Skip to main content

Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Organization

Parallel Names

  • Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

Perkembangan

Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.

Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.

Mantan Ketua Pustakawan

1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995

2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004

3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017

4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022

5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini

Found in 116 Collections and/or Records:

Majlis Perasmian 5S : Pembudayaan 5S di PSAS

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-429
Abstract

Bahan ini adalah mengenai Majlis Perasmian 5S : Pembudayaan 5S di PSAS diadakan pada 21 Ogos 2014 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Dates: 2014-08-21

Majlis Perasmian Pameran 50 Tahun Kemerdekaan

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-428
Abstract

Bahan ini adalah aturcara Majlis Perasmian Pameran 50 Tahun Kemerdekaan diadakan pada 21 Ogos 2007 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Dates: Event: 2007-08-21

Makanan dan Pemakanan di Asia : Sebuah Bibliografi

 Fonds — Container: Gedung 1/86
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-592
Abstract Penerbitan ini mengenai bibliografi Makanan dan Pemakanan di Asia yang disediakan untuk Seminar Kebangsaan bersempena Hari Makanan Sedunia Yang Pertama pada 16 Oktober 1981. Seminar yang bertemakan 'More Thoughts for Food" ini dianjurkan bersama oleh Fakulti Pertanian UPM dan Kementerian Pertanian Malaysia. Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai terbitan-terbitan pilihan yang bersesuaian dengan tema seminar dan sebahagian daripadanya didapati di Perpustakaan Universiti Pertanian...
Dates: Publication: 1981

Make Easy in Journal Writing and Publishing Workshop : Cultivating a Writing Culture

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-433
Abstract

Penerbitan ini mengenai Make Easy in Journal Writing and Publishing Workshop : Cultivating a Writing Culture yang diadakan pada 29 September - 1 Oktober 2010 di Residence Hotel, Uniten, Kajang. Bengkel ini dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia.

Dates: Event: 2010-09-29 - 2010-10-01

MAKMAL Integrated Database : Reference Manual For The Preparation of Records

 Fonds — Container: Gedung 1/46
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-315
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah manual rujukan untuk penyediaan rekod.

Dates: 1993

Malam Suara Bintang Perpustakaan 93

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-318
Abstract

Penerbitan ini mengenai program Malam Suara Bintang Perpustakaan pada 26 Jun 1993 di Panggung Percubaan UPM.

Dates: Event: 1993-06-26

Malaysia : Development of Documentation, Library and Archives Infrastructures : Study of the Feasibility of Using Marc Tapes for Co-operative Processing

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-644
Abstract

Penerbitan ini mengandungi terma rujukan, ringkasan lawatan dsb, ringkasan cadangan, pengenalan, akses kepada pita MARC, masalah menggunakan pita MARC, asas untuk kerjasama dalam pengkatalogan MARC, permohonan MARC, kos, sistem yang dicadangkan, pembiayaan dan pentadbiran, pembangunan yang dicadangkan dan konklusi.

Dates: 1977-08-31

Mesyuarat Agung Pertama : Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-425
Abstract

Bahan ini mengenai aturcara Mesyuarat Agung Pertama : Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad diadakan pada 16 Mei 2012 di Bilik Termasa Perpustakan.

Dates: Event: 2012-05-16

Minat Membaca di Kalangan Penuntut-Penuntut Universiti Khasnya di Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/80
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-541
Abstract Penerbitan ini mengenai kertas kerja Minat Membaca di Kalangan Penuntut-Penuntut Universiti Khasnya di Universiti Pertanian Malaysia yang dibentangkan di Mesyuarat Ke-21 Pegawai Ikhtisas Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada 27 Januari 1987.Isi kandungan kertas kerja ini meliputi pengenalan kertas kerja, faktor-faktor kepentingan membaca, faktor-faktor mempengaruhi minat membaca, senarai bahan rujukan, teknik kajian minat membaca, sejarah ringkas U.P.M, perancangan...
Dates: Publication: 1987-01-27

myLibrary

 Series — Container: Gedung 1/70
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-634
Abstract

myLibrary merupakan surat berita Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Tujuan penerbitannya adalah untuk menyampaikan informasi tentang PSAS di samping berita semasa, laporan dan rencana berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan utama dan perpustakaan cawangan.

