Skip to main content

Hospital Sultan Abdul Aziz Shah

 Organization

Parallel Names

  • Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

Perkembangan

Pada 28 Februari 2023, secara rasminya Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah bertukar nama kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Tuanku Canselor.

Selepas 45 tahun Pusat Kesihatan Universiti beroperasi, UPM melakar sejarah dengan pembukaan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) pada tahun 2019. Pembinaan HPUPM telah bermula pada 27 Oktober 2014 dan siap sepenuhnya pada 15 Mac 2019 dengan harga kontrak sebanyak RM582,227,497.73 berbanding dengan nilai kontrak asal sebanyak RM488 juta.

HPUPM berfungsi sebagai hospital pengajaran untuk Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dengan menyediakan penjagaan perubatan yang komprehensif kepada komuniti dengan slogan ‘Providing Extraordinary Care Together’. Sehingga 31 Disember 2019, kekuatan sumber manusia di HPUPM telah mencecah 314 orang, yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan, paramedik dan pentadbiran. HPUPM merupakan sebuah hospital berkapasiti 400 katil dan memiliki 17 wad.

Found in 1 Collection or Record:

Perasmian Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/ 45
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-513
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku perasmian Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia pada 28 Februari 2023. Penerbitan ini mengandungi aturcara Majlis Perasmian, Pelan Strategik Hospital 2021-2025, Pembangunan Hospital , Penyerahan Hospital dan yang berkaitan dengannya.

Dates: 2023-02-28