Skip to main content

Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Organization

Parallel Names

  • Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

Perkembangan

Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.

Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.

Mantan Ketua Pustakawan

1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995

2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004

3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017

4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022

5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini

Found in 116 Collections and/or Records:

Abstrak Buah-Buahan Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-670
Abstract Penerbitan ini mengenai buku bibliografi Abstrak Buah-Buahan Malaysia yang disediakan bersempena dengan "Simposium Buah-Buahan Malaysia" yang diadakan pada 5-7 November 1980 di Universiti Pertanian Malaysia.Isi kandungan buku bibliografi ini meliputi maklumat-maklumat mengenai terbitan-terbitan yang telah dikesan melalui bahan-bahan rujukan koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia dan juga dari rujukan yang disumbangkan oleh institusi-institusi dalam dan luar negeri...
Dates: Publication: 1980-11

Abstrak Penukaran Biojisim kepada Bahan Tenaga : Abstracts on Bioconversion for Fuel Production

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-658
Abstract Penerbitan ini mengenai buku bibliografi Abstrak Penukaran Biojisim kepada Bahan Tenaga yang disediakan bersempena dengan "Regional Workshop on Bioconversion for Fuel Production" yang diadakan pada 20-24 Oktober 1981 di Universiti Pertanian Malaysia di bawah kelolaan dan anjuran UNESCO, Universiti Pertanian Malaysia dan Federation of Engineering Institutions in Southeast Asia (FEISEAP).Isi kandungan buku bibliografi ini meliputi maklumat-maklumat mengenai terbitan-terbitan yang...
Dates: Publication: 1981-10

Abstrak Tulisan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-664
Abstract

Penerbitan ini mengenai abstrak tulisan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1979 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun Nov 1981. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan mengikut susunan abjad judul perkara berdasarkan indeks pengarang. 11 bidang utama dimana ringkasan karya disertakan.

Dates: Publication: 1981-11

Agricultural Scientific Information Workshop : Enabling Information Resourcing to Maximise Benefits

 Fonds — Container: Gedung 1/88
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-800
Abstract Penerbitan ini mengenai Agricultural Scientific Information Workshop yang bertemakan "Enabling Information Resourcing to Maximise Benefits" yang diadakan pada 15-16 Jun 2011 bertempat di Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad(PSAS) dengan kerjasama CABI International.Isi kandungan buku program ini meliputi kata aluan Naib Canselor dan Ketua Pustakawan, pengenalan dan objektif bengkel, pengenalan tentang PSAS,...
Dates: Event: 2011-06-15 - 2011-06-16

Bahan-Bahan Bacaan Islam di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-645
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pendahuluan, senarai buku-buku, terbitan bersiri dan senarai makallah-makallah dan diusahakan oleh Bahagian Perkhidmatan Pembaca Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor.

Dates: 1978-11-30

Bangunan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-41
Scope and Contents

Foto 01-04 : Blok pertama Perpustakaan di blok B , sekitar tahun 1971.

Foto 05 : Blok pertama Perpustakaan di blok B , sekitar tahun 1990an sewaktu Universiti Pertanian Malaysia

Foto 06 : Blok A dan B bahagian belakang Perpustakaan , sekitar tahun 1990an sewaktu Universiti Pertanian Malaysia

Dates: Existence: Majority of material found within 1971 - 1990

Belanja mengurus 1990 Mengikut Objek Lanjut setelah Pindah Peruntukan

 Fonds — Container: Gedung 1/12
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-84
Abstract

Penerbitan ini ialah belanja mengurus mengikut objek lanjut setelah pindah peruntukan Perpustakaan, UPM tahun 1990

Dates: 1990-03-30

Bengkel Memperkasa Sahsiah Diri Menjana Prestasi Tinggi

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-431
Abstract

Penerbitan ini mengenai Bengkel Memperkasa Sahsiah Diri Menjana Prestasi Tinggi diadakan pada 23-24 Mei 2009 di Dewan Banquet, UPM.

Dates: Publication: 2009-05-23 - 2009-05-24

Bengkel MS ISO 9001 : 2000 : Penulisan Prosedur Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-426
Abstract

Bahan ini adalah aturcara Bengkel MS ISO 9001 : 2000 : Penulisan Prosedur Perpustakaan Sultan Abdul Samad diadakan pada 4-6 Februari 2003 di Hotel Allson Klana, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Dates: Event: 2003-02-04 - 2003-02-06

Bengkel Perancangan Strategik Perpustakaan

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-319
Abstract

Penerbitan ini mengenai Bengkel Perancangan Strategik Perpustakaan yang telah dijalankan pada 10-11 dan 16-17 Mac 1996 di Permata, Kajang.

