Pusat Pertanian Putra
Parallel Names
- Bahagian Ladang
- Taman Penyelidikan Universiti
- Taman Pertanian Universiti
Perkembangan
Pusat Pertanian Putra (PPP) / Putra Agriculture Centre (PAC) tertubuh selepas penstrukturan semula Taman Pertanian Universiti (TPU) secara rasminya pada 10 Februarai 2021 menerusi Mesyuarat JPU kali ke 742.
Taman Pertanian Universiti telah ditubuhkan pada 1 Disember 2001 sebagai pelantar untuk menyokong pengajaran, penyelidikan dalam bidang pertanian serta menyediakan perkhidmatan untuk warga kampus dan masyarakat. Berkeluasan dalam 570 hektar yang meliputi kampus Serdang sebanyak 407 hektar dan Ladang Puchong seluas 162 hektar. Manakala Taman Pertanian Universiti (kampus Bintulu) mempunyai kawasan seluas 714.135 hektar. Aktiviti utama di UPMKB adalah pengajaran dan penyelidikan tanaman, ternakan, akuakultur dan kejuruteraan pertanian.
Taman Pertanian Universiti bermula dengan Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia yang berfungsi sejak tahun 1971 untuk menyediakan latihan praktik pelajar dan memberi perkhidmatan kepada kampus seperti pengangkutan, kebersihan dan lain-lain. Pada tahun 1998, Bahagian Ladang telah distrukturkan semula menjadi Taman Penyelidikan Universiti, Universiti Putra Malaysia yang fungsinya untuk menyediakan kemudahan penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian. Selaras dengan hasrat Negara dan Universiti untuk memartabatkan sektor pertanian maka nama Taman Penyelidikan Universiti diubah menjadi Taman Pertanian Universiti.
Bukit Ekspo pertama kali digunakan sebagai tapak Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen bersempena dengan Istiadat Pengistiharan Perlantikan Cancelor dan Pro Cancelor serta Konvokesyen Pertama Universiti Pertanian Malaysia pada 24 hingga 30 Julai 1977. Keluasan kawasan Bukit Ekspo ketika itu adalah 16 hektar (40 ekar) dan dilengkapi dengan kemudahan seperti Pentas Angsana dan Astaka Orkid dan lain-lain lagi.
Found in 46 Collections and/or Records:
Laporan Tahunan Bahagian Tanaman 2013
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Bahagian Tanaman, Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2013.
Isi kandungan laporan ini meliputi pendahuluan, struktur carta organisasi bahagian, pencapaian dan perancangan bahagian, laporan perbelanjaan serta aktiviti-aktiviti bahagian (bergambar).
Laporan Tahunan Bahagian Ternakan Tahun 2014
Nota Ringkas Tanaman Makanan
Penerbitan ini mengenai buku Nota Ringkas Tanaman Makanan yang disusun oleh Kol. Prof. Madya Dato' Dr. Hj. Idris Abdol (Pengajar Khas, Fakulti Pertanian UPM) dan Tuan Haji Abdull Ghaffar Othman (Pegawai Pertanian, TPU UPM) pada April 2013. Isi kandungan buku ini meliputi kompilasi garis panduan asas tentang 14 jenis tanaman makanan yang diperolehi daripada sumber seperti Jabatan Pertanian dan MARDI.
Orkid, Bougainvillea (Bunga kertas), Roses dan Garden Croton (Puding).
Foto Orkid, Bougainvillea (Bunga kertas), Roses dan Garden croton (Puding) di sekita Universiti Putra Malaysia.
Panduan Asas Hortikultur Landskap
Penerbitan ini mengenai buku Panduan Asas Hortikultur Landskap yang disusun oleh Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia pada Disember 1992.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi kata-kata aluan, prakata, sejarah sains hortikultur dan landskap, serta merangkumi pelbagai aspek dari teori dan kaedah am pengajaran.
Panduan Kursus Kerja Ladang
Penerbitan ini mengenai brosur Panduan Kursus Kerjaladang yang diterbitkan oleh Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan brosur meliputi misi, moto, falsafah latihan, matlamat latihan, objektif, foto-foto aktiviti latihan kerjaladang, maklumat tentang kursus yang ditawarkan dan foto-foto berkaitan aktiviti Hari Ladang sempena minggu suaikenal pelajar UPM.
Panduan Perkhidmatan Penyelidikan
Pelan Koperat : Penyusunan Semula Struktur Bahagian Ladang
Penerbitan ini mengenai laporan kajian Pelan Koperat : Penyusunan Semula Struktur Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia.
Isi kandungan laporan ini meliputi pengenalan, pendekatan kajian, status semasa Ladang UPM, analisis prestasi, analisis dalaman dan luaran, cadangan struktur semula Ladang UPM , rumusan dan 3 senarai carta berkaitan.
Pengeluaran Kangkung dan Bayam
Penerbitan ini mengenai buku Buku Siri Pengeluaran Sayuran iaitu pengeluaran kangkung dan bayam yang diterbitkan oleh Taman Pertanian Universiti, UPM pada tahun 2011.
Buku panduan ini meliputi penerangan dan panduan kepada pengguna mengenai kaedah pengeluaran kangkung dan bayam bermula dari proses menanam sehinggalah pengendalian lepas tuai.
Perkhidmatan Cawangan Kejenteraan : Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia 1986/1987
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Bahagian Ladang
Penerbitan ini mengenai pengenalan, matlamat dan strategi, tugas dan tanggungjawab, penggunaan kawasan, organisasi, rancangan, program, projek, pengajaran, penyelidikan dan program perbelanjaan pengembangan.
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia
Seminar Bulanan Bahagian Ladang 87 & 88 : Koleksi Kertas Kerja
Penerbitan ini mengandungi prakata, kandungan, kata-kata aluan Pengarah Ladang, seminar bulanan Bahagian Ladang dan kertas kerja.
Senarai Mesin-Mesin Kecil Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia Sehingga Jun 1988
Penerbitan ini mengenai laporan senarai mesin-mesin kecil di Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia sehingga bulan Jun 1998 yang meliputi 5 cawangan Bahagian Ladang dan Ladang Puchong.
Taman Herba Taman Pertanian Universiti
Foto pokok pisang dan taman herba sekitar Taman Pertanian, Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.
Taman Pertanian Universiti
Foto kolam ikan, tasik dan panorama di Taman Pertanian Universiti sekitar tahun 2000.
Tanaman Ladang LKL 222
Penerbitan ini mengenai buku panduan bagi Kursus Tanaman Ladang LKL 222 yang disusun oleh Prof. Madya D. Haji Idris Abdol (penyelaras) dan pegawai-pegawai Bahagian Ladang pada Oktober 1995. Isi kandungan buku panduan ini meliputi garis panduan kursus LKL 222 iaitu maklumat-maklumat asas dan pendedahan tentang aspek agronomi bagi menjalankan projek 10 jenis tanaman ladang jangkapendek.
Tapak semaian
Foto tapak semaian de sebelah Pusat Jualan TPU
Tumbuhan Tradisional
Penerbitan ini mengenai buku panduan tentang tumbuhan tradisional yang disusun oleh Unit Germplasma Tumbuhan, Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia sempena minggu Ekspo dan Pesta Konvo Dua Dekad Pengajaran pada 26-29hb Ogos 1993.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi maklumat mengenai kegunaan beberapa jenis tumbuhan tradisional di sekeliling kita dan disertakan juga lakaran gambar ringkas setiap tumbuhan tradsional tersebut.
Unit Lembu, Bahagian Ladang
Foto sekitar bahagian ladang unit lembu Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1980an.
Universiti Pertanian Malaysia (Kampus Serdang)
Penerbitan ini mengenai brosur Universiti Pertanian Malaysia (Kampus Serdang) yang diterbitkan sempena Hari Ladang UPM.
Isi kandungan brosur ini meliputi peta lokasi kawasan seliaan Bahagian Ladang UPM dan maklumat terperinci Bahagian Ladang UPM sekitar tahun 1969 sehingga 1990.