Kolej Kediaman Kolej Sri Rajang (UPMKB)
Sejarah
Kolej Sri Rajang Kampus Bintulu, Sarawak telah dimasyhurkan pada tahun 2002 mengambil nama Sungai Rajang iaitu sungai yang terpanjang di Malaysia. Mula beroperasi pada 5 November 2001 untuk menempatkan 154 pelajar pengambilan pertama sempena pembukaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
Kolej Sri Rajang dimashyurkan pada tahun 2002 mengambil nama Sungai Rajang iaitu sungai yang terpanjang di Malaysia. Mula beroperasi pada 5 November 2001 untuk menempatkan 154 pelajar pengambilan pertama sempena pembukaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Pentadbiran kolej ditunjangi oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh pengurusan Kolej, barisan felo dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM).
Kolej ini mempunyai 10 blok, 5 blok untuk penghuni lelaki dan 5 blok untuk penghuni perempuan. Setiap blok mempunyai 4 aras, setiap aras mempunyai 18 hingga 22 bilik, setiap bilik ditempatkan 2 hingga 4 orang penghuni.