Dates: Event: 1996-03-10 - 1996-03-17

Berita Perpustakaan : Sesi Pengenalan Perpustakaan

 Sub-Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-637

Bibliografi Hortikultur

 Fonds — Container: Gedung 1/86
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-585
Abstract Penerbitan ini mengenai Bibliografi Hortikultur yang diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bersempena dengan Persidangan Hortikultur Antarabangsa 1990, anjuran bersama Fakulti Pertanian UPM dengan International Society for Horticultural Science di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang pada 7-9 Ogos 1990. Isi kandungan bibliografi ini meliputi koleksi monograf mengenai hortikultur terutamanya di kawasan tropika iaitu koleksi jurnal, buku dan kertas kerja bengkel,...
Dates: Publication: 1990-08

Bibliografi Penyakit Merah

 Fonds — Container: Gedung 1/86
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-581
Abstract

Penerbitan ini mengenai bibliografi Penyakit Merah yang diterbitkan oleh Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia pada Oktober 1983. Isi kandungan buku bibliografi ini meliputi pengenalan, bibliografi am, sifat-sifat virus, etiologi, tumbuhan perumah, simptom, epidemiologi, kerugian hasil, vektor, pengawalan vektor, dan indeks pengarang.

Dates: Publication: 1983-10

Bibliografi Perniagaantani (Bibliography on Agribusiness)

 Fonds — Container: Gedung 1/86
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-583
Abstract

Penerbitan ini mengenai bibliografi bidang Perniagaantani yang diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada bulan Ogos 1976.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi pengenalan tentang bidang perniagaantani, senarai bahan-bahan mengikut tajuk-tajuk tertentu yang disusun berdasarkan kumpulan Abstrak dan Indeks di Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: Publication: 1976-08

Brosur Current Trends in Agricultural Information : A regional training course

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-452
Abstract

Penerbitan ini mengenai Brosur Current Trends in Agricultural Information : A regional training course yang diadakan pada 18-29 Mei 1992 di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia. Kursus ini anjuran bersama antara CAB International dan Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan brosur ini meliputi maklumat terperinci kursus seperti pengenalan kursus, tujuan kursus, sasaran kursus, isi kandungan kursus, yuran penyertaan, kemudahan penginapan, lokasi kursus dan borang pendaftaran.

Dates: Event: 1992-05-18 - 1992-05-29

Brosur dan Buku Panduan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/76
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-519
Abstract

Penerbitan ini mengenai Brosur dan Buku Panduan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan antara tahun 1992-1993.

Isi kandungan brosur dan buku panduan ini meliputi maklumat berkaitan panduan perpustakaan seperti pengenalan serta objektif perpustakaan, koleksi perpustakaan, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan, tatacara penggunaan katalog perpustakaan, senarai tatatertib dan peraturan di perpustakaan, waktu operasi, pelan dan peta lokasi perpustakaan.

Dates: Majority of material found within 1992 - 1993

Budgetary Proposal For UPM Library Upgrade

 Fonds — Container: Gedung 1/23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-142
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan cadangan untuk menaik taraf sistem perpustakaan mikro 3000 HP.

Dates: Publication: 1991

Buku Panduan Perpustakaan

 Fonds — Container: Gedung 1/27
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-150
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi perpustakaan , pengenalan am berkaitan perpustakaan, koleksi perpustakaan, bahan-bahan khas, katalog perpustakaan, pengkelasan buku, peminjaman & pemulangan bahan, pelan bangunan perpustakaan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Dates: 1971

Buletin Perpustakaan

 Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-636
Abstract

Penerbitan buletin ini akan menjadi satu platform dalam mempromodikan perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan dalaman dan luaran. Buletin ini akan diterbitkan empat kali setahun bertujuan menjadi perantara warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan seluruh pelanggannya.

Dates: Publication: 2008

Buletin PSAS

 Sub-Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-635
Dates: Publication: 2005/01

Celebrating 25 years VTLS at Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-644
Abstract

Penerbitan ini merupakan aturcara majlis meraikan 25 tahun vtls di Universiti Putra Malaysia pada 11 November 2013 bertempat di Bilik Termasa Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.

Dates: Event: 2013-11-11

Dasar perkembangan koleksi perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/07
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-41
Abstract Penerbitan ini mengenai dasar perkembangan koleksi, perpustakaan UPM.Kandungan penerbitan ini meliputi objektif perpustakaan, keperluan untuk mengadakan dasar perkembangan koleksi, tujuan dasar, jaringan,takrif, tanggungjawab bagi pemilihan bahan-bahan perpustakaan, faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pemilihan, garis panduan dan kriteria untuk pemilihan, jenis-jenis bahan yang diperolehi oleh perpustakaan, alat-alat pemilihan, keluasan dan peringkat pengumpulan bahan-bahan perpustakaan,...
Dates: Publication: 1981

Edisi Sulung Jan-Mac 08, bulk: 2008-01-01 - 2008-03-31

 Sub-Series — Container: Gedung 1/71
Abstract

Buletin ini mengandungi : 1. koleksi bahan 2. pangkalan data dalam talian 3. jom berkenalan 4. Buku baru 5. Aktiviti perpustakaan 6. sorotan sepanjang "mini book fair" 7. sudut staf

Dates: Majority of material found within 2008-01-01 - 2008-03-31

Guide To Branch Libraries : Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-302
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali cawangan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi tahun 2013/2014.

Dates: Publication: 2013

Hari Bersama Pelanggan 2012 : Pelanggan Berinformasi, Matlamat Kami

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-430
Abstract

Bahan ini mengenai Hari Bersama Pelanggan yang telah diadakan 19-20 April 2012 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Dates: Publication: 2012-04-19 - 2012-04-20