Skip to main content

Putra Science Park

 Organization

Latar belakang

Putra Science Park (PSP) adalah pusat pengurusan inovasi bagi UPM atau dikenali juga sebagai pusat pemindahan teknologi UPM yang terlibat dengan aktiviti pemindahan teknologi di Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan menggerakkan teknologi dan penyelidikan dari makmal ke pasaran. Putra Science Park (PSP) telah dijenamakan semula sebagai pusat pemindahan teknologi UPM pada tahun 2010 daripada asalnya iaitu Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UPM yang ditubuhkan pada 1 April 2006. Disinilah PSP berperanan di dalam membantu mendapatkan dan melindungi hasil penyelidikan UPM melalui proses perlindungan harta intelek (IP) dan mengenal pasti strategi pengkomersilan yang bersesuaian bagi harta intelek yang dihasilkan.

PSP juga mempromosi dan memasarkan teknologi (IP) yang berpotensi untuk dikomersialkan kepada pihak industri melalui media elektronik, sidang akhbar, penerbitan berkala, pameran, showcase dan program padanan perniagaan kepada industri.Selain membantu proses pengkomersialan, PSP telah membangunkan hub inkubator untuk membina dan membangunkan usahawan teknologi bagi universiti dari kalangan penyelidik UPM sendiri melalui syarikat pemula (start-up). Pada masa yang sama, PSP melalui Bahagian Edu-Park menjadikan UPM universiti di Malaysia yang menawarkan pakej edu-pelancongan kepada pengunjung yang menawarkan beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi di sekitar kampus.

Seluruh warga PSP komited untuk menguruskan dan memartabatkan teknologi dan inovasi UPM yang akan memberikan impak sosial dan juga pertumbuhan ekonomi negara. PSP UPM juga merupakan ahli Innovation Technology Managers Association (ITMA) sejak tahun 2014.

Found in 5 Collections and/or Records:

At the Forefront of Innovation : Innovation Directory 4th Edititon

 Item — Container: Gedung 1/124
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1100
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku direktori Inovasi Putra Science Park UPM 2024 edisi ke-4 yang diterbitkan oleh Putra Science Park, UPM. Isi kandungan buku direktori ini meliputi kata aluan serta senarai dan maklumat ringkas setiap inovasi mengikut 4 kluster teknologi.

Dates: Publication: 2024

Putra Science Park

 Fonds — Container: Gedung 1/84
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-890
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, objektif, pelaku utama, komponen utama, struktur pengurusan, peringkat pembangunan dan penggalak inovasi yang terdiri daripada perlindungan teknologi(harta intelek), kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan teknologi UPM.

Dates: Publication: 2007

Putra Science Park : At the Forefront of Innovation

 Item — Container: Gedung 1/119
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1073
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Dates: Publication: 2014

Universiti Putra Malaysia Intellectual Property : Patent

 Item — Container: Gedung 1/124
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1087
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Harta Intelek Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan oleh Bahagian Harta Intelek dan Geran Penyelidikan, Pusat Pengkomersialan dan Inovasi (ICC), TNCPI UPM pada tahun 2007.

Isi kandungan brosur ini meliputi senarai 8 produk dan 7 proses yang telah dipaten serta senarai 162 permohonan paten yang belum selesai.

Dates: Publication: 2007

UPM Commercialised Technology : Prospering Through Innovation

 Item — Container: Gedung 1/119
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1080
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku direktori Teknologi Pengkomersialan UPM bagi tempoh tahun 1990-2017 yang diterbitkan oleh Putra Science Park.

Isi kandungan buku direktori ini meliputi maklumat teknologi pengkomersialan dan inovasi UPM edisi pertama bagi 8 bidang utama di UPM.

Dates: Publication: 2019