kerja Berpasukan 2006 yang dianjurkan pada 23-25 Jun 2006 bertempat di Genting View Resort, Genting Highland Pahang. Isi kandungan buku laporan ini meliputi kata aluan, objektif program, dasar kualiti, misi, Aturcara Majlis, 4 kertas pembentangan dan senarai ahli jawatankuasa program.
PSASLib-Link
Ralat : Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini mengandungi sisipan maklumat berkaitan pindaan di dalam Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad bagi tahun 2010. Muka surat di sisipan ralat adalah menggantikan muka surat di Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad.