Skip to main content

Pusat Pertanian Putra

 Organization

Parallel Names

  • Bahagian Ladang
  • Taman Penyelidikan Universiti
  • Taman Pertanian Universiti

Perkembangan

Pusat Pertanian Putra (PPP) / Putra Agriculture Centre (PAC) tertubuh selepas penstrukturan semula Taman Pertanian Universiti (TPU) secara rasminya pada 10 Februarai 2021 menerusi Mesyuarat JPU kali ke 742.

Taman Pertanian Universiti telah ditubuhkan pada 1 Disember 2001 sebagai pelantar untuk menyokong pengajaran, penyelidikan dalam bidang pertanian serta menyediakan perkhidmatan untuk warga kampus dan masyarakat. Berkeluasan dalam 570 hektar yang meliputi kampus Serdang sebanyak 407 hektar dan Ladang Puchong seluas 162 hektar. Manakala Taman Pertanian Universiti (kampus Bintulu) mempunyai kawasan seluas 714.135 hektar. Aktiviti utama di UPMKB adalah pengajaran dan penyelidikan tanaman, ternakan, akuakultur dan kejuruteraan pertanian.

Taman Pertanian Universiti bermula dengan Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia yang berfungsi sejak tahun 1971 untuk menyediakan latihan praktik pelajar dan memberi perkhidmatan kepada kampus seperti pengangkutan, kebersihan dan lain-lain. Pada tahun 1998, Bahagian Ladang telah distrukturkan semula menjadi Taman Penyelidikan Universiti, Universiti Putra Malaysia yang fungsinya untuk menyediakan kemudahan penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian. Selaras dengan hasrat Negara dan Universiti untuk memartabatkan sektor pertanian maka nama Taman Penyelidikan Universiti diubah menjadi Taman Pertanian Universiti.

Bukit Ekspo pertama kali digunakan sebagai tapak Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen bersempena dengan Istiadat Pengistiharan Perlantikan Cancelor dan Pro Cancelor serta Konvokesyen Pertama Universiti Pertanian Malaysia pada 24 hingga 30 Julai 1977. Keluasan kawasan Bukit Ekspo ketika itu adalah 16 hektar (40 ekar) dan dilengkapi dengan kemudahan seperti Pentas Angsana dan Astaka Orkid dan lain-lain lagi.

Found in 34 Collections and/or Records:

Album Pameran & Jualan Orkid Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM Ke-40 2016

 Fonds — Container: Gedung 1/110
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-991
Abstract Penerbitan ini mengenai buku Album Pameran & Jualan Orkid, Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM Ke-40 bertempat di Astaka Orkid, Bukit Ekspo, UPM yang berlangsung pada 20-26 Oktober 2016. Pameran ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar (Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian & Industir Asas Tani, Malaysia) dan bertemakan "Mengungguli Pertanian, Menggapai Reputasi Antarabangsa". Isi kandungan buku album ini meliputi foto-foto berkaitan majlis perasmian ekspo,...
Dates: Publication: 2016-10-20 - 2016-10-26

Anggaran Perjawatan 1984 : Bahagian Ladang

 Fonds — Container: Gedung 1/62
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-475
Abstract

Penerbitan ini mengenai anggaran belanjawan perjawatan Bahagian Ladang bagi tahun 1984.

Dates: 1984

Anggur dan Areca palm (Pinang)

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-22
Scope and Contents

Foto anggur dan Areca palm (Pinang) di sekitar Universiti Putra Malaysia.

Dates: Existence: 2000

Buku Panduan 1981/82 : Bahagian Ladang

 Fonds — Container: Gedung 1/52
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-400
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, lembaga ladang, struktur organisasi, aktiviti akademik, aktiviti perkhidmatan dan kalendar akademik.

Dates: 1981 - 1982

Buku Panduan 1985/86 : Bahagian Ladang : Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/52
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-386
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pendahuluan, lembaga ladang, struktur organisasi, aktiviti akademik dan aktiviti perkhidmatan.

Dates: 1985 - 1986

Buku Panduan 1987/88 : Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-122
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat ladang UPM yang terdiri daripada lembaga ladang, struktur organisasi, aktiviti akademik dan aktiviti perkhidmatan yang disediakan bagi tahun 1987/1988.

Dates: Publication: 1987 - 1988

Buku Panduan Cawangan Kejenteraan Ladang 1988/1989 : Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-208
Abstract

Penerbitan ini mengenai struktur organisasi, cawangan kejenteraan ladang, unit-unit cawangan kejenteraan, perkhidmatan cawangan kejenteraan, senarai traktor dan jentera berat, jumlah kenderaan universiti, senarai agihan alat dan mesin-mesin kecil bahagian ladang dan tugas pemandu.

Dates: Publication: 1988 - 1989

Buku Pelawat : Visitors Book

 Fonds — Container: Gedung 1/111
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-768
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Pelawat Taman Pertanian Universiti, Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1971.

Isi kandunan buku pelawat ini meliputi maklumat seperti tarikh, nama dan alamat pelawat yang terdiri daripada agensi kerajaan, agensi luar, pelajar-pelajar sekolah serta orang awam.

Dates: Majority of material found within 1971-01-05 - 2002-09-08

Buletin Ladang 3 : Tanaman Ros

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-793
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Buletin Ladang 3 : Tanaman Ros yang disusun oleh Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia pada bulan Mei 1988.

Isi kandungan buku buletin ini meliputi pendahuluan, jenis ros, anatomi, tabiat pertumbuhan, pemilihan kawasan, kaedah penanaman, kawalan penyakit dan perosak dan segala kemahiran dalam penanaman bunga ros.

Dates: Publication: 1988-05

Format Bagi Cadangan Dasar Baru, Taman Penyelidikan Universiti

 Fonds — Container: Gedung 1/23
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-248
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan anggaran belanjawan Taman Penyelidikan Universiti bagi tahun 2002-2003.

Dates: Publication: 2002 - 2003

Handbook University Farm, Universiti Pertanian Malaysia (University of Agriculture Malaysia)

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-792
Abstract

Penerbitan ini mengenai Buku Panduan Ladang Universiti, Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan oleh Bahagian Ladang UPM pada tahun 1990. Isi kandungan buku panduan ini meliputi pengenalan, lembaga ladang, struktur organisasi, aktiviti akademik, aktiviti perkhidmatan dan senarai pegawai-pegawai Ladang.

Dates: Publication: 1990

Jentera Pertanian

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-13
Scope and Contents

Foto jentera pertanian unit kenderaan bahagian ladang Universiti Pertanian Malaysia , sekitar tahun 80an atau 90an.

Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 1990

Kandang kambing dan kuda

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-27
Scope and Contents

Foto kandang kuda dan kambing di bahagian ternakan , Taman Pertanian Universiti sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Kuarters ladang

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-21
Scope and Contents

Foto persekitaran kuarters ladang satu sekitar tahun 1980.

Dates: Existence: 1980

Ladang betik

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-30
Scope and Contents

Foto ladang tanaman betik di Taman Pertanian Universiti sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Ladang getah dan durian belanda

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-24
Scope and Contents

Foto ladang getah dan ladang durian belanda di Taman Pertanian Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Ladang Lebah

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-01
Scope and Contents Foto Ladang Lebah yang terletak di Bahagian Ladang sekitar tahun 80an yang dikendalikan oleh Prof. Emeritus Dato' Makhdzir Mardan.Foto 01: Proses Menuai maduFoto 02: Proses Menuai maduFoto 03: Kulit Pokok KayuFoto 04: Proses mengambil madu lebahFoto 05: Mengeluarkan madu daripada sarangFoto 06: Mengeluarkan madu daripada sarangFoto 07: Sarang lebahFoto 08: Sarang lebah atas dahan pokok...
Dates: Existence: 1980

Ladang manggis

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-26
Scope and Contents

Foto ladang mangis taman pertanian Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Ladang rambutan

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-25
Dates: Existence: 2000

Laporan Tahunan Bahagian Ternakan Tahun 2014

 Fonds — Container: Gedung 1/111
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-996
Abstract Penerbitan ini mengenai buku Laporan Tahunan Bahagian Ternakan yang diterbitkan pada tahun 2014 oleh Taman Pertanian Universiti (TPU) UPM. Isi kandungan buku laporan ini meliputi kata aluan, struktur organisasi, pengenalan bahagian, fungsi bahagian, senarai staf, KPI bahagian, maklumat perbandingan pendapatan hasil bahagian, data serta statistik bahagian, maklumat SPK, aktiviti-aktiviti bahagian serta foto-foto berkaitan, senarai pengajaran serta penyelidikan yang dilaksanakan, senarai...
Dates: Publication: 2014

Nota Ringkas Tanaman Makanan

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1021
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Nota Ringkas Tanaman Makanan yang disusun oleh Kol. Prof. Madya Dato' Dr. Hj. Idris Abdol (Pengajar Khas, Fakulti Pertanian UPM) dan Tuan Haji Abdull Ghaffar Othman (Pegawai Pertanian, TPU UPM) pada April 2013. Isi kandungan buku ini meliputi kompilasi garis panduan asas tentang 14 jenis tanaman makanan yang diperolehi daripada sumber seperti Jabatan Pertanian dan MARDI.

Dates: Publication: 2013-04

Orkid, Bougainvillea (Bunga kertas), Roses dan Garden Croton (Puding).

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-23
Scope and Contents

Foto Orkid, Bougainvillea (Bunga kertas), Roses dan Garden croton (Puding) di sekita Universiti Putra Malaysia.

Dates: Existence: 2000

Panduan Kursus Kerja Ladang

 Fonds — Container: Gedung 1/111
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-765
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Panduan Kursus Kerjaladang yang diterbitkan oleh Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan brosur meliputi misi, moto, falsafah latihan, matlamat latihan, objektif, foto-foto aktiviti latihan kerjaladang, maklumat tentang kursus yang ditawarkan dan foto-foto berkaitan aktiviti Hari Ladang sempena minggu suaikenal pelajar UPM.

Dates: Publication: 1995

Panduan Perkhidmatan Penyelidikan

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-791
Abstract Penerbitan ini mengenai buku panduan Perkhidmatan Penyelidikan yang disusun oleh Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia Serdang pada Jun 1991.Isi kandungan buku panduan ini meliputi prakata, pendahuluan, garis panduan kepada para penyelidik mengetahui bahan dan kemudahan yang dapat diperolehi di Ladang Universiti dan membantu mereka membuat permohonan, maklumat pelbagai jenis bahan-bahan penyelidikan yang diperlukan dan syarat-syarat untuk menggunakan perkhidmatan...
Dates: Publication: 1991-06

Pengeluaran Kangkung dan Bayam

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1020
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Buku Siri Pengeluaran Sayuran iaitu pengeluaran kangkung dan bayam yang diterbitkan oleh Taman Pertanian Universiti, UPM pada tahun 2011.

Buku panduan ini meliputi penerangan dan panduan kepada pengguna mengenai kaedah pengeluaran kangkung dan bayam bermula dari proses menanam sehinggalah pengendalian lepas tuai.

Dates: Publication: 2011

Additional filters:

Subject
Tumbuhan (Pertanian) 9
Bangunan/Monumen/Papan tanda 2
Haiwan (Pertanian) 2
Jentera/Pengangkutan/Mesin 1