Dates: Majority of material found within 2006 - 2023
Found in: MAIN ARCHIVES / myLibrary

Orkid : Senarai Bahan-Bahan dalam Perpustakaan

 Fonds — Container: Gedung 1/86
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-582
Dates: Publication: 1980-08

Panduan dan Etika Kerja : Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/110
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-780
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Panduan dan Etika Kerja Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1995.

Isi kandungan buku panduan ini meliputi kata aluan Ketua Pustakawan, 2 bahagian utama meliputi misi, objektif, dasar kualiti, falsafah kualiti, slogan perpustakaan, ikrar, piagam pelanggan dan 7 topik panduan dan etika kerja yang terperinci khas untuk kakitangan perpustakaan.

Dates: Publication: 1995

Panduan Mencari Maklumat Dalam Bidang Biologi Di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/46
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-307
Abstract

Penerbitan ini mengenai panduan mencari maklumat dalam bidang Biologi di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: 1985

Panduan Mencari Maklumat Dalam Bidang Perikanan Dan Akuakultur Di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/52
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-388
Abstract

Penerbitan ini mengandungi prakata, pengenalan, teknik mencari maklumat di perpustakaan, sistem pengkelasan bahan, katalog perpustakaan, sumber rujukan, sumber maklumat, bahan-bahan rujukan am dan lampiran.

Dates: 1985

Panduan Perpustakaan

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-217
Abstract

Penerbitan ini adalah brosur yang mengandungi maklumat berkaitan panduan perpustakaan sperti pengenalan serta objektif perpustakaan, koleksi perpustakaan, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan, waktu operasi dan lokasi perpustakaan.

Dates: Publication: 1993

Panduan Perpustakaan 2022/2023

 Digital Collection
Identifier: DGMYUPM-UNIPUTRA-15-03
Dates: Publication: 2022
Found in: MAIN ARCHIVES

Panduan Perpustakaan : Ke Arah Masyarakat Bermaklumat

 Fonds — Container: Gedung 1/76
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-526
Abstract Penerbitan ini mengenai buku Panduan Perpustakaan : Ke Arah Masyarakat Bermaklumat yang diterbitkan pada tahun 1995.Isi kandungan buku panduan ini meliputi maklumat berkaitan panduan perpustakaan seperti misi perpustakaan, piagam pelanggan perpustakaan, pengenalan, objektif perpustakaan, waktu operasi, senarai pusat maklumat, ciri-ciri utama sistem perpustakaan, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan, tatacara penggunaan katalog perpustakaan, jenis koleksi-koleksi...
Dates: Publication: 1995

Panduan Perpustakaan : Perpustakaan Sultan Abdul Samad & Perpustakaan Cawangan

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-303
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perpustakaan cawangan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2016.

Dates: Publication: 2016

Panduan Perpustakaan : Perpustakaan Sultan Abdul Samad & Perpustakaan Cawangan

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-304
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perpustakaan cawangan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2017/2018.

Dates: Publication: 2017

Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-296
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2009/2010.

Dates: Publication: 2009

Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-297
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.

Dates: Publication: 2008

Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-298
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2011/2012.

Dates: Publication: 2011

Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-300
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2007.

Dates: Publication: 2007

Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-305
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2011.

Dates: Publication: 2011

Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/76
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-789
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Panduan Perpustakaan Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1998.

Isi kandungan buku panduan ini meliputi maklumat berkaitan panduan perpustakaan seperti misi serta objektif perpustakaan, pengenalan PSAS, koleksi perpustakaan, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan, tatacara penggunaan katalog perpustakaan, peraturan di perpustakaan, waktu operasi dan pelan lokasi perpustakaan.

Dates: Publication: 1998