Skip to main content

Bahagian Audit Dalam

 Organization

Latar belakang

Bahagian Audit Dalam telah ditubuhkan pada bulan April 1993 dan ditempatkan di Pejabat Bendahari. Pada bulan Jun 1996 Bahagian Audit Dalam telah dipindahkan ke Pejabat Naib Canselor dan bertanggungjawab secara langsung kepada Naib Canselor. Penubuhan Bahagian ini adalah selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 2, tahun 1979 (diganti dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3, Tahun 1998). Fungsi Bahagian ini adalah untuk membantu pihak pengurusan dalam perancangan operasi dan kawalan dengan membuat penilaian, analisa, cadangan dan memberi pandangan yang bebas melalui laporan audit. Ini dilakukan dengan membuat penilaian ke atas risiko yang dihadapi, menilai dan memperbaiki kawalan dalaman, mengesyorkan penambahbaikan dan keberkesanan sesuatu fungsi dan menentukan arahan dan peraturan Universiti serta kerajaan yang diterimapakai dipatuhi.



Audit Dalam adalah suatu aktiviti bebas yang berobjektifkan pemberi jaminan dan juga perundingan untuk menambah nilai dan menambahbaik operasi organisasi. Ianya juga membantu organisasi mencapai objektif dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menambahbaik keberkesanan proses tadbir urus, kawalan dan pengurusan risiko.

Found in 1 Collection or Record:

Laporan Auditan Khas Fakulti Sains Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

 Fonds — Container: Gedung 1/50
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-401
Abstract

Penerbitan ini merupakan laporan daripada Unit Audit Dalaman Universiti Putra Malaysia yang mengandungi laporan eksekutif, laporan terperinci, objektif auditan, skop auditan, methodologi auditan, pemerhatian audit, projek pembangunan, projek seliaan taman pertanian, pengurusan perbelanjaan dan pemerhatian auditan terdahulu.

Dates: Publication: 2006-04